Friendly Friends

February 6, 2013

Saya tak Perlukan Sebarang Supplement untuk Awet Muda. Nak Tahu Apa Rahsia Saya?

assalamualaikum

memang sungguh. aku tak tipu. tak payah aku perabis duit beli kolagen segala macam tu, kecuali kolagen dalam sabun beras. hehe. promot promot kejap. nak tau kenapa?

nak cuba jugak ke?

kalau nak cuba, jom jadi cikgu sekolah rendah!

kenapa dengan jadi cikgu sekolah rendah kita akan awet muda?

cuba tengok gambar-gambar yang aku ambil masa pertandingan mewarna sempena Maulidur Rasul di sekolah baru-baru ni. cukup menghiburkan!


mata bulat, muka naif. 
 

khusyuk benarr budak ni.
 

belakang kawan pun boleh jadi meja
 

 duduk katak. my favorite style when i was kid. hehehe


kat sekolah menengah ada tak yang meniarap macam ni atas lantai?
 

errr...haha


silang kaki baik punya!
 

cute je. bosan ke tak tau nak guna warna apa dah?
 

tengah gaduh berebut pensel warna sebenarnya
 

best candid of the day!
 

style kan?
 

kata sekolah anak anak tentera kan? anak-anak pun haruslah meniarap cara ayahnya menembak kat lapang sasar!
 

tongkat kepala dengan songkok sambil mewarna.

memang aku tergelak sakan la dengan budak-budak ni. hari ni pun sama. masuk kelas darjah 4 ajar topik penyahtinjaan manusia. aku dah ajar, dah siap tulis ejaan kat papan putih. lepas tu aku padam la balik sebab nak uji depa. aku bagi lembaran kerja setiap seorang. antara soalannya adalah macam ni:

apakah organ penyahtinjaan manusia?
Murid A: Juboq
Murid B: Bubur.

tell me, do you still need collagen to look young? nope!! because laughter is the best medicine. hehehe

No comments: