Friendly Friends

February 26, 2013

Murah-murah! Sabun Beras Sedozen

assalamualaikum

ya. saya nak jual sabun beras kolagen sedozen (12 ketul) dengan harga cuma RM45 sedozen. harga biasa ialah RM60 bagi sedozen. murah kan? apa lagi nak tunggu? kumpul kawan ramai-ramai, share duit dan beli secara borong. tapi kalau nak beli kurang daripada sedozen, harga macam biasa ya! hehe

ni details lanjut:
Harga promosi bagi sedozen: RM45.00
Harga pos laju: RM7.00
Jumlah: RM52.00

tawaran ini terbuka selagi stok masih ada. tapi kalau sahkan pesanan awal dan bank in sebelum Ahad ni, 3/3/2013, saya akan pos kepada anda pada hari Isnin 4/3/2013

boleh jugak beli banyak-banyak untuk mulakan perniagaan anda. untuk pesanan atau pertanyaan segera, boleh sms saya di 019-5219267.

oh ya. ada yang cakap, hang boleh la kulit dah memang putih. ehemm. putih pun putih jugak. kulit saya sebelum ni sangat sensitif okay! sekali naik jerawat, 10m jauhnya dah nampak muka berjerawat. sekarang ni payah sungguh naik jerawat melainkan pada masa ehemm ehemm tu atau masa terlampau stress macam sekarang sebab busy dengan praktikum di sekolah. tapi kalau guna ubat jerawat jenama Tidact (RM14) yang boleh didapati di farmasi-farmasi, cepat je dia kecut. jangan risau





February 12, 2013

Tips Kawalan Kelas Semasa Praktikum

assalamualaikum

ingat tak dulu-dulu, masa cikgu praktikum mai sekolah la yang kita berani tunjuk belang? aku pun alami masalah yang sama. eh tak jangan salah faham! bukan maksudnya aku tunjuk belang masa aku sekolah rendah dulu, cuma aku tengah praktikum sekarang dah budak-budak suka tunjuk belang. heh. main-main dengan cikgu Shaqirah ye! berani melebih-lebih? cubalah.

ni dia borang penilaian pertama aku minggu lepas untuk subjek Sains. penilaian yang dijalankan oleh pensyarah pembimbing yang terkenal dengan ketegasannya. nama dirahsiakan atas dasar keselamatan penulis. haha


jangan gelak. kualiti pembelajaran dapat 3 je. tapi untuk penyeliaan pertama, dapat macam ni pun Alhamdulillah. sebabnya ni kali pertama diselia oleh pensyarah ni, tak biasa lagi dengan style beliau, begini punya markah pun Alhamdulillah.

tapi sila zoom ke part ini:


i got full marks for my class management. haha. maknanya kawalan kelaslah. maknanya berupaya mengawal si budak-budak agar tertiblah. maknanya kelas saya 'lively' tapi terkawallah. Alhamdulillah

macam mana kawalan yang dilaksanakan ke atas budak-budak yang suka test cikgu praktikum ni?

tak dinafikan ada budak yang cuba nak jadi teacher's pet. cuba nak bermanja dan cuba minta perhatian lebih. aku tak cakap benda ni tak bagus. bagus, sebab cikgu kan kena bersifat penyayang. kalau garang macam mana pun, lakonan kena tiptop. tapi kalau kita lembut sangat, budak akan pijak kepala. trust me. truth. happened to me once during my first practicum.

apa yang aku buat? hmm. orang lain cakap aku garang. sedih jugakla. depa tau ke aku mengajar macam mana? tak tau kan.. garang ke? suara mungkin la kuat. tapi tak jugak menengking budak

1. aku amalkan sistem ketenteraan (la sangat) dekat budak-budak ni. contohnya, kalau kelas mula tak terkawal, budak-budak mula hilang fokus, aku akan cakap dengan nada yang tegas, 'Kelas..duduk sedia!'
terkejut budak-budak tu. cepat-cepat depa tarik kerusi rapat ke meja, duduk tegak, kepala sedikit dongak dan pandang depan. hehe. bila dah duduk dalam sedia, aku ingatkan sekali lagi yang aku tak suka budak letak kepala atas meja masa aku mengajar. aku jugak tak suka kalau depa sembang tak tentu hala masa kelas aku. pastu aku tanya, 'Faham tak, kelas?' depa akan cakap, faham. kalau kita rasa suara depa perlahan sangat, kita kena tanya lagi dengan nada lagi tinggi, 'Faham tak kelasss?'

Faham cikgu!!! okay kalau faham, 'Kelas duduk senang!'

2. cikgu pun kena tunjuk mimik muka banyak kat murid. kadang-kadang, kita tinggikan suara pun tak jalan. aku kalau aku marah, aku akan diam. aku tengok budak bising tu lama-lama. tipula kalau dia tak rasa bersalah. kadang-kadang kawan-kawan sekelas yang akan tolong kita tenteramkan kawan depa. ayat normal,' Diam weh! cikg marah tu.' Jimat air liur kita. yang penting, mata mau sharp naa!

banyak lagi sebenarnya. kadang-kadang aku tepuk tangan sekali, dengan kat untuk tarik perhatian depa. kadang-kadang aku suruh depa bangun. tarik nafas dan buat regangan sikit. kadang-kadang semua ni bergantung dekat budak jugak. ada yang dengar kata, ada yang buat macam-macam pun tetap tak jalan.

best betul kalau ada aura, kita lalu je budak terus senyap

hehe. selamat menjadi cikgu yang berdedikasi dan berkarisma!


macam ni pun garang?

Belum Cuba Sabun Beras? Ruginya!

assalamualaikum

seronok rasanya bila makin ramai buat pesanan sabun beras, terutama yang berkolagen ni. yelah benda murah dan berkesan kan, apa salahnya kita cuba. barang murah tak semestinya tak berkesan, barang mahal tak semestinya serasi dengan kulit kita kan?

ada sepupu Amir yang baru bertunang kemarin, (tahniah Sara!), katanya ada masalah kulit. saya bagi cuba sabun beras ni. lepas tu dia mesej, katanya mula-mula pedih. tapi lama-lama rasa jerawat dah tak naik. parut makin pudar. menyesal katanya tak cuba dari awal. Alhamdulillah. tulah saya cakap, tak salah kita cuba. lagipun sabun ni diperbuat dari bahan organik, insyaallah takkan membahayakan kulit. kalau tak berkesan di muka, gunakan sebagai sabun badan, boleh hilangkan daki dan parut-parut di badan. boleh jugak hilangkan bau badan. dengan harga hanya RM5.00 seketul, insyaallah tak rugi mencubanya.

ada yang pm saya tanya, sabun ni tahan berapa lama? sabun ni kalau saya guna sorang-sorang, saya kerat 4. kadang-kadang tahan lebih dari sebulan. tapi bajet dalam sebulan la penggunaannya. sebulan RM5.00? ok sangat la kan.

saya sedang cuba dapatkan orang yang jual krim beras. jangan tak tau yang dia ni ada set sebenarnya. krim malam dan krim siang pun ada! insyaallah kalau saya jumpa, saya jual murah-murah saja. nanti kalau dah jumpa, saya akan maklumkan ya!

untuk yang berminat nak order, boleh pm saya terus di 019-5219267. saya akan pos sabun menggunakan pos laju dengan kadar RM6.00 bagi setiap 1kg.  


oh ya. anak saudara tunggal saya, Harraz dah makin hensem! nanti besar mak lang tonyoh sabun beras jugak. hehe

February 6, 2013

Giveaway! (Contest End On My birthday! Haha)

assalamualaikum

tengah menunggu elaun. serius. sebabnya aim nak beli handbag baru. serius. tak tipu. saya jenis seorang yang tak suka beli handbag, tapi suka beli tudung dan kasut. tapi sebagai cikgu, memiliki banyak handbag untuk di-matching-kan dengan baju-baju adalah harusss! jadinya saya sertai giveaway ni


hey, it's Polo Benedetti! and the color is pink! do you know how much i love pink?


pink untuk purse dan henpong. buruk benauu sebab sayang dia. warna pink dan saya janji takkan tukar selagi tak rosak. I love pink thisssssss much! (arms-wide-open)


pink for outing. from head to toe. i love pink thissss much! (arms-wide-open)
 

pink untuk pergi kuliah. from head to toe again. i love pink thisss much! (arms-wide-open)


pink for my engagement day. hehe. family bising-bising sebab dah loya dengan warna pink

itulah sebab utama kenapa beg ni perlu jadi milik saya. hehehe

antara sebab lain ialah:

bila ke sekolah, murid pernah tegur saya, kenapa handbag teacher besar sangat? terdiam dibuatnya. yelah budak-budak sekarang mata macam helang. semua nak tegur. padahal kita takde handbag :(

dan lagi, saya suka beg dengan banyak compartments. sebab saya suka sumbat macam-macam dalam handbag saya. termasuklah ubat gastrik, ubat alergik, minyak angin panas, henpon, bateri henpong tambahan, sanitizer, plaster, hand lotion, kunci bilik, pendrive, buku nota kecil, pen, buku derma darah dan blablablabla. bukankah semua ni perlukan compartments yang banyak? hehe. handbag yang ditawarkan ni banyak compartments okay. its soo me.

pastu kan, saya tak pernah ada lagi beg berjenama. sayang duit nak beli. kalau ada sale dan discount 70% pun tak pernah saya dekat. sebab saya tau saya tak layak lagi pakai barang branded guna duit sendiri. nak tunggu kerja dulu baru nak bergaya habis-habisan. tapi kali ni dah ada orang nak bagi, boleh jugak. hehe. kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan!

okay inilah antara entri saya yang paling telus dan tulus. hehe. segalanya demi Polo Benedetti.

nak try jugak tak awok awok? nah, join kat sini: http://syud.blogspot.com/2013/01/giveaway-contest-end-on-my-birthday-haha.html

hai Syud. saya follower anda yang ke-123!

Saya tak Perlukan Sebarang Supplement untuk Awet Muda. Nak Tahu Apa Rahsia Saya?

assalamualaikum

memang sungguh. aku tak tipu. tak payah aku perabis duit beli kolagen segala macam tu, kecuali kolagen dalam sabun beras. hehe. promot promot kejap. nak tau kenapa?

nak cuba jugak ke?

kalau nak cuba, jom jadi cikgu sekolah rendah!

kenapa dengan jadi cikgu sekolah rendah kita akan awet muda?

cuba tengok gambar-gambar yang aku ambil masa pertandingan mewarna sempena Maulidur Rasul di sekolah baru-baru ni. cukup menghiburkan!


mata bulat, muka naif. 
 

khusyuk benarr budak ni.
 

belakang kawan pun boleh jadi meja
 

 duduk katak. my favorite style when i was kid. hehehe


kat sekolah menengah ada tak yang meniarap macam ni atas lantai?
 

errr...haha


silang kaki baik punya!
 

cute je. bosan ke tak tau nak guna warna apa dah?
 

tengah gaduh berebut pensel warna sebenarnya
 

best candid of the day!
 

style kan?
 

kata sekolah anak anak tentera kan? anak-anak pun haruslah meniarap cara ayahnya menembak kat lapang sasar!
 

tongkat kepala dengan songkok sambil mewarna.

memang aku tergelak sakan la dengan budak-budak ni. hari ni pun sama. masuk kelas darjah 4 ajar topik penyahtinjaan manusia. aku dah ajar, dah siap tulis ejaan kat papan putih. lepas tu aku padam la balik sebab nak uji depa. aku bagi lembaran kerja setiap seorang. antara soalannya adalah macam ni:

apakah organ penyahtinjaan manusia?
Murid A: Juboq
Murid B: Bubur.

tell me, do you still need collagen to look young? nope!! because laughter is the best medicine. hehehe

February 3, 2013

Wedding Preparations

assalamualaikum

berani cakap yang wedding preparations masih kabur-kabur sebab terlalu sibuk dengan praktikum dan persediaan Action Research. nak menangis pun ada kadang-kadang tu sebab tak sempat nak letak kepala atas bantal, kepala dah tersengguk-sengguk kat meja sambil tulis rancangan mengajar. mujur juga kat sekolah aku tak pernah  tersengguk. tapi kalau di luar sedar tu entahlah. rasa macam ada. hehe

tadi ada bincang sikit-sikit dengan Amir. dok mula memikir dah yang kami takkan duduk kem tentera. takut chek! nak menyewa je kat luar. astaga, apa punya feeling ya kalau berbincang nak duduk serumah dengan lelaki sedangkan roommate aku selama ni perempuan? astaga. kelam kabut jadinya. seram pun ada. astaga, jujurnya! haha

elaun perumahan untuk tentera ni kalau tak salah pendengaran aku, RM350. kalau jodoh kami panjang di Jitra ni, dah boleh dapat rumah sewa dengan nilai tu. lagipun awal lagi nak bincang pasal beli rumah. sebab tentera dan cikgu, well, posting tak kira masa. ntah ke mana akan dihantar selepas ni. harapnya tak jauh dari mak abah dan bakal suami. ehemmm

lepas tu ada bincang juga tentang bila nak mula isi borang nikah dan bila nak mula ambil HIV test and test-test lain termasuklah kursus nikah yang belum dilangsaikan. Amir tu untungla sebab dia uruskan sendiri perkahwinan ni. orang lain kawen pun dia uruskan. well, tentera dan organisasinya. angguk-angguk faham

mak, kak Qirah nervous!

tapi kena bincang jugak la benda ni. bincang bila nak serah duit hantaran, bila nak pi survey sama ada sewa atau buat baju sendiri mana lagi berbaloi dan blablabla. blur dibuatnya. 

anyway, dah ada kawan yang selalu jadi partner MC aku offer nak jadi MC majlis aku nanti! siapakah dia?


"Ustazah, ustazah ajar Ulum Syariah kami kan?"
"Ustazah, mana tempat Cikgu Zamruzi?"
"Assalamualaikum ustazah!"

Ikut hampa la budak-budak oii. ni ha, ustazah yang ajar Sains okay?


sempat jumpa Ain Maizatul Farhana, tudung purple, kawan yang dikenali di Kem Ketua Pengawas masa sekolah rendah. hi, Ain!

Wedding Preparations la sangat. hikhikhik