Friendly Friends

September 12, 2012

Awak Buli Teacher Kite

assalamualaikum

kena ganti kelas 1 Arif. pertama kali masuk kelas darjah satu sebab aku mengajar tahap 2. seronok ke ngajar darjah 1 ni, aku tertanya-tanya la jugak. sebabnya cikgu darjah satu ni aku tengok lembut-lembut belaka. okaylah! jom try jadi perempuan lembut. hihi

masuk je kelas, semua mula-mula macam eksaited dapat teacher baru. semuanya bersorak yeayyeay, tu teacher kite ke? amboi budak, hang speaking keyell na kat sini? kite kite lagi. aku senyum jela. ye, kite teacher awak tau! awak jangan nakal-nakal tau. nanti kite pulas kolar leher awak.

aku sebenarmya tak buat persediaan mengajar. ingatnya nak bercerita je dengan budak-budak ni. ingatkan senang nak control, rupanya AMAT SUSAH. amat. berganda susah dari control kelas tahap dua yang paling nakal! jerit sini, jerit sana, sini diam, sana tak diam. aiyee. mau pengsan teacher kite ni tau. 

lagi teacher kite tu pening bila ada budak kite main baling-baling katak tau. teacher kite tu geli la tengok katak perut boyoi. kulit licin. geli. teacher kite memangla ajar Sains, katak tu normal la, tapi teacher kite suke katak kulit menggerutu dari kulit licin tau. geli. teacher kite terus ambil pembaris kayu, acah nak pukul. acah je. tapi ade kawen eh kawan kite tu sengaja sua tangan suruh teacher kite pukul.

mencabar kewibawaan. haha.

sapa mau try ajar darjah 1?

nak tengok bukti tak?
meh teacher kite tunjuk

 okay. boleh sabar lagi. biasala budak-budak sekarang memang gila kamera kan.

 tapi semakin melampau nampak? aku ni dah la tinggi 50cm je dari hampa. ishk2

 okay. sebelum dengar cerita, kita ambil gambar dulu

 seronoknya teacher kite nak story telling!

 ni gaya 'peace' depa

 riak muka aku menggambarkan betapa tak terkawalnya depa

 this is serious. ak tak posing.

 fine!

kena belajar bersabar dan belajar teknik mengajar budak yang lebih kecil. T_T
sobsobsob

1 comment:

sHieLa said...

teacher kite pun tumpang buat peace. kot kalau pakai baju sekolah taktau nak beza mana teacher kite mana anak murid. :D