Friendly Friends

July 24, 2012

Kalau Tak Dipecahkan Ruyung

assalamualaikum

Kelas 4 Bijak
Situasi: Tamat peperiksaan bahasa Arab, ada lagi 45 minit masa aku.
 
Cikgu Shaqirah: Cikgu tak kisah apa kamu nak buat, tapi cikgu takmau dengar sebarang suara.

murid-murid diam. tapi dalam masa kurang seminit, bising balik

Cikgu Shaqirah: Semua ni puasa tak?
Murid-murid: Puasaaaaa!!!
Cikgu Shaqirah: Kalau puasa, kenapa cakap tak henti? Kamu semua tak letih ke? Kamu tau tak, kita ni, makin banyak kita bercakap, makin kita letih. pahala pun takut terkurang sebab kot-kotla cakap yang sia-sia. kalau pahala berkurang, apa yang bertambah?
Murid-murid: Dossaaaa!!!
Cikgu Shaqirah: Haa... pandai pun..

Kelas kembali diam. dalam hati aku tergelak  jugak. pandai bersyarah rupanya aku ni. haha

Cikgu Shaqirah: Suara cikgu kuat tak? Kalau kamu nak dengar yang lagi kuat, tunggu habis bulan puasa ni. cuba bising waktu tu, tau la kamu suara cikgu kuat mana.

Kelas menjadi lebih diam. hati aku gelak lagi kuat. tak ada yang berani test agaknya.

kawalan kelas adalah amat penting. aku pun masih belajar macam mana nak kawal kelas, tambah-tambah kelas belakang. sebab tu masa awal-awal masuk kelas kita kena tunjuk garang sikit. nanti tak ada la budak pijak kepala. tapi jangan la garang sangat. nanti ada pulak yang terkencing dalam seluar.

tapi aku sedih la jugak. kelas 4 Bijak ni aku kena ajar BM. aku nak uji je setakat mana kecekapan berbahasa depa. aku suruh setiap orang keluarkan kertas. aku buat kuiz ringkas la. aku sebut perkataan 3 kali, depa kena eja perkataan-perkataan tu. aku guna perkataan simple je pun macam perpustakaan, perselisihan dengan satelit. tak ada la bombastik sangat. tapi tak ada sorang pun mampu jawab betul kesepuluh-puluh soalan. paling baik pun 4 per sepuluh. majoriti salah semua. kemandirian jadi kemadian la, kematian la, kemaluan pun ada! rupanya, bila aku sembang dengan cikgu kelas depa, rata-rata daripada depa ni masih tak boleh membaca.. oyeke..takpalah. cikgu Shaqirah akan usahakan sesuatu, insyaAllah

petangnya, aku pei jumpa pensyarah pembimbing aku, Encik Yazi. encik Yazi cakap, kalau dapat murid macam tu, aku kena rendahkan lagi la objektif pengajaran kat depa. aktiviti pun kena sesuai la. apapun, aku harap dapat tolong budak-budak ni. kesian, masa aku tanya apa cita-cita depa sorang-sorang, ada yang cakap nak jadi pomen (mekanik), ada nak jadi drebar lori. ada jugak yang tak ada cita-cita! bukanla aku nak cakap pekerjaan-pekerjaan ni tak bagus, cuma aku rasa depa kurang pendedahan. takpalah murid-murid, kita cuba sama-sama ya! cikgu tolong kamu, kamu tolong diri sendiri.


so many things waiting ahead!

3 comments:

didie noxious said...

gud luck cigu qirah! ^^

♥ Cik Zack ♥ said...

semoga berjaya ye cekgu ! mndidik ank bgsa :)

nik ros said...

bagusnya kalau semua cikgu mcm awak.
good luck yea.besar nya pahala jadi cikgu ni