Friendly Friends

February 3, 2013

Wedding Preparations

assalamualaikum

berani cakap yang wedding preparations masih kabur-kabur sebab terlalu sibuk dengan praktikum dan persediaan Action Research. nak menangis pun ada kadang-kadang tu sebab tak sempat nak letak kepala atas bantal, kepala dah tersengguk-sengguk kat meja sambil tulis rancangan mengajar. mujur juga kat sekolah aku tak pernah  tersengguk. tapi kalau di luar sedar tu entahlah. rasa macam ada. hehe

tadi ada bincang sikit-sikit dengan Amir. dok mula memikir dah yang kami takkan duduk kem tentera. takut chek! nak menyewa je kat luar. astaga, apa punya feeling ya kalau berbincang nak duduk serumah dengan lelaki sedangkan roommate aku selama ni perempuan? astaga. kelam kabut jadinya. seram pun ada. astaga, jujurnya! haha

elaun perumahan untuk tentera ni kalau tak salah pendengaran aku, RM350. kalau jodoh kami panjang di Jitra ni, dah boleh dapat rumah sewa dengan nilai tu. lagipun awal lagi nak bincang pasal beli rumah. sebab tentera dan cikgu, well, posting tak kira masa. ntah ke mana akan dihantar selepas ni. harapnya tak jauh dari mak abah dan bakal suami. ehemmm

lepas tu ada bincang juga tentang bila nak mula isi borang nikah dan bila nak mula ambil HIV test and test-test lain termasuklah kursus nikah yang belum dilangsaikan. Amir tu untungla sebab dia uruskan sendiri perkahwinan ni. orang lain kawen pun dia uruskan. well, tentera dan organisasinya. angguk-angguk faham

mak, kak Qirah nervous!

tapi kena bincang jugak la benda ni. bincang bila nak serah duit hantaran, bila nak pi survey sama ada sewa atau buat baju sendiri mana lagi berbaloi dan blablabla. blur dibuatnya. 

anyway, dah ada kawan yang selalu jadi partner MC aku offer nak jadi MC majlis aku nanti! siapakah dia?


"Ustazah, ustazah ajar Ulum Syariah kami kan?"
"Ustazah, mana tempat Cikgu Zamruzi?"
"Assalamualaikum ustazah!"

Ikut hampa la budak-budak oii. ni ha, ustazah yang ajar Sains okay?


sempat jumpa Ain Maizatul Farhana, tudung purple, kawan yang dikenali di Kem Ketua Pengawas masa sekolah rendah. hi, Ain!

Wedding Preparations la sangat. hikhikhik

3 comments:

Bie Cimbelang :) said...

Slamat buat preparation :)) moga lancar smuanya

Isabel Diaz said...

Huwaa.. Nak kawen jugak.. Hihi..

cik tEmbam said...

wah, nak kawin nanti jemput nah. :D