Friendly Friends

January 14, 2013

Bihun Sup Terbaik di Perlis!

assalamualaikum

bagi aku, tempat makan-makan bihun sup terbaik di Perlis ada dua. satu Fatinnaz Corner (dulunya dikenali sebagai Fatin Corner) tapi Fatinnaz Corner ni hanya serve bihun sup ayam. kalau bihun sup daging, pergilah ke Bihun Sup Dan di Budget Corner, pekan Simpang Empat, Perlis. memang terbaik!


nah! ada segala macam anggota badan lembu. hehe. ada daging, ada perut lembu (babat), ada lemak lembu, sambal yang kaww dan bihun sup kat sini depa potong kentang kiub-kiub dan masukkan sekali dengan kita punya bihun. yang bestnya tu, makan bihun sup tak terasa sangat makan bihun sup, bihun tu macam sampingan je seba daging dia yang nipis-npis dan empuk tu menguasai rasa.

sepinggan rasanya RM4.70 atau RM4.80, entahlah tak pasti sebab orang yang belanja.


memang ramai yang datang makan sini sebab bukan bihun sup special tu ja yang ada, tapi macam-macam lagi macam nasi ayam, sizzling, makanan Thai, seafood dan jugak western.
 

kiri kanan jalan ni penuh! terpaksa parking jauh dan berjalan. nak kata exercise pun tak patut jugak sebab kalau berjalan jauh tapi lepastu lapar balik, apa gunanya?
 

Amir tak suka daging. dia order bihun sup ayam. jadi readers sekalian, kalau nak try bihun sup special ni, datanglah ke sini, di Pekan Simpang Empat, bersebelahan pasar raya Awang

2 comments:

didie noxious said...

yummy~ mmg sedap buihun sup kt situ.bru ja mkn kt sna 2 mgu lps :)

Cik Puan iLa said...

tak tau plak kt ctu sedap..sllu mkn kt kedai bihun sup sblah tu..igtkan dh abih sedap dh kt ctu..xpnah mkn sini.hehehe