Friendly Friends

March 3, 2013

Apa Dah Jadi Ni?

assalamualaikum

gementar rasa hati dengan apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. tapi, tak boleh ke berhenti mempolitikkan benda ni? dah berapa ramai pejuang negara terkorban pun masih nak bertelagah? come on la. ni masa untuk bersatu, takkan tak sedar lagi kita sekarang dalam bahaya?

dulu bolehla cakap, 'Negara kita hanya berdepan dengan pengaruh-pengaruh luar yang melalaikan. pengaruh luar yang melekakan, yang melunturkan semangat patriotisme dan menghakis adab budaya bangsa. sekarang apa jadi? ni bukan main-main. negara kita dah diancam pengganas! tapi sempat lagi dok macam-macam.

apa pun, saya amat bangga dengan perjuangan pasukan keselamatan negara. Pantang kita berundur apatah lagi untuk mempertahankan tanah air tercinta. dan selingan, saya bangga tunang saya juga pejuang keamanan dan keselamatan negara. semoga kalian dilindungi dan dirahmati. semoga negara kita aman dan tiada lagi pertumpahan darah berlaku, walaupun sering tertumpah di atas jalan raya :(

saya sayang Malaysia. 


Baby Harraz pun tau marah pengkhianat negara tau!

 

No comments: