Friendly Friends

January 2, 2013

JJCM: Restoran Abdullah Khor Derang

assalamualaikum

ada kawan ajak pergi makan masakan Cina Muslim di Tanah Merah, Bandar Darulaman. chewah. bunyi macam hebat je padahal 2km je dari IPG aku ni. bila orang dah ajak tu, bukan main lagi eksaited. yelah. asyik makan makanan Melayu dengan mamak je. nak jugak tekak ni beralih selera. asyik makan tomyan dengan nasi kandar je, nak juga merasa dim sum

Restoran ni terletak di belakang Petronas Tanah Merah, kedai hujung sekali. kalau payah sangat nak jumpa, cari je kedai dengan nama ni. kompem jumpa trang tang tang.
 
bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Bandar Darulaman atau Jitra, sila maklum bahawa di sinilah syurga makanan sebab makanan boleh didapati dengan mudah, dan yang penting murah! tomyam semangkuk penuh bagi isi ayam dengan segala ke-kaw-annya hanya berharga RM3.50 semangkuk. nasi ayam pun sama. bihun sup dLorong yang super sedap semangkuk RM3.00 je padahal daging dia penuh mangkuk. tu tak try moi sup lagi. ha, nak apa lagi? semua ada kat sini. murah pulak tu!

okay berbalik pada Restoran Abdullah Khor Derang ni. sebenarnya bukanlah restoran sangat, cuma terletak di food court. tapi kisah apa, kat food court la murah. kalau kat betul-betul restoran, tak mampu aku nak makan sebab elaun tak masuk lagi. hehe


tu dia. nak apa? wee wantan? dumpling? nasi ayam hainan? dan segala macam lagi masakan cina yang aku lupa dan tak reti nak sebut. kebanyakkan harga RM4.00 sepinggan atau semangkuk.
 

aku pulun sampai ke titisan sup yang terakhir. aku order nasi ayam hainan. aroma dia sangat memikat hati! makan nasi saja pun tak apa. pastu disediakan sos. tapi tak ada kicap dan tak ada salad. tu la yang kureng sikit. apa pun, aku bagi 4 bintang untuk nasi ayam hainan kat sini!
 

ni pulak dim sum. egg fish roll kalau tak salah. 2 ketul untuk RM1.50. sedap sangat sangat! tak tipu. rasa tak cukup dan nak order lagi. tapi tiba tiba beg duit vibrate, beri amaran yang jangan membazir, elaun tak masuk lagi

bagi yang ingin memcuba makanan cina dan tak tahu mana tempat yang boleh dituju, kalau anda berada di kawasan sekitar, bolehlah datang ke Restoran Abdullah Khor Derang ni atau sebuah lagi restoran cina muslim yang terletak berhampiran Coolblog, Jitra. yang tu aku tak try lagi. mungkin dalam masa terdekat

tiba-tiba, beg duit vibrate lagi.

3 comments:

Farina Hunny said...

aduhh . lapar . maggi je ada . huhu T_____T

Nur Yana said...

perghhhh.. nieh nnt aku balik bwk g mkn sana. haha. n org yg dh naik pangkat status dia la kena blanja. kan kan..

Kamal said...

Ok. Ni nk pi cari.. jngn sampai xde nah..