Friendly Friends

January 2, 2013

Merancang untuk Bertunang? Bajetnya Berapa?

assalamualaikum

(entri ini ditulis atas permintaan seorang rakan yang mungkin sudah tergerak hatinya untuk melangsungkan pertunangan)

Alhamdulillah, aku telah selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang Amir dari negeri Perak pada 25 Disember 2012 yang lepas. kira tahun lepas la ni. rancangan tu sebenarnya dah lama jugakla. dalam 3, 4 bulan merancang dan akhirnya termeterai jugak ikatan pertunangan antara kami selepas lebih 4 tahun berkawan


tema majlis sememangnya pink yang merupakan warna semangat aku. haha. (serius aku tak tau nak tulis apa)


ni gambar Amir, mak Amir, Qirah dan mak Qirah. panggil abah bergambar sekali tapi abah senyum je. mungkin dah mula rasa bibit kesedihan yang anak abah yang abah jaga 22 tahun tu dah dipinang orang.

Amir ni satu hal jugak. aku suruh pakai baju melayu je pun, bukan suruh bersongkok bersampin bagai. nak pakai baju melayu dengan seluar slack pun aku tak kisah. last-last dia dengan sempoinya mai pakai t-shirt je. sabar jelah. sepupu aku tanya, betul ke tunang kak Qirah tu ustaz? aku cakap, ye. dia cakap, takde muka ustaz pun?

mungkin juga.


ni hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki.mulanya kami tetapkan, 5 berbalas 7. aku buat 11, bagi aku banyak la sebab lebih 4. tengok-tengok, pihak lelaki bawak sampai 19 hantaran! malu dibuatnya. lagipun hantaran depa cantik-cantik, kreatif. hantaran aku? serius aku rasa malu...
 

ni gambar aku dengan kak ipar aku. kakak ipar ya, bukan kakak Amir, tapi isteri abang aku. semua orang aku paksa pakai warna pink. hehe. oh ya, maafkan pemilik muka opera tu. aku malu tengok muka sendiri, rasa macam mekap tebal sangat. bibir pun depa letak lipstick lebih, nak senyum pun rasa melekat semacam ja. mungkin sebab aku tak pernah mekap jugak kot.
 

aku tak nampak pemandangan ni sebab aku duduk dalam bilik. rombongan Amir datang dengan 7 kereta. kira rumah aku tu penuh la dengan sanak saudara kedua-dua belah pihak. yang lagi best, Amir sendiri baca doa selamat untuk majlis kami sebab tok imam kampung aku demam, cancel kedatangan dia untuk baca doa pada saat akhir. terpaksalah Amir dipanggil masuk untuk baca doa.

sini aku kongsikan kos sepanjang majlis berlangsung. sebenarnya kos ni bergantung pada bajet masing-masing la ya!

Pihak Perempuan

1. Kos kenduri
Aku buat kenduri secara bergotong royong dengan orang kampung. Jemputan kami dianggarkan dalam 400 orang termasuk keluarga, orang kampung dan rombongan. 

Lauk yang kami buat ada 4 jenis iaitu gulai kambing yang disponsor oleh abang aku, ayam masak kicap, sambal petai dengan ikan bilis dan gulai ikan kering dengan terung. ada jugak sambal belacan dan ulam. dengan jemputan 400 orang, kiralah sendiri berapa yang dah dikeluarkan untuk makanan.

2. Kos pelamin
DIY. serius sangat menjimatkan dan boleh diguna semula. kalau sewa, setakat sehari guna, bagi aku tak berbaloi. biarlah seluruh kegemilangan tu ditumpukan pada majlis pernikahan nanti. kain aku guna 2 warna je, pink dan cream. aku beli 5 meter bagi setiap warna dan harga semeter cuma RM1.90. aku beli dah lama, masa elaun baru masuk sebab aku tau benda ni memang akan guna dan taklah kalut bila dah nak dekat majlis. 

Yang benda warna hitam bercorak tu, aku beli 4. setiap satu berharga RM5. nanti kalau ada orang nak DIY mini dais ni sendiri, bolehlah mai pinjam dari aku. hehe. nanti aku update lain mana aku beli benda-benda ni.

Oh ya mini dais aku ni tak berbunga atas request aku sendiri, serabut rasanya bunga banyak sangat. simple sudah. kawen nanti baru kita buat grand. tapi mak aku dah larang sewa-sewa. suruh DIY sendiri lagi.

Baik mak!

3. Kos mekap
Alhamdulillah. opera tak opera. yang penting free of charge. kawan-kawan yang tolong mekapkan. Jannah, kawan sekampung dan Kak Kin, mak andam kampung. hehe. pastu Paah, Ika, Siti Tora dan Wani sebagai pengkritik. hasilnya seperti di atas.

4. Kos hantaran
Sebenarnya hantaran masa bertunang ni, kebanyakkannya adalah makanan dan manisan. aku sediakan 11 hantaran iaitu kek, baulu, coklat handmade, coklat beli dalam kotak, gula-gula, buah buahan, kain pelikat, sejadah, spek hitam Sworke, laici dalam tin.... apa lagi ya? tak ingat! haha. hantaran ni aku jimat banyak, aku banyak keluarkan duit untuk beli renda je sebab coklat handmade Siti Tora kawan aku tolong buat, baulu mak Siti Tora bagi. yela kami kan kawan baik dari kecik. pastu laici dalam tin kakak aku buat. kek, kakak aku dengan Siti Tora sponsor, kain pelikat, sejadah dengan Sworke, abang aku sponsor. gula-gula adik aku sponsor.

apa ja guna duit aku? hehehehe

5. Kos pakaian
ni pun jimat jugak la. jubah aku beli RM110, selendang Paah punya, tudung kakak aku punya.manik kat lengan jubah aku beli dan jahit sendiri.

6. Kos bunga tangan
pemegang tu aku beli RM3.90 tapi bunga.... bunganya... bunganya aku cabut bunga mak yang mak letak atas TV. hahahahahaha

kesimpulannya, aku banyak berhabis kat makanan untuk kenduri. yang lain semuanya DIY.

Pihak Lelaki

Yang ni aku takla tau sangat. takkanla Amir nak cerita cincin dia beli berapa ratus. hantaran dia pun banyak disponsor oleh keluarga dia. aku dapat kain pasang sekali tudung dan kerongsang, kain telekung, sejadah, tuala, kek, gula-gula, baulu, kuih beras dan macam-macam lagi. aku taktau apa yang Amir beli, hehe. tapi katanya dia spent dalam RM1000 jugaklah untuk pertunangan ni.

kena kira ya, untuk panduan akan datang!

5 comments:

Anonymous said...

tq kirah.. info yg sgt berguna utk yg baru merancang utk brtunang... :)

anisyuhada said...

tahniah kak qirah! kenduri jemput naa ;)

nur khalilah hassan said...

lagi skali..tahniah qirah..hehe.. :)

Anonymous said...

Tunang pun siap berpelamin n kenduri sume. Ni kire info utk org berkemampuan lebih. Btw thx

husna::bkl brtung:: said...

thanxx...mnfaat cgt....