Friendly Friends

September 4, 2012

Of Revolution Generation Reunion

assalamualaikum!

tanda seru tu ha. tanda excited terlebih baru balik jumpa kawan-kawan yang ada sesetengahnya tak pernah aku jumpa langsung sebaik saja habis paper terakhir SPM hampir 6 tahun lepas. semuanya berubah. sama ada makin besar, makin kecil, makin matang, makin cun, makin selekeh dan semakin makin.

sebenarnya semua ni memang dirancang sebab Amirah Samat, the very first person dalam batch kami diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya. demi kawan, semua yang lain sanggup turun dari segala ceruk negara. semuanya turun Manjung yang aku kira agak strategik sebab terletak kat tengah-tengah. kalau Perlis macam aku ni kira atas sangat, kalau Maizura atau Isye di Johor tu jauh sangat. atau Anam yang mengaku akan menikah taun depan. hai Anam! 


Photo credit to Wani Awin

ni sebenarnya antara yang hadir. ada yang terlepas tak sempat masuk gambar, ada yang dah balik dan ada yang tengah jaga guestbook corner. kesian orang tu.

aku berkonvoi dari utara, lalu ikut jalan kampung Terong, Taiping dan Changkat Jering, tak sesat sampailah masuk perumahan Mirah. lama jugak la berpusing dalam perumahan dia. last-last pergi masjid ikut orang akad nikah pakai t-shirt. beria benar tapi nasib baikla pakai baju labuh.

girls yang datang hampir 30 orang dengan 25 orang stay kat homestay kak Lela yang terletak di lorong misteri. setengah jam lebih aku, As, Hanis dengan Remy tersesat sebab tertinggal kat belakang. ni semua sebab tunggu Syazana, Salina, Azimah, Izy dengan Mas Ayu. lagi geram bila tunggu depa, tengok-tengok depa sampai dulu. takpa-takpa. sempat jugak la kami ukur jalan. kot-kot lepas ni kenduri Syuk pulak, Manjung dah ada dalam poket kami! hehe

malam tu, semua 25 orang ni berhimpit. aku, Shiela, As, Afifah, Zetty, Syazana, Salina, Mas Ayu, Azimah, Fifi, Yuyu dan mungkin ada yang tertinggal menghabiskan masa bergosip sakan sampailah pukul 3 pagi baru tidur. semua skandal zaman sekolah terbongkar. memang tak tahan. tapi semuanya kenangan jela. mana ada yang kekal pun. 


aku suka cara Izy stretching
 

aku? tak sampai hati nak buli Jepun.


 meet my friends' happy faces!


gegurl, macam Yop selalu cakap
 

ni la kelemahan aku. dah taktau nak tulis caption apa.
 


banana boat. tak sempat nak naik. mungkin nanti?
 

naik bot keliling area tu. tertelan air masin. hebat betul aku. tu la ole-ole paling bermakna dari Teluk Batik. 


err... all photos are credited to Wani Awin as the greatest photographer who owns a very friendly DSLR.

bukan senang nak himpunkan semua. sebab kami bukannya satu negeri. dalam batch aku, hanya dari Sarawak je tak ada. ada kawan menikah macam ni la boleh menghimpunkan kami balik. rindu dengan kenangan dulu. ada yang boleh lupa, ada yang tak. baik hitam atau putih, semuanya payah nak buang dari kepala ni.

nantilah. kalau aku ada idea lagi, aku edit post ni. tiba-tiba terasa nak tengok balik buku biodata kawan-kawan. bye! aku sayang semua.

#Entry tentang wedding akan menyusul sebab banyak review aku nak buat

2 comments:

beinganon said...

aku sgt jeles...tersangat jealous ok!!

Farina Hunny said...

bestnya dapat jumpa kawan-II balik :3