Friendly Friends

January 22, 2013

Fasa 3

assalamualaikum

hai readers! hari ni dah masuk hari kedua aku berpraktikum fasa 3 iaitu fasa akhir selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Anak-anak Tentera, Kem Tok Jalai, Jitra, Kedah. sekolah dalam kem tentera tu weh! masuk ke kawasan kem, ada tentera dok berkawal. masuk ke dalam sikit, nampak Pernama. ke dalam lagi nampak blok-blok rumah tentera ni dan nun di hujung kem terletaknya sekolah ni.


hai saya Cikgu Shaqirah dan saya seronok sebab saya dapat meja sendiri dalam bilik guru!

praktikum kali ni aku akan ajar subjek major aku iaitu Sains dan juga PJ sebagai subjek minor. ha, gelaklah puas-puas. aku pun nak tergelak sebenarnya. macam memenatkan je nak ngajar PJ. dahla suara kena kuat berbanding biasa. dengar cerita,  budak-budak Anak-anak Tentera ni noti sikit. makanya aku akan mendisiplinkan budak-budak ni selayaknya dengan title anak tentera depa tu. hikhikhik

berangan je lebih. kang depa pulak amalkan disiplin ketenteraan dekat aku!

so far, aku seronok bertugas di sekolah ni. aku ditugaskan mengajar Sains tahun 4, kedua-dua kelas dan Pj darjah 4 jugak, kelas pertama. lepas tu kan, aku jadi Guru Penasihat Tunas Puteri, Guru Penasihat English Language Society which makes me excited to the max! dan jugak Guru Penasihat pasukan Bola Jaring sekolah yang buat aku tak senang duduk. yang sebetulnya, mana pernah aku main bola jaring. aishhh tak boleh jadi ni, kena google step-step permainan dan jugak undang-undang dia. tak pun kalau habis koman, bak kata Cikgu Shukhairi merangkap Setiausaha Kokurikulum sekolah, turunlah padang sama, bancuh air tepi padang 

aishhh takkan nak bancuh air je kan? baik aku train budak warm-up. hehe

esok akan bermula mesyuarat unit beruniform dan jugak bermulanya aktiviti 1 Murid 1 Sukan. esok akan berkampung di sekolah sampai pukul 5 petang. 

dan jugak, praktikum kali ni bukan sekadar praktikum untuk penilaian cemerlang, tapi juga kena mula Action Research (thesis untuk siswa IPG). kena buat intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP), khusus untuk subjek major masing-masing. hmm, hampa ada nak share dak pengalaman belajar Sains sekolah rendah dulu? bab mana yang tak faham? atau apa saja keraguan tentang Sains? kalau ada, share na. boleh aku buat kajian dan buat intervensi. 

bye bye. sayang semua!

2 comments:

Nur Yana said...

Nice! and jealous! its always my dream dr kecik lagi klu org tnya nk jadi apa, aku akn ckp nk jadi cikgu. tp in the end, aku di laluan nieh. xapalah. Allah lebih tahu apa yg terbaik. tp cita2 aku utk jadi pendidik masih menebal.

good luck kirah. be a good teacher. tp, still. knp bola jaring.. haha. make ur best!

Anonymous said...

sekolah lamakuuuuu =)11 yrs back. rinduu skaat !