Friendly Friends

July 10, 2012

Kun Fayakun

assalamualaikum

Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.(36:82)

 ujian Allah datang dalam sekelip mata, dalam keadaan aku masih waras. mata masih celik, adrenalin mengalir deras. Kun Fayakun! Allah Maha Agung. semua sudah tersurat yang aku akan eksiden pada tanggal 8 Julai 2012.


ni keadaan kereta yang remuk. sebenarnya, ni kereta kawan aku yang tumpang untuk balik ke IPG aku. pagi Ahad, biasala, kenderaan banyak kat Kedah ni. dari Perlis sampai le ke Kedah, kami eksiden juga. lalalala

kawan aku ni takde la drive laju sangat pun. kalau laju, mesti aku dah tercampak sebab tak pakai seat belt. padan muka aku. undang-undang jalan raya bukan nak ikut, padahal untuk keselamatan diri sendiri. sebenarnya, kawan aku 'ter'rempuh belakang Gen2 hitam yang tak sedar diri masuk lorong laju dan nak buat U-turn kat tempat tak boleh nak U-turn. mana sempat nak mengelak. lagipun ada 2 bijik kereta lagi kat depan kami tapi depa sempat la mengelak. kalau mengelak sekalipun, kereta kat belakang tengah laju, kang tak pasal kena rempuh dari belakang. bak kata kawan aku, 'Baik aku rempuh kereta yang memang salah tu.'

kan aku cakap aku waras kan? aku nampak lagi setiap details yang berlaku. Subhanallah. sekelip mata, aku dan kawan aku jadi mangsa kemalangan. menggeletar aku masa keluar kereta. terus telefon abah. terkejut abah dibuatnya. yela, anak sorang ni baru setengah jam keluar rumah dan tadi dok bising-bising tak sempat sarapan. pastu aku call pensyarah merangkap mentor kami. badan masih menggeletar.

paling ngeri bila aku dengar kereta-kereta dari belakang buat brek mengejut tak hingat dunia. nasib baik depa sempat mengelak. kalau tak, aku memang dah arwahla. Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia. sakit tu tak payah cerita la. tapi tak ada la insiden berdarah pun. cuma kaki aku macam terkehel sikit. aku tengok kaki, luka, macam mana boleh luka pun aku tak tau. mungkin aku terlompat masa akibat impact perlanggaran dan kaki aku terlanggar dashboard? mungkin jugak.

pegawai polis penyiasat datang dan lepas ambik gambar dan blablabla, dia bawak kami pegi hospital. masa naik kereta baru ambulans datang. tobatla aku takmau naik ambulans! tapi kira catat sejarah jugakla aku naik kereta polis. hang ada? haha

semalaman malam tu aku tak boleh pejam mata. badan makin sakit. mujur jugak lemak di badan jadi absorber masa hentakan. hehe. Alhamdulillah. nampak dah hikmah badan makin berisi.

thanks kawan-kawan yang datang melawat dan juga mesej aku ucapkan takziah! sangat menghargai ingatan anda!

mak dan abah dok bising-bising suruh jangan tinggal ubat. bakal mak mertua pun punya caring bila dengar aku eksiden. dikirimnya makanan yang banyak melalui anaknya Mohamad Amir. ada sambal petai dengan udang, ayam masak apa tah, dengan sup daging. minyak angin pun ada. ustaz pulak tambah stok air zamzam. Paah pulak tolong teman bila aku tak boleh tidur. terima kasih semua! sakit saya berkurangan dengan kasih sayang kalian!

tapi sekali lagi kami diuji....

2am, hampir kurang 24 jam lepas aku eksiden, Paah, yang berkorban tempat tidur dia, untuk aku tidur dengan selesa, pulak dapat berita sedih. rumah dia terbakar. Syukur Alhamdulillah masa tu family dia kat kampung. cuma rumah dan barang-barang tu tak mampu diselamatkan. sabar ye Paah. ada hikmah semua ni... Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. semua ujia ni adalah atas kekuatan kita. kalau kita rasa ujian ni hebat, maka tu tandanya kita kuat dan mampu harungi semua ni! Allah sayang kita, sebab tu Dia uji kita. semoga Paah dan keluarga dapat harungi semua ni dengan tabah. ganjaran ketabahan ni akan menyusul. InsyaAllah.

petang tu, dalam keadaan masih terhincut-hincut, aku dengan classmates teman Paah balik. ni gambar keadaan rumah Paah. hangus. tapi Alhamdulillah, aku ada jumpa cebisan al-Quran yang masih berkeadaan baik dalam gumpalan benda-benda lain yang hangus.






my best friend, jangan bersedih. Allah sentiasa bersama Paah dan keluarga. insyaAllah, jangan putus berdoa dan semoga kita semua dalam lindungan-Nya.

#Dugaan menjadikan kita manusia yang lebih baik sekiranya kita redha dan belajar dari ujian yang Dia berikan. :)

5 comments:

uyaitusaya said...

la tahzan...Allah beri ujian, tanda Allah sayang.. :') takziah buat korang dua..

wardatulhumayra said...

uwaaa..teruk ngat umah angah..ni baru bole nengoknye..

kalau Allah nak tarik tu, sekejap je...huk..
moga bertabah..

Cik Rongoks said...

syukur alhamdulillah, semuanya selamat..kuatkan semangat .

Cikgu Azryn said...

takziah.. semua ini dugaan-Nya.. semua akan bertambah baik, insyallah.. :)

M-lina said...

ya allah,mcm mn umah paah leh terbakaq?send my regards to her.