Friendly Friends

September 11, 2012

Our Amirah's wedding

assalamualaikum

ni adalah entry sambungan daripada entry aku tentang batch aku di SMSAH punya reunion. apa punya pusing ayat ni, tapi faham kot? ok. macam aku ceritakan sebelum ni, aku dan kawan-kawan aku yang lain dari seluruh Malaysia, turun ke Manjung untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan kami, Amirah Samat. Mira dah pun bergelar isteri kepada Ijat yang aku penah jumpa dua kali. pasangan ni masih bergelar pelajar di Jerman, tapi walaupun masih bergelar student, wedding depa ni kelass tau!

 beautiful Amirah


beautiful husband and wife. 

ni yang buat aku paling tak tahan. pakat dok cakap Mira pilih warna peach sebab semangat rumah sukan kami masa sekolah dulu. betul ke Mira? ke sebab hang suka warna pastel?  apa pun, warna ni sangat 'masuk' dengan kulit hang yang cerah tu. untungla putih kan... semua warna pun cantik. kalau kelabu macam aku, alamat pening la nak pilih warna.

okay, kita serbu rumah pengantin jom! masing-masing dok berkelek hadiah. aku bawak yang biasa-biasa je. set pisau warna oren dengan hijau. comel la bagi aku. ada yang bagi mattress, dan ada jugak bagi set cadar. yang lain aku tak sempat nak tanya.

bak kata Nada, macam mak datin. pastu dia kata, takkan selamanya nak saiz S kan? thanks Nada. aku faham maksud hang. haha

aku suka gambar ni. sungguh. nampak ceria je. tapi kesian Farah Izyana sorang tu sebab tak dapat join bergambar. kena jaga photobooth, guestbook corner dan candy corner. sabar ye Izy. nanti turn hang, suruh Mirah pulak jagakan.

ni pulak keseluruhan kawan-kawan batch kami yang hadir. aku tak pasti semua sempat brgambar ke tak. semuanya teruja je kan, sebab ni yang pertama dalam batch kami. lepas ni tak tau la sapa dulu, Syuk ke, Pikah. harap-harap seramai ni jugak yang hadir, atau lebih lagi, insyaAllah.

ni pelamin DIY yang pihak pengantin perempuan sediakan. bagus betul boleh DIY sendiri sebab kalau tempah pun memang akan habis beribu. kalau buat sendiri, aku rasa bajet paling tinggi pun dalam RM300 je. tu pun mahal tang bunga dan kain je. tapi boleh recycle balik untuk adik-beradik seterusnya. takpun boleh cabut balik, guna untuk hiasan rumah. sekarang ni kawen tak perlu grand livina sangat, bersederhana itu sweet okay!

ni bahagian guestbook corner. sorry lagi la Izy, nanti aku masukkan gambar hang sorang. Hanis Jepun ada upload, tapi aku tak sempat nak copy. facebook sekarang tak boleh view image. kenapa tah. anyway, gambar Mirah dengan Ijat semuanya sweet! jeles betul tengok depa boleh bergambar dengan pemandangan-pemandangan cantik di oversea. untungla kan. eh berapa kali dah aku ulang perkataan untung ni? maknanya memang untung betul la.

melompat-lompat betul gambar aku ni. anyway, ni gambar Mirah dan Ijat masa dengar khutbah nikah. 5 pasang sekali tunggu untuk dinikahkan petang tu. kalau aku jadi pengantin, berpeluh sakan dah. Mirah nampak innocent je dalam jubah putih dia. oh ya. akad nikah dan sanding Mirah ni dimekapkan sendiri oleh kawan-kawan kami juga. jimat kan? untung la ada kawan-kawan berbakat. untung kali ketiga ye Amirah! kita ada Mas Ayu dan Husna untuk mekap. Awin dan Amar untuk jadi photographer. Izyana untuk seni-seni ni, tapi ramai lagi yang kreatif macam Noliy, Lia, Eha dan ramai-ramai lagi. pastu kita ada penyanyi, Jade, Gee, Awie Isye pun boleh nyanyi. pastu kita ada team tarian jugak kalau nak buat persembahan. geng pelawak pun ramai tapi takmau sebut di sini atas dasar keselamatan. haha. cuma yang tak bestnya, tak ada kawan yang ada butik pengantin tau kedai jahit, untuk buatkan baju untuk kita. 

girls yang menyaksikan akad nikah. aku sebenarnya berT-shirt labuh tu... tak sempat nak tukar sebab sampai agak lewat, tersesat bukan di Manjung tapi di perumahan Mirah. nasib baik la baju labuh.

muka semuanya berseri kan! 

the most meaningful photo of the day. ruginya Jade Nada Hasuna Cu-ai dengan Syarni tak dapat attend :( 

ni gambar kami yang serumah dan sedorm selama 5 tahun. membesar bersama, dan sekarang ada yang dah bergelar isteri. tak sangka betul! apapun Mirah, aku doakan kebahagiaan hang dunia akhirat. bercinta bukan setakat awal kawen je, tapi sampai syurga okay. jadi isteri yang baik, jangan diturutkan darah muda. hehe. beria je aku nasihat macam aku pun dah kawen. 

who's next???

all pictures are credited to Wani Awin, Hanis Jepun and Suhaini.

2 comments:

♥Ohh! Aien♥ said...

Ehh..Mcm kenal..Izzat ni mmbe kelas sy masa dekat SMKAK dulu..hee :)

Qirah Isa said...

yo doh. haha