Friendly Friends

February 12, 2013

Tips Kawalan Kelas Semasa Praktikum

assalamualaikum

ingat tak dulu-dulu, masa cikgu praktikum mai sekolah la yang kita berani tunjuk belang? aku pun alami masalah yang sama. eh tak jangan salah faham! bukan maksudnya aku tunjuk belang masa aku sekolah rendah dulu, cuma aku tengah praktikum sekarang dah budak-budak suka tunjuk belang. heh. main-main dengan cikgu Shaqirah ye! berani melebih-lebih? cubalah.

ni dia borang penilaian pertama aku minggu lepas untuk subjek Sains. penilaian yang dijalankan oleh pensyarah pembimbing yang terkenal dengan ketegasannya. nama dirahsiakan atas dasar keselamatan penulis. haha


jangan gelak. kualiti pembelajaran dapat 3 je. tapi untuk penyeliaan pertama, dapat macam ni pun Alhamdulillah. sebabnya ni kali pertama diselia oleh pensyarah ni, tak biasa lagi dengan style beliau, begini punya markah pun Alhamdulillah.

tapi sila zoom ke part ini:


i got full marks for my class management. haha. maknanya kawalan kelaslah. maknanya berupaya mengawal si budak-budak agar tertiblah. maknanya kelas saya 'lively' tapi terkawallah. Alhamdulillah

macam mana kawalan yang dilaksanakan ke atas budak-budak yang suka test cikgu praktikum ni?

tak dinafikan ada budak yang cuba nak jadi teacher's pet. cuba nak bermanja dan cuba minta perhatian lebih. aku tak cakap benda ni tak bagus. bagus, sebab cikgu kan kena bersifat penyayang. kalau garang macam mana pun, lakonan kena tiptop. tapi kalau kita lembut sangat, budak akan pijak kepala. trust me. truth. happened to me once during my first practicum.

apa yang aku buat? hmm. orang lain cakap aku garang. sedih jugakla. depa tau ke aku mengajar macam mana? tak tau kan.. garang ke? suara mungkin la kuat. tapi tak jugak menengking budak

1. aku amalkan sistem ketenteraan (la sangat) dekat budak-budak ni. contohnya, kalau kelas mula tak terkawal, budak-budak mula hilang fokus, aku akan cakap dengan nada yang tegas, 'Kelas..duduk sedia!'
terkejut budak-budak tu. cepat-cepat depa tarik kerusi rapat ke meja, duduk tegak, kepala sedikit dongak dan pandang depan. hehe. bila dah duduk dalam sedia, aku ingatkan sekali lagi yang aku tak suka budak letak kepala atas meja masa aku mengajar. aku jugak tak suka kalau depa sembang tak tentu hala masa kelas aku. pastu aku tanya, 'Faham tak, kelas?' depa akan cakap, faham. kalau kita rasa suara depa perlahan sangat, kita kena tanya lagi dengan nada lagi tinggi, 'Faham tak kelasss?'

Faham cikgu!!! okay kalau faham, 'Kelas duduk senang!'

2. cikgu pun kena tunjuk mimik muka banyak kat murid. kadang-kadang, kita tinggikan suara pun tak jalan. aku kalau aku marah, aku akan diam. aku tengok budak bising tu lama-lama. tipula kalau dia tak rasa bersalah. kadang-kadang kawan-kawan sekelas yang akan tolong kita tenteramkan kawan depa. ayat normal,' Diam weh! cikg marah tu.' Jimat air liur kita. yang penting, mata mau sharp naa!

banyak lagi sebenarnya. kadang-kadang aku tepuk tangan sekali, dengan kat untuk tarik perhatian depa. kadang-kadang aku suruh depa bangun. tarik nafas dan buat regangan sikit. kadang-kadang semua ni bergantung dekat budak jugak. ada yang dengar kata, ada yang buat macam-macam pun tetap tak jalan.

best betul kalau ada aura, kita lalu je budak terus senyap

hehe. selamat menjadi cikgu yang berdedikasi dan berkarisma!


macam ni pun garang?

2 comments:

M-lina said...

interesting!tq qirah.

Cikgu Azryn said...

kak qirah.. :) singgah sini.. http://dreamydearazryn.blogspot.com/2013/02/thank-you-allahthank-you-herbalife.html