Friendly Friends

July 24, 2012

Semuanya Boleh!

assalamualaikum

fuhh! baru berenti hari ni. dengan timbunan kerja yang banyak, tu belum lagi jadi cikgu bertauliah. tapi penat jugak la sebab praktikum lepas, aku asyik kena tegur dengan pensyarah sebab rancangan pengajaran aku simple sangat. hehe. aleley, rancangan pengajaran untuk cikgu je, yang penting murid enjoy dan faham apa yang kita nak sampaikan. apa-apa pun, rancangan pengajaran la tiket bagi seseorang guru untuk mengajar. tanpa penulisan rancangan pengajaran, seseorang guru pelatih boleh digagalkan praktikum dan kalau dah jadi cikgu bertauliah pulak, kita boleh didakwa kalau tak tulis rancangan pengajaran. ok insaf dan cukuplah bebelan pasal rancangan-rancangan ni. kita kan hanya mampu merancang... dalam kelas tu nanti jadi macam-macam. contohnya, kita rancang nak tayang video pada fasa kedua pengajaran, tapi tiba-tiba LCD tak dapat berfungsi, rancangan tetap tinggal rancangan.

sebab tu dalam hidup kita sendiri pun kita kena ada plan B! kalau lagi hebat, plan C pun kena ada. selalunya, plan A tidak menjadi terutama sekali apabila melibatkan teknologi atau faktor-faktor lain macam tiba-tiba ja ada budak nangis-nangis takmau buat aktiviti yang kita suruh. naya. 

hari ni jaga kelas darjah 5 peperiksaan. bahasa Melayu penulisan. teringat masa sekolah rendah. kira bahasa Melayu ni aku punya feveret all the time la. tapi tadi, aku try jawab jugak soalan karangan depa dah alang-alang mengantuk, tapi tak ada idea langsung keluar! 


cikgu Shaqirah gigih bersaing dengan budak darjah 5.

aku risau sebenarnya. makmal Sains sekolah ni hampir-hampir tidak digunakan dan esok aku dengan partner praktikum aku kena cuci makmal sebelum nak masuk mengajar. penatla. tapi tak apalah kot. bakti sekejap. hehe.

pesanan untuk diri sendiri: kadang-kadang kita rasa kita tak ada bakat jadi cikgu, kita tak yakin berdepan dengan budak-budak sekarang yang kadang-kadang minda dia jauh ke depan berbanding cikgu. kita takut nak mengajar, takut kita sendiri yang tersilap, suara kita tak lantag, suara kita monotone, suara kita tak 'mesra murid'. semuanya kita rasa kita lemah. tapi sebenarnya, Allah dah letakkan kita di sini bermakna ada potensi dalam diri kita yang perlu kita cungkil. aku dulu bising-bising jugak takmau jadi cikgu, aku nak jadi lawyer sebab aku suka bercakap. tapi sekarang, aku rasa Dia dah letakkan aku di tempat yang terbaik. aku bukan sekadar perlu bercakap yang sememangnya menjadi kegemaran aku, malah aku jugak dapat berkongsi ilmu dengan insan-insan lain, dan mungkin ada murid yang menjadikan aku sebagai inspirasi. bukan ke ni lebih buat kita mneghargai hidup?

Bercakap macam cikgu, berjalan macam cikgu, bergelak macam cikgu, makan macam cikgu, berpakaian macam cikgu, menegur orang macam cikgu, senyum macam cikgu, semua macam cikgu!

macam mana?

berjalan seorang cikgu, langkahnya pendek-pendek, sederhana kelajuannya. pandang ke depan, sentiasa senyum dan jawab salam murid di perjalanan.

bercakap macam cikgu, penuh hikmah. penuh lemah-lembut dan penuh pengertian. penuh kasih sayang dalam pengucapan dan sentiasa cakap benda yang benar.

gelak macam cikgu? err. bukan gelak hantu macam aku. bila gelak tak ingat dunia. tak baik tau. makin banyak kita gelak, makin banyak ilmu keluar. gelak seorang guru mungkin gelak sambil tutup mulut. mata pun gelak sama. macam mata Maya Karin.

makan macam cikgu, suapannya kecil-kecil, bukan macam aku. mak cakap, aku 4 kali suap, habisla nasi dalam pinggan. gelojoh. cikgu makan dengan tertib. 

berpakaian macam cikgu? yela. budak tengok kita, masyarakat nilai kita. macam mana nak tunjk contoh kalau diri sendiri pakaian tak kemas? baju lama takpe, asal bersih dan kemas. dan sopan serta menutup aurat.

dan blablablabla. susah nak jadi cikgu. semuanya macam kena perfect je? abang aku tu, sikit-sikit kalau tanya aku dan aku tak reti jawab, jawapan dia mesti macam ni: Ala, cikgu pun tak tau ke? mencik. 

apapun, cikgu bukan insan sempurna. cikgu tetap manusia. tapi cikgu tetap insan yang menyempurnakan kehidupan insan sejati. chewah. babai. perut dah panggil roti canai!

1 comment:

uyaitusaya said...

asal mata aku berair bila baca pesanan untuk diri sendiri tu eh?