Friendly Friends

January 10, 2013

Kenapa Perlu Guna Sabun Beras?

asalamualaikum

Alhamdulilah makin ramai yang order sabun beras dari aku. tapi semuanya order sabun beras berkolagen. tak rugi cuba sabun ni sebab murah (ayat tipikal orang kedekut). hehe. kadang-kadang, skin care mahal pun belum tentu serasi dengan kita. tapi bagi seseorang yang tak sanggup membelanjakan wang terlalu banyak pada skin care, produk termahal pernah aku guna adalah produk Tia Amelia. tapi cuma guna sabun dia yang berharga kurang RM10 dan juga krim kunyit yang berharga RM26 dan selepas 4 bulan berlalu, krim tu hanya beberapa kali aku guna. sangat tidak berdisiplin dalam penjagaan muka. jadi jangan berangan nak muka flawless macam pelakon Korea.

sampaila aku guna sabun beras ni. sesuai untuk orang yang tak pakai foundation, sunblock, BB cream dan seangkatan dengannya. tapi jangan la tiru macam aku. hampa semua kena la jaga muka. aku cuci muka dengan tujuan utama iaitu mengelak muka berminyak dan mengurangkan kadar penumbuhan jerawat yang maha pesat kat muka ni. Alhamdulillah, sabun beras ternyata mengurangkan minyak di muka, tapi tidak mengeringkan kulit juga. seronok. sungguh

untuk student, tibalah masa untuk berjimat. sebulan habis berapa ya untuk skin care? kalau guna sabun beras ni, kita hanya guna RM5 sebulan. aku sekarang tengah cari pembekal krim sabun beras ni sekali tapi belum jumpa. hanya jumpa yang jual sebiji-sebiji je.nanti kalau aku jumpa, aku akan maklumkan kemudian. krim ni krim malam, untuk menghasilkan (?) wajah yang lebih berseri, cerah dan mulus. 

hehe. beria je ayat. promot tak mau kalah.

apapun, terima kasih banyak-banyak yang telah membeli sabun beras ni. kepada yang lain, bila lagi nak cuba? tak rugi tau! kalau takmau guna untuk cuci muka pun boleh guna sebagai sabun badan, gunakan di celah-celah pelipat macam kat ketiak untuk hilangkan kesan hitam dan daki yang degil. kalau digunakan secara berterusan pun insyaALLAH dapat menghilangkan kesat-kesat dan bau badan. bau pun wangi, dan ada bintik-bintik beras kat sabun tu.

beras yang digunakan ialah beras Jasmine dari Thailand. bagi orang Perlis terutamanya, tau kan yang banyak kenduri di tempat kita ni guna beras dari Thailand masa kenduri? tau tak kenapa? sebab beras Thailand ni sangat putih dan sedap bila dimasak. sebab tu la kot orang guna buat sabun. dapat memutihkan kulit, insyaALLAH

dan Alhamdulillah, tak hadapi banyak kesukaran memekapkan muka masa tunang haritu. tengkiu sabun beras! awak dah selamatkan saya. hikhikhik



to place your order, kindly visit my facebook Qirah Isa. boleh pm di situ atau untuk tindak balas segera, boleh mesej di 019-5219267. thank you!

1 comment:

beinganon said...

ok...wrong post for me..haha