Friendly Friends

December 26, 2013

Prosedur Ujian HIV Pra Perkahwinan Negeri Perlis

assalamualaikum

Alhamdulillah selesai satu lagi urusan. pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang tiga bulan je lagi untuk setelkan semua urusan. takut juga la tak sempat sebab dengar khabar, mula mengajar dalam awal tahun 2014 juga. kalau setakat mengajar di Perlis Kedah Penang Perak mungkin tak ada masalah. masih senang nak uruskan hal ehwal wedding ni sebab masih dekat dengan keluarga dan Amir. tapi kalau dibuatnya saya mengajar di Sabah Sarawak, jenuh juga la nanti. alang-alang ada masa, baik buat sikit-sikit dari sekarang.

alkisahnya, Klinik Kesihatan Kangar ni hanya menjalankan ujian HIV ke atas bakal pengantin pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Seelok-eloknya datang pada waktu pagi, bukan apa, senang sikit tak payah duduk lama. hehe. tapi yang tragisnya, saya pergi seorang. bukan dengan Amir. bila bagitau dia betapa rasa peliknya pergi buat ujian HIV seorang diri tanpa pasangan macam orang lain, ayat dia mudah je. dia cakap, "Kata bini askaq? Kena la tough, belajar berdikari. Abang bukan orang awam senang nak dapat cuti."

Ok. bini askaq kena pandai berdikari. padahal Medical Assistant (MA) tu dah senyum-senyum sebab saya pergi sorang diri. sobs

Apa laluannya untuk menjalankan ujian HIV ni? ok mula-mula, pergi dekat kaunter pendaftaran tepi pintu masuk klinik kesihatan tu. Nurse yang duduk kaunter tu akan bagi satu borang untuk kita isi, dan juga kena tulis nama dekat buku pendaftaran. Dia akan bagi nombor giliran dekat kita sekali. Lepas habis isi borang tu, duduk kejap, dan kita akan dipanggil. Saya dapat arahan untuk naik ke tingkat 1, bahagian pesakit luar. Masuk ke terus je serahkan borang kita kepada nurse yang tengah tunggu untuk check tekanan darah kita. siap tanya berat dan tinggi lagi. hehe. termalu sebentar nak reveal berat sebenar. hehe. lepas habis semua tu, duduk kejap je, dan nama kita akan dipanggil masuk ke bilik 7. rasanya semua sama je masuk bilik 7.

ni pun nak kena cerita. manner katanya. hehe. ok bila dah masuk bilik 7 tu, silalah greet MA atau doktor yang tengah tunggu kita. masa saya, dia tanya ni perkahwinan kali berapa? kerja apa? mana pasangan? saya jawabla baru cuba nak kahwin (??), jobless tapi tengah tunggu masa je nak jadi cikgu, lepastu pasangan saya sorang tu tengah kerja. tengah dok bersembang tu, dia mintak tangan. saya hulur la tangan kiri. tiba-tiba rasa sengal sangat kat hujung jari hantu. rupanya MA tu dah ambil sampel darah. haha

sakit ke?

saya tak suka sesuatu yang di luar jangkaan sebab saya tak sempat bagitau otak untuk terima sebarang level of kesakitan. haha. hakikatnya, tak sakit pun. kalau pernah derma darah, jarum dia bergandaaaa lebih besar dan panjang. tu pun tak sakit. ni sakit macam terkena ubat stapler tu je.

 
satu jalur maknanya negatif HIV manakala dua jalur maknanya positif. mula-mula tu blur sekejap. yela, kita kan selalu disogokkan yang positif tu baik belaka. haha


ada jumpa kesan cucuk tak? tak jelas kan? maknanya tak sakit la. hehe. jangan takut nak buat tau. Amir cakap, dia buat dekat Hospital Tentera dan depa guna jarum, cucuk di lengan. tapi dah askaqqqq kan, terima jelah. haha

jangan lupa simpan salinan ujian sebab nak submit sekali dengan borang nikah. dan paling penting, ujian ni hanya memakan masa kira-kira 15 minit keseluruhannya sejak masuk pintu hospital, hasil ujian boleh dapat masa tu jugak dan ia percuma! hehe












December 25, 2013

Kereta Kuda untuk Majlis Perkahwinan Anda?

assalamualaikum

teringin sangat-sangat nak naik kereta kuda. verangan super hebat nak jadi Cinderella of the Day. naik carriage yang dibawa oleh kuda gagah warna putih, dan 'Cinderella' ini memakai kasut putih ber-lace dan ber-ribbon turun dari carriage dengan kain meleret-leret sambil pegang bunga tangan.

sobs. 

harapan super hebat yang memerlukan bajet yang super tinggi.

bagi yang tinggal di negeri Perlis, saya cadangkan korang contact number phone ni; 019-5239988 untuk menyewa kereta kuda. tapi maaf la ek, saya copy number ni dari group Republic of Anak Perlis kat Facebook tu je, jadi saya tak perasan nama pemilik number ni. boleh contact beliau untuk further details. kalau tak salah saya, kereta kuda ni datangnya dari Sungai Batu Pahat. dekat sangat dengan rumah saya. lebih kurang 4 kilometer aje pun.

ni gambar yang dikirim oleh pemilik/pengusaha kereta kuda tu




maaf ye pemilik gambar. tumpang tempek gambar ni. hehe

bagu yang berminat, menurut beliau tu, harga sewaan adalah sebanyak RM800.00. hehe. disebabkan terkejut sangat, saya tak tanya la pulak RM800 tu untuk sepanjang hari ke, ikut jam ke, macam mana. kalau setakat RM80.00 tu insyaallah mampu lagi. banyak lagi nak guna duit untuk benda yang lebih penting.

tapi, memang best kan kalau dapat naik kereta kuda...

sobsobsobs

December 3, 2013

Giveaway by Mila Kamil

assalamualaikum brides to be out there!

jom kali ni kita join GA yang dianjurkan oleh Puan Mila kita, yang dia punya artwork semuanya superb! dari handbouquet, hantaran sampailah ke pelamin, semuanya tahap nafisa (baca: karya agung). hehe. bukan pujian kosong tapi kalau tak percaya, moh kita tengok artwork Puan Mila.

1. Handbouquet

Macam mana yang kita tau, handbouquet ni sangat penting untuk dipegang sepanjang majlis berlangsung. orang cakap untuk hilangkan nervous kita. betul juga tu. dan handbouquet ni penting sebagai mobile props untuk sesi fotografi dan sebagainya. kira macam selain dari bridemaid, handbouquet ni antara watak penting la dalam sesuatu majlis perkahwinan. bila dah jadi watak penting tu, mestilah kena berhias cantik-cantik juga kan? ni, saya bawakan seleksi pilihan dari  Azmah Ahmad Wedding Deco & Events yang merupakan karya Puan Mila juga :)


saya suka baby breath! gabung dengan roses memang combination yang terbaik. cantik kan?
 

dan ni pulak color combination yang comel untuk gegirl. kuning dengan pink. kalau tak salah saya, ni semua freshflowers; ada roses, carnations dan rosebuds. super cantik juga! semuanya 5 stars :)

2. Hantaran

Trend hantaran sekarang ni banyak guna fresh flowers. tapi harganya memang agak mahal berbanding artificial flowers. lagipun kalau pasangan tu negeri lain-lain, kena pulak menyeberangi beberapa negeri baru nak sampai negeri dia, jenuh juga la nak jaga. tapi cantik tu memang cantik, tak dapat dinafikan, kan? yang gubah sendiri ambil masa, jadi, Azmah Ahmad Wedding Deco & Events sekali lagi boleh membantu menceria dan menaikkan seri majlis kita nanti :)


tak tau nak kata apa dah sebab memang cantik!
 

err.. sebenarnya bukan setakat baby breath, hydreanga.. carnation...roses...lily...semua saya suka! bertambah suka bila tengok bunga-bunga ni digubah menjadi hiasan hantaran yang cantik. dan...paling teruja adalah.....jeng jeng jenggg pelamin!



3. Pelamin

sila tengok sini, sini, dan sini..

Puas dah tengok? 
tapi ni paling saya suka!


untuk yang suka concept minimalist, ini saya rasa pelamin terbaik untuk anda. nampak neat, clean, serene je. minimalist ni bagus juga tau sebab dia beri peluang untuk pengantin sendiri tonjolkan diri dan pakaian. thumbs up!

suci je kan? nak pakai baju warna apa pun boleh sebab warna pelamin ni dah 'suci'. memang cantik sangat dan speechless lagi dibuatnya
 

save the best for the last! 
sempurna.
beige + cream + champagne = perfection!

nak cakap apa lagi?
jomla join GA yang dianjurkan oleh Puan Mila ni ramai-ramai sebelum tarikh tutup dia sampai (22 Disember 2013)
Pemenang pula akan diumumkan pada 1 Januari 2014, maknanya ni untuk brides 2014 tau

Hadiah?
1st prize : RM300 voucher for HANTARAN deco 2nd prize : RM150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial) 3rd prize : RM80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
 
Jom join di sini 
 

November 28, 2013

Panggilan Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

assalamualaikum

punca saya mendiamkan diri adalah kerana saya sudah tamat pengajian ijazah sarjana muda saya hampir dua minggu lepas. syukur, Alhamdulillah.

dan hari ni kami, siswazah lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ambilan Januari 2010 digemparkan dengan panggilan temu duga secara berperingkat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

tarikh akhir panggilan adalah pada 20 Disember. Allah je tahu betapa gementarnya saya.

doakan saya.

doakan kelancaran lidah saya berkata-kata

doakan saya lulus temu duga SPP tu nanti. ingat cikgu sekarang, habis belajar terus posting ke? hehe

doakan, tau?

October 29, 2013

Resepi Daging Masak Ros

assalamualaikum

semenjak dua menjak ni, kalau keluar makan, mesti akan order tomyam ayam, daging masak merah atau masak ros, dengan telur dadar. tapi masa memasak pulak, dalam banyak-banyak masakan, saya sekali pun tak pernah masak daging masak merah ni. sebab kalau ada daging je, mesti buat gulai campur rebung. takpun masak asam. takpun daging hitam. atau sup. atau bakar berempah. tapi kali ni rasa nak try juga buat masak merah, dan ni hasilnya. Alhamdulillah, not bad untuk percubaan pertama sebab yang paling penting, juri-juri amatur dan profesional kat rumah cakap sedap :)


Bahan-bahan:

Bahan A
7 biji cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Belacan sebesar ibu jari
Asam jawa kira-kira 1 ibu jari

Bahan B
1kg daging 
1 inci halia
5-7 batang kacang buncis atau kacang panjang
Lobak merah
3-5 helai daun limau purut
3 biji cili padi sebarang jenis cili hidup
Gula dan garam secukup rasa
Pewarna sirap

Cara Memasak:

1. Kisar semua bahan A sehingga hancur. 
2. Tumis bahan kisar dengan halia yang telah dimayang halus
3. Masukkan daging dan gaul sebati. Saya rebus daging terlebih dahulu baru masukkan daging dan air rebusan dalam langkah ketiga ni.
4. Masukkan sayur-sayuran bila daging dah empuk. Untuk cepatkan kadar empukan tu, masukkan gula tetapi dilarang keras masukkan garam sebab takut daging liat dan lambat empuk
5. Masukkan daun limau purut yang telah dikoyakkan.
6. Titiskan pewarna sirap ke dalam masakan, jangan terlalu banyak takut merah sangat, scary pulak rasanya.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Siap!



 dan petangnya, marilah kita bawak bekal balik Kedah. pink untuk saya, purple untuk Amir :)

p/s: kalau tak rajin sediakan cili kisar, boleh ganti terus dengan sos cili. jauh lebih mudah :)
 

Bekas Hantaran untuk Wedding

assalamualaikum

hi brides to be out there! dah jumpa bekas hantaran ke belum? kalau belum, dan malas nak DIY macam saya, saya nak tolong korang beli bekas hantaran. haha. selalu kan mahal kan.. ni nak bagi murah je sebab sama-sama tengah sempit sekarang kan?

setakat saya tengok, range harga bekas hantaran ni dalam RM9.00 ke atas. tapi yang saya nak jual ni satu RM7.00 sahaja, ada design ni sahaja, warna hitam atau putih sahaja, dan bergantung pada stok masih ada atau tak. ni rupa dia:


pandangan atas
 

pandangan sisi
 

dia ada kaki. ada sesetengah tu tak ada kaki.
 

berminat? kalau berminat, boleh email ke shaqirah_blue90@yahoo.com dan bagitau preference anda! :)

October 22, 2013

Cadangan Hadiah Kahwin

assalamualaikum

saya dapat idea nak menulis pasal ni masa saya dalam usaha nak hunting hadiah perkahwinan untuk kawan-kawan saya. susah juga. balik-balik idea sama. jadi, di bawah ni saya senaraikan idea hadiah yang boleh korang pertimbangkan. sebenarnya, saya sebagai bride to be terasa-rasa macam memang hadiah ni best pun. haha

1. Pemanggang ajaib


credit: pemanggang-ajaib.com

bagi saya, hadiah pemanggang ajaib ni adalah sangat praktikal. kita bayangkan ye, orang tu baru kahwin. nak beli periuk belanga banyak-banyak memang satu hal, nak cari port memanggang atau membakar ikan, daging, ayam dan segala macam tu satu lagi hal. bagi pemanggang ajaib kan senang? tak susah dia memikir nak beli periuk belanga pemanggang pengukus semua dalam satu-satu masa. semuanya dalam satu. kalau dia duduk rumah flat/ pangsapuri/ apartmen atau apa saja jenis rumah yang tak ada halaman rumah, jenuh nak cari sabut tempurung arang nak membakar ikan semua tu, alamat asyik membeli je la kalau teringin nak makan. hadiahkan satu, mesti dia suka. hehe. (saya pun sukaaa)

range harga dalam RM40.00 ke atas

2. Mini Sewing Machine


versi lebih murah
credit to Google
 

versi lebih mahal
credit to Google

zaman sekarang, orang nak mudah je. tapi tak salah kalau nak mudah asalkan nak buat. kalau ada benda tapi tak buat pun susah jugak kan?

gambar pertama yang macam stepler tu, saya pernah tengok kat pasar malam. harga dalam RM9.90 satu. untuk basic usage, setakat boleh 'stapler' baju. mungkin sangat membantu ketika baju terkoyak. masukkan benang, dan stapler. idea yang bernas, kan?

untuk yang kedua pulak, saya pernah tengok kat Tesco. harga dalam RM60.00-RM80.00 macam tu la. kalau saya dapat hadiah ni mesti seronok sangat. sebab mungkin ada masa, terasa macam nak jahit sarung bantal sendiri. nak jahit langsir simple-simple setakat nak boleh dan setakat nak buat baju kelawar sendiri tu mesti tak ada masalah. orang yang tak ada basic menjahit pun rasanya tak susah nak handle mini sewing machine ni. hadiahkan satu pada pengantin, mesti dia seronok sebab membantu ringankan kerja rumah dia.

hint: saya suka warna merah jambu. haha

3. Jambangan bunga

jambangan bunga ni macam dua dalam satu. macam kita tau, orang selalu bagi jambangan bunga sebagai tanda tahniah, macam masa konvo kan? jadi, kalau kita bagi jambangan bunga untuk pengantin, selain sebagai tanda tahniah, dia boleh hias rumah dia nanti dengan jambangan bunga tu. gantung je kad ucapan sekeping kat bunga tu, buat sebagai hadiah :)


credit to flicker.com

saya rasa lebih baik bagi artificial flowers berbanding fresh flowers sebab artificial lebih tahan lama, kecuali berdebu kalau tak dibersihkan. kalau pandai gubah sendiri, beli je bunga pasu span kat kedai. tapi kalau tak rajin dan kurang kreatif, beli je yang dah siap. range harga dalam RM20.00 ke atas insyaallah dah dapat

4. Apron comel

walaupun tak berapa mahal, tapi hadiah ni mesti buat pengantin senyum. comel sangat! mesti lepas ni dia lebih rajin ke dapur. haha


credit to kec-contentedme.blogspot.com


credit to www.thegoodiegirls.com

 
 credit to daisyshoppe.com

kalau dah nak jimat sangat duit, ada je apron harga RM2.50 yang jenis plastik macam orang kerja kedai makan tu pakai. nak nampak macam best sikit,buat macam hamper. ada apron, senduk dan sudip. senang kerja kita :)

apron comel ni saya rasa, harga bermula dari RM25.00

antara lain, korang boleh hadiahkan set pisau, set sudu garfu, microwave, rice cooker, frying pan, buku resepi, coffee maker, bantal couple, set gelas, set cawan, dua pasang selipar bilik, toaster, dan jugak tong gas! haha. tapi yang paling penting adalah keikhlasan semasa memberi hadiah. kalau tak bawak hadiah pun orang tak cakap apa pun. tapi kalau dah kawan kita, rasa tak seronok berlenggang je kan?

October 21, 2013

Review Photographer: Wani Awin (dan kenapa anda perlu memilih photographer perempuan)

assalamualaikum

Mode: Bridezilla

oh hi brides to be out there! kali ni saya nak review tentang seorang photog perempuan yang juga merupakan rakan sekolah saya. sebelum tu, saya nak highlight sikit sebab kenapa saya rasa photog perempuan ni bagus untuk wedding. bukan nak cakap lelaki tak bagus, lelaki pun bagus, tapi ni hanya pendapat umum okay. no offense :)


Pertama, kita akan kurang segan dengan photog perempuan. bayangkan kalau kita diminta untuk bergambar dalam bilik dengan suami kita dan ada lelaki lain sedang mengarah dan memerhati? erk, janggal semacam je bunyinya. haha. itu bayangan saya. mesti rasa kaku semacam je. tapi kalau dengan photog perempuan, kita akan rasa lebih secure sebab dia perempuan. sama jantina dengan kita. dan pastinya segan tu kurang sikit. betul tak? hehe

Kedua, secara dasarnya, walaupun hati setiap manusia tak sama, perempuan tetap perempuan. saya rasa, photog perempuan lebih tahu apa yang kita nak. pose macam mana, setting macam mana. kannn? hehe. mungkin ada betulnya, tapi mungkin juga tak betul. kan saya dah cakap, ni hanya pendapat saya aje.

Dan ketiga, perempuan lebih detail berbanding lelaki. perempuan lebih nampak small details berbanding lelaki. benda yang kita rasa penting mungkin bagi lelaki tidak penting. kesimpulannya, saya tetap akan memilih photog perempuan untuk wedding saya nanti Insyaallah :)

Ni antara karya Wani:

1. Engagement Day






2. Solemnization:




3. Outdoor photoshoot



4. Maternity Shoot




5. Convo Photoshoot





Untuk review lagi banyak gambar, boleh lawati:
Blog: http://waniawin.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/waniyusop

TEMPAHAN UNTUK TAHUN 2014 SUDAH DIBUKA.
SILA CONTACT SENDIRI DENGAN TUAN EMPUNYA BADAN
KUALITI GAMBAR TERJAMIN, 
KEPUASAN HATI TERJAGA



saya rasa, Wani ni ambil tempahan untuk semua negeri. Contact dulu,  okay? :)

GA Oktober 2013 Nurul Yui

assalamualaikum


Klik banner untuk ke blog penganjur :)

October 20, 2013

Pernah Makan Macam Ni?

assalamualaikum

Suka makan asam boi tak? kalau orang utara, kami panggil asam ko. hehe. saya suka sangat-sangat! in fact, saya suka asam dan jeruk. Haritu Amir cakap, masa kecil, dia pun ketagih sangat asam ko. tapi cara dia makan pelik sikit. lepas tu buat terkejut pulak bila saya cakap saya tak pernah makan macam tu. beria dia cakap, 'Ha?? tak pernah makan?? eh, masa kecik-kecik kan kita selalu buat macam tu."

Eleh, macam la kita membesar sama-sama.

Ni cara makan dia. saya pun cuba la. gigih cakap sedap sangat kan?


bahan utama adalah limau kasturi, pisau (saya guna cutter. nama pun student) dan asam ko
 

limau kasturi beli kat Mydin, 14 biji RM0.47 sahaja. lepas ni kalau tak habis makan, hiris, lepas tu rendam dalam air suam dan rendam kuku. untuk mencantikkan kuku katanya.
 

asam ko. asam sekarang pun dah mahal. ada lagi ke asam RM0.20? dulu masa saya sekolah rendah, tiap kali rehat habis kelas petang, saya akan ke kedai Kak Yam, beli aiskrim milo Malaysia 5 batang, sebatang RM0.10 dengan asam ko 5 plastik, seplastik RM0.20

Sekarang, nak jumpa RM0.50 pun susah
 

ok, caranya kita belah sikit limau kasturi kita. lepas tu kita tonyohhh kuat-kuat asam ko tu dalam limau kasturi. lepas tu apa lagi, slurrppppp sedut la asam ko berkuahkan limau kasturi! hehe

rasa? boleh tahan la. kenapa la budak mata kecik tu suka sangat. tak beza sangat pun, ada ke tak ada perahan limau tu, rasa dia sama ja. nampaknya, kalau kita kenal dari kecil, mesti kita tak kawan sama-sama. haha

pernah makan tak? hehe
 

October 19, 2013

Resepi Ikan Seludu Masak Cuka

assalamualaikum

dah muak makan daging, jom kita cuba resepi berasaskan ikan. tapi ikan sekarang mahal. abah beli ikan seludu ni seekor RM30. tak la besar pun. eh, korang panggil ikan seludu jugak ke? tak tau la pulak saya kalau tempat lain namanya lain

jom semak resepi!

Bahan-bahan yang diperlukan:
Beberapa blok ikan seludu. boleh je digantikan dengan ikan lain
2 inci halia
5 ulas bawang merah, dibelah dua
6 ulas bawang putih, dibelah dua
1 sudu besar cuka makan
1 sudu teh halba campur
1 sudu teh jintan manis
1 inci kulit kayu manis
5 biji cili padi, dibelah dua
sedikit air
gula dan garam secukup rasa.

Cara Memasak:
1. Ikan dibersihkan, dan digoreng. tak perlu terlalu garing.
2. Ketepikan ikan, tumis halia, halba campur dan jintan manis serta kulit kayu manis sehingga naik bau.
3. Masukkan ikan, balik-balikkan ikan tu
4. Masukkan cuka dan bawang yang telah dihiris tadi
5. Masukkan cili padi. kalau tak tahan pedas, boleh masukkan cili kering ya. 
6. Masukkan sedikit air kalau nak kuah dan perasakan dengan gula dan garam.

Siap!


Kurang berkuah, tapi sedap. Boleh lagu tu? haha

October 18, 2013

Review Drama Korea: Answer to 1997 (Reply 1997)

assalamualaikum

sape pernah tengok drama ni angkat tangan? yang those yang suka lovey dovey and first love thingy macam I, drama ni wajib tengok! at the end of the drama, dia akan bagitau kenapa kebanyakan dari kita tak mampu lupakan cinta pertama. walaupun kita dah ada yang steady, kita tetap rasa sesuatu pada yang pertama, walaupun bukan lagi cinta. ye dak ye dak? 

cerita ni berlatarbelakangkan tahun 90an, yang mana hero dan heroin ni membesar sama-sama. tapi mulanya hero je yang terjatuh hati. ala, kan orang cakap kalau lelaki dan perempuan berkawan mesti ada yang tersasar thingy tu.. tapi tak semua friendship antara lelaki dan perempuan macam ni. ada je yang telus dan tulus dan tak melibatkan feeling pun. konflik antara relationship hero dan heroin ni mula bila abang hero pun sukakan the sama girl. lepastu, this boy pun nak jauhkan diri macam tu la. sound cliche tapi cara olahan dia menarik! membawa kita ke alam persekolahan cenggitu. haa...

ni antara babak yang saya paling suka!


so girls kat luar sana, ini menjelaskan kepada ada akan reason seseorang lelaki yang tiba-tiba menjauhkan diri dari anda. tak semua, tapi logik la jugak. dia dah kena reject, nak tunggu apa lagi ye dak?

dan sila tengok gambar-gambar di bawah. saya cukup suka apa yang dia cakap! Sila baca subtitle setiap gambar sebab dia berturutan.




























gigih Joyah mem-printscreen. tapi dah suka dan nak share nak buat macam mana? haha. eh ni bukan review. lepas ni kita review. nak google color palette jap. bye