Friendly Friends

November 3, 2012

Diriku Punya Kekasih Baru

assalamualaikum

sesungguhnya masa mengubah segalanya. aku punya buah hati baru. tapi yang lama masih ada, cuma sekarang ada pakwe nombor dua. tak salah untuk pasang spare kan? hehe

yang kali ni muka jambu betul, yang pertama muka ganas. mata kecik, macam yang pertama tu jugak. tapi yang ni kulit putih berbanding yang pertama tu. yang penting, yang ni memang comei nomei tomei omei-omei!

memperkenalkan, buah hati aku yang dimaksudkan ialah:




Little Harraz. Muhammad Harraz bin Mohd Iswan Shafiq. anak saudara aku yang pertama. welcome baby, welcome! Mak Lang tunggu lama tau!


hari kedua. Little Harraz dah mula buka mata. Harraz lahir kat Penang, mak lang, nenek, tokwan, mak ngah dengan pak su turun Penang sebab tak sabar nak tengok Harraz. ni masa Harraz baru balik dari hospital. Ibu Harraz letak Harraz atas sofa. Harraz terus bukak mata, nampak mak lang, nenek dengan mak ngah kerumun Harraz. yang geram tu, Harraz terus buat muka confuse. Harraz tengok kami sambil mata kecik tu terbukak dan kening berkerut macam dalam gambar. kenapa Harraz? tak percaya mak lang ni comel sangat? ada ke baby segeniusmu, Harraz? Qira Einstein mungkin.


malam tu Harraz tidur nyenyak betul. tak boleh mak lang nak kacau Harraz. tapi mak lang kacau jugak. mak lang tarik mulut Harraz bagi terbuka. Harraz muncung mulut, pastu tutup balik. sekerap mana mak lang buat macam tu, sekerap tu jugak Harraz balas macam tu jugak. 

Tengok, nenek eksaited dok pangku cucu sulung dia. untungla Harraz


Harraz tak comel, Harraz hensem. disebabkan keterujaan yang melampau, esoknya tu mak lang bangun pukul 5.30 pagi dan terus pegi tengok Harraz yang tidur sebelah ibu. tak sedar dah sejam mak lang tengok Harraz. eksaited benar aku dapat anak sedara


suka betul buat muka 'terganggu' tu kan?
pagi tu Harraz mandi, Harraz nangis macam kena cubit. kesian mak lang tengok. bila nangis je, rambut lebat tu mencacak. 


nyenyak betul lenanya

Little Harraz with hoodie

nomei nomei Harraz

ini bapakmu, Harraz. macam kekok lagi pegang baby. kesian padamu Harraz


ini mak ngahmu, Harraz. aku pun tak tau kenapa gambar ni dapat banyak betul like di Facebook

ini pulak Tok Wan Harraz. dengar kata, Tok Wan takmau dipanggil Tok Wan, mau dipanggil Chaq. chaq tu apa ya? chaq tu adalah bahasa panggilan kepada tok wan la, mengikut negeri-negeri utara. oh ya sebelum mak lang lupa, chaqmu ini pernah berkata kepada mak lang bahawasanya apabila cucunya ini berumur 5 tahun, chaq nak belikan kasut but kecil untuk cucunya ini. akan dibawanya ke dusun untuk mengait rambutan dan menemaninya menebas dusun. jangan lupa tuntut janji itu ya Harraz



handsome Harraz is sleeping

mak lang doakan, Harraz membesar sebagai seorang lelaki yang beriman, kacak akhlaknya, hensem pekertinya seindah namamu yang bermaksud yang amat warak. sihat tubuh badan. janganlah menjadi seperti lelaki zaman sekarang yang hanya meminta wanita belajar memasak sedangkan mereka sendiri tergagap-gagap menjadi imam dalam solat.

ada kaitan?

2 comments:

Nurul Aini said...

Comelnya...semoga jadi anak yang soleh..

deno said...

loh.... comelnya.... :)