Friendly Friends

January 1, 2013

Mudah Susah di Dapur

assalamualaikum

memasak ni, susah ke, senang?

ada yang jadikan memasak ni hobi. macam aku. suruh memasak on selalu, suruh mengemas mintak maaf. hehe. tapi persoalannya, memasak ni susah ke senang? bagi yang susah, katanya sebab leceh. sikit-sikit kena kupas bawang, hiris bawang. bawang tu kan memedihkan mata! pastu yang lecehnya lagi, memasak ni kena pandai mengagak. nanti terlebih masin la, terlebih masam la, spoil mood nak memasak! yang lecehnya lagi, memasak ni kadang-kadang perlukan kesabaran. dapur tu tempat panas, tempat basah, tempat berminyak. nak memasak ni, kalau setakat tanak nasi, goreng ikan dan masak sayur tumis mungkin ambil masa sekitar sejam je kalau dah pakar. tapi untuk yang tak pakar. lebih dari sejam! panas tau tak dapur tu. aku pun kadang-kadang terkeluh la jugak, bila la dapur ni nak pasang aircond. dan seringkali mak bagi jawapan, 'panas di dunia ni kejap je. lagipun besar pahalanya memasak ni, jamu orang makan. tambah-tambah kalau kita memasak untuk ibu bapa kita, untuk orang-orang yang nak buka puasa dan juga untuk orang-orang yang kelaparan. syok kan? 

hargailah jasa orang yang memasak untuk kita. kita dibesarkan dengan masakan mak kita. nak tau apa yang mak kita lalui semasa proses memasak? ni kira mak-mak kat rumah tau. chef kat restoran tu aku tak tau la lalui pengalaman yang sama ke tak.

(penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman)

1. Seawal pagi lagi kita dah pening, hari ni nak masak apa ya? kalau aku memasak di rumah, selalunya akan ada 4 jenis hidangan. yang wajib ada adalah ikan goreng dan sayur. dan sambal belacan! lepastu akan ada konon-kononnya best dish of the day la. mungkin tomyam, mungkin asam pedas. mungkin sambal tumis. mungkin gulai. mungkin masak lemak. mungkin masak kurma. mungkin masak berlado. mungkin lauk lain. perancangan tu penting. rasa tak lengkap meja makan tu sekadar ikan goreng dan sayur je.

2. Bila dah rancang nak masak apa, kena fikir pula bahan-bahan yang memasak. untungla duduk kampung, setakat nak buat tomyam tu, pergi depan rumah je untuk kerat serai. pokok limau purut pulak ada tepi rumah. pokok limah nipis pulak tunggu masa je nak berbuah. dalam kepala dah mula merangka, asam keping dah ada, pes tomyam tak ada. oh pes tomyam kena beli! berapa bungkus ye baru cukup? kena tengok pulak ayam tu banyak mana. selalunya aku akan tumis cili kisar. jadi pes yang diperlukan sikit je, hanya untuk rasa dan bau tomyam. okay dah check barang dapur, jom pergi kedai! sebelum tu, tanak nasi dulu. air basuhan beras tu simpan, buat basuh ikan nanti. tanak nasi awal-awal ni senang sebab bak kata mak, nasi ni ambil masa nak masak. lagi pula, nasi ni tak kacau kita. letak je dalam rice cooker tu. pergi la jenguk sekali dua, kacau nasi biar masaknya sekata...

3. Masuk kedai tiba-tiba tokei kedai cakap pes tomyam tak ada! masa tu mula la fikir nak tukar plan. ayam tu nak buat apa ya? masak kicap? masak merah? goreng berempah? minda suri rumah ni sentiasa berjalan dan berfikir. bukan mudah rupanya nak jadi suri rumah. dalam fikir tu kena pertimbangkan banyak perkara. abah tak suka masakan pedas, jadi ayam masak merah tak boleh buat. masak kicap kena beli kicap, nanti tak sampai 2 hari habis sebab adik aku sorang tu suka buat colek dengan pelam muda. nak buat masak lemak pulak kena mesin nyiur. tak reti guna mesin. lagipun malas nak perah santan. hehe. mak cakap, tangan orang yang selalu masuk dapur ni lembut, sebab selalu main santan. tapi kadang-kadang tu terfikir jugak nak buat yag mudah, iaitu goreng celup tepung! okay siap membeli, bermulalah proses memasak

4. Balik rumah terus sediakan bahan nak memasak. ni part paling leceh sebenarnya. kupas bawang, siang kan, potong ayam, potong sayur, rendam cili, kisar cili, perah santan dan lain-lain adalah benda yang memakan masa kita di dapur sebenarnya. kalau aku, aku suka kisar cili kering tu banyak-banyak. guna bawang besar lebih sikit, masukkan asam jawa yang tak berbiji tu secukupnya, belacan, kisar dan masak! kisar lebih sikit lepastu simpan. hari ni buat sambal ikan. esok guna buat asam pedas. tips memasukkan asam jawa semasa kisar ni sebenarnya memudahkan kerja. sekurang-kurangnya, sambal kita dah cukup masamnya. senang. kan lagi senang kisar asam sekali dengan cili berbanding perah asam? hehe. tapi masa memasak tu rasa lain la. kalau kurang, masukkan je asam keping.

5. Part merasa memang best. tapi ingat ya, kalau masak ayam atau daging, jangan masukkan garam selagi daging tak empuk. masukkan gula boleh. sebab mak kata, garam ni bagi daging liat. kicap pun sama la sebab kicap kan bergaram jugak. sebenarnya banyak tips di dapur ni. semuanya akan kita peroleh dengan mengalaminya sendiri. oh ya. aku suka merasa makanan sebab kalau aku buat tomyam contohnya, aku ambil mangkuk dan isi siap-siap kuah dan ayam daripada tomyam tu. merasa ke, memakan ek? haha. taipkali terkantoi, aku akan cakap, ni ha.. nak tengok ayam ni dah empuk ke belum... padahal ada 3 ketul ayam dalam mangkuk tu

6. Lepas hidang, tunggu jelah komen daripada juri yang ada. bayangkan kalau sepagian kita di dapur, tapi komen yang diterima agak mengecewakan. contohnya, tomyam ni kurang masam la, gulai ni cair sangat la, kenapa ikan goreng ni hancur? tak tunggu minyak panas dulu ke? kenapa sayur ni masin? angkat tuang ke, cubit-cubit garam ni? kenapa masak lemak ni manis? masak lemak tak perlu manis. dan blablabla. apa yang terjadi esoknya? orang yang asalnya malas memang akan bertambah malas ke dapur. haha. anak dara sekarang. haha

kesimpulannya, memasak ni susah ke, senang?

ada yang kata senang, ada yang kata susah. bagi aku, aku suka memasak. walaupun 3 jam di dapur, aku rasa puas hati dapat jamu orang dengan masakan aku. selamat masak masak anak dara sekalian!

oh yang terakhir! memasaklah dari hati. kadang-kadang kita tak perlu terlalu bergantung pada resepi. kita juga tak perlu tanya, garam banyak ni cukup ke tak, gula banyak ni cukup ke tak. bubuh je dulu. lama-lama kita sendiri dapat mengagak, kalau masakan ni pedas dan kuahnya periuk besar, garam kena bubuh banyak mana. ikut gerak hati ye!


No comments: