Friendly Friends

October 3, 2012

Review Novel: Lili buat Najah

assalamualaikum

aku tertengok pasal novel ni banyak kat blog blogger lain. biasala, novel sekarang tiba-tiba bercambah balik sampai tak terkejar nak beli dan baca. kalau dulu, zaman sekolah menengah, aku rajin la jugak simpan sikit duit saku untuk beli novel. tapi masa tu yang aku kenal hanya Damya Hanna, Anis Ayuni, Fauziah Ashaari, Aisya Sofea, Norhayati Berahim dan kalau penulis novel Inggeris pulak, aku paling suka tiga orang, Cecelia Ahern, Danielle Steel dengan Nicholas Sparks. sekarang ni aku kurang kenal penulis-penulis baru sebab terlalu ramai. terbaru, aku paling suka Lili buat Najah karya Nazurah Aishah.



oh ya, mahu cerita sikit pasal Lili buat Najah ni!

cerita ni sebenarnya kisah yang berulang-ulang dari kebiasaan novel yang kita. yang luar biasanya ialah setiap plot dalam novel ini mampu bawa kita menyelami perasaan watak. kalau aku, masa watak tu seronok, secara automatiknya aku akan senyum sama. bila babak sedih, aku sendiri tak sedar aku menangis. sepanjang baca novel ini, aku tak pasti berapa kali aku menangis. yang pasti lebih dari 5 kali!

cerita ni pasal Najah dan Tasha yang berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan mama Najah yang nak jodohkan dia dengan perempuan gedik nama Farah. oh ya, Najah ni lelaki ya. jangan salah faham. pastu bila balik Malaysia, Tasha dapat tawaran kerja di syarikat Najah, tapi mereka masih melindungi status sebagai suami isteri sampailah Tasha keguguran. kawan-kawan sepejabat mula tau. rahsia mula terbongkar. family Najah boleh terima perkahwinan mereka, tapi bukan mama Najah.

Farah tu memang gedik. kerjanya hanya menggoda Najah, dan Tasha banyak kali makan hati. tapi yang seronoknya, Najah adalah seorang suami yang baik dan sangat sayang kat Tasha ni. bila mai part ni, aku yakin readers lain jugak senyum sorang-sorang

lepas tu Tasha mengandung lagi. satu hari, dia tolong mama Najah yang kebetulan diragut. lepas kejadian tu, mama Najah dah boleh terima dia. tapi yang malangnya, lepas tu Tasha dapat tau yang Najah ni ada tumor otak. tu pun dia dapat tau dari perbualan adik-beradik Najah. kesian Tasha, dah la mengandung, baru je diterima mak mertua tapi diuji sekali lagi dengan ujian yang maha hebat

yang aku tak tahan tu, Najah asyik kenenkan Tasha dengan sepupu Tasha yang juga merupakan kawan dia. sebab dia tau sepupu Tasha ni suka Tasha. bayangkan apa perasaannya kalau suami sendiri yang carikan jodoh sebab dia tau hayat dia tak panjang dah dan dia nak isteri dia dapat pengganti? aduh. meleleh lagi air mata.

ending dia mungkin dah diduga. sad ending, tapi sangat berbaloi untuk dibaca. habis je aku baca, aku rekemen kat kawan-kawan aku baca sama. keseluruhan, walau jalan cerita dia agak klise, tapi penggunaan bahasa dia mampu meruntun jiwa. sediakan tisu sebelum baca, dan kalau baca sorang-sorang, lagi la feeling habis. aku jarang baca novel sampai menangis. sebelum ni baca sekadar baca, tapi Lili buat Najah yang juga karya sulung Nazurah Aishah ni memang layak diberi 4 setengah bintang!

No comments: