Friendly Friends

January 1, 2013

Demi Masa

assalamualaikum

selamat tahun baru 2013! macam tak sedar kan masa berlalu meninggalkan kita? aku pernah baca dalam satu tulisan yang entah dari mana sumbernya (terlupa). kata penulis tu, kalau kita rasa masa berlalu dengan cepat dan kita seolah-olah tak sedar masa sudah berlalu, ertinya mungkin kita terlalu alpa, terlalu leka hingga masa yang sepatutnya diisi dengan perkara yang berfaedah, kita isi dengan perkara yang melalaikan. contoh yang terbaik macam ni la, adakah kita sedar yang masa sedang berlalu meninggalkan kita sedangkan kita hanya duduk di hadapan laptop, tweet sana tweet sini, update status dan upload gambar tanpa henti? aku rasa jawapannya tidak. kita sememangnya tidak sedar yang masa berlalu. bila tersedar, rupa-rupanya dh hampir 3 jam menelek laptop depan muka. tapi bagaimana pula kalau kita menghadiri majlis ilmu? belum apa-apa lagi dah tanya, pukul berapa ya kuliah ni habis? belum pensyarah atau penceramah mulakan perkongsian, kita di belakang tu dah menguap 5 kali. astaghfirullah. sering berlaku pada diri sendiri.

bukan sedikit peringatan yang diberi tentang penjagaan masa. teringin nak berkongsi satu kisah. satu hari tu aku terdengar ceramah di radio. kata penceramah tu, solat Isyak ni afdal dilewatkan. Allahuaklam kalau aku tersalah dengar. aku tanya la ustaz peribadi aku tu. katanya, kalau betul afdal dilewatkan, tu untuk orang yang selalu bangun tahajud. dia akan tidur dahulu dan kemudian bangun solat Isyak dan tahajud serta solat-solat sunat yang lain. tapi kalau kita sedar diri yang kita ni jenis payah bangun dari tidur, maka solatlah seawal waktu. tak baik lengahkan solat. ni pun berkaitan dengan penjagaan masa juga. akui, sering berlaku pada diri sendiri.

seorang manusia yang berjaya adalah manusia yang pandai menguruskan masa. diri kerdil ni selalu sangat merungut (which is very tak baik!) yang masa tak cukup. kenapala diri kerdil ni tak pernah fikir yang setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama sedangkan ramai yang dah berjaya menguruskan masa dengan baik? ni baru sekadar bergelar pelajar, belum lagi bergelar guru. belum lagi bergelar isteri, belum lagi ibu. insaflah wahai manusia, saya menyeru kepada diri saya sendiri betapa hargailah masa. masa yang berlalu takkan kembali. kita takkan dapat kembali ke detik 20 Mei 2010 walaupun mungkin saat dan detik tu amat bermakna buat kita. kita juga takkan dapat mengembalikan masa bila kita sudah melepasinya.


time and tide wait for no man! 

Allah telah bersumpah demi masa dalam surah Al-Asr yang bermaksud,
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]

hanya  mereka yang mengerti kepentingan masa sahaja yang dapat memanfaatkan masa. janganlah kita menjadi orang yang rugi, sebab nanti nyesal tau!

oh ya. Alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang pada peperiksaan akhir yang lepas. pointer berapa tu, cukuplah aku katakan yang tu antara pointer tertinggi aku sepanjang pengajian. Alhamdulillah. semoga kedatangan tahun baru ni menjadikan aku insan yang lebih baik dunia dan akhirat, insyaALLAH.

No comments: