Friendly Friends

September 10, 2012

Memori UPSR 20O2

assalamualaikum

2002, aku ambik UPSR. dah lama tu. hampir 10 tahun dah berlalu. masa tu, seingat aku, ada 57 orang calon semuanya. kelas aku, 6 Pintar. ada 33 orang calon semuanya. wah, hebat jugak ingatan aku ye. haha. 

tapi macam mana persediaan aku, aku tak ingat. aku cuma ingat, masa tu telenovela Rosalinda memang top kat TV3. abah sampai bawak lari tv ke dapur sebab aku takkan tengok buku masa Rosalinda ayamoorrr ditayangkan. ala Rosalinda, florist yang suka selit bunga kat cuping telinga tu... 



masa UPSR jugak, tahun yang sama kakak aku ambil PMR. aku ternampak-nampak lagi ada sorang kawan aku yang tak reti eja nama dia sendiri pun dan ada sorang cikgu yang jaga peperiksaan tu tanya nama dia, dan tolong tuliskan.

sekarang, lepas 10 tahun, aku yang berdiri sebaris dengan cikgu-cikgu lain untuk UPSR candidates ni bersalam. ada yang nangis, aku lupa, aku nangis ke masa salam dengan cikgu-cikgu dulu? mungkin nangis. aku ni bukan boleh berdepan babak dramatik sikit, mula la nak nangis. 

hari tu ada tolong cikgu-cikgu packing kismis untuk diedarkan kepada budak-budak ni. aku pulak terasa tua. cepatnya masa berlalu. dulu kena paksa makan kismis, sekarang aku yang bungkuskan untuk budak-budak. 


to all Sekolah Kebangsaan Abi (my former school) and Sekolah Kebangsaan Seri Banai UPSR candidates, i'm wishing u all the best! buktikan, kita dari sekolah kampung pun boleh berjaya, kedudukan kita tak jadi penghalang, status keluarga bukan juga alasan. siapa pun kamu, anak petani ke, anak drebar lori ke, kamu ada hak untuk berjaya. 5A tu sebagai bukti kamu berusaha. tapi kalau tetap tak berjaya, buktikan kamu mampu berjaya dalam hidup walaupun tak cemerlang akademik. buktikan!

No comments: