Friendly Friends

July 11, 2012

Cara nak Pastikan Kesayangan Kita Kekal Hidup Lama



assalamualaikum

kali ni aku nak share dengan hampa-hampa, macam mana nak awet sesuatu binatang. mana la tau kan, kucing mati kena langgar, sayang nak tanam. nak tengok dia lagi lama-lama. bak kata pensyarah aku, kalau kamu awet dengan betul, selagi botol dia tak jatuh pecah, selagi tu kamu boleh tengok hasil awetan dalam jangka masa yang panjang. nak awet manusia pun boleh jugak tapi gandakan bekas menyimpan dan juga larutan yang akan digunakan untuk mengawet. tapi jangan buat tau, penyeksaan tu namanya!

ok, kita perlukan formalin (yang jugak digunakan untuk mempengsankan haiwan tu sekiranya belum mati). kita perlukan air suling, kepingan kaca, botol kaca, lilin dan paling penting, haiwan yang nak diawet. aku gunakan sotong.

bagi nak potong kaca, adalah lebih baik sekiranya kita sediakan template dulu untuk ukur agar ukuran kaca nanti muat-muat dengan botol. sebaik-baiknya, gunakan kertas keras tapi bagi aku dan insan-insan yang yang very-absent-minded, kami gunakan kertas A4 saja untuk buat template.


kepingan kaca dengan template yang diukur 

pemotongan kaca sedang dibuat oleh si kidal. nampak macam terkehel sikitla. pegang penyurih kaca macam pegang pen. kemudian, patahkan saja dengan cermat.


muatan sempurna. yeah

bagi penyediaan larutan pulak, kita perlukan 40ml formalin yang dicampurkan dengan 960ml air suling. goncang larutan dalam kelalang

sementara tu, kita basuh dulu sotong kita dan keringkan dengan cara lap dengan tuala. aku cabut buang kantung dakwat dia dan bersihkan baik-baik sebab takut nanti dia pecah dalam balang larutan. lagi naya! 


lepas tu, kita ikat sotong di atas kepingan kaca menggunakan tali tongsi. tuang larutan formalin cair yang dah kita bancuh tadi.

akhir sekali, kita gunakan rod kaca untuk pecahkan buih-buih sekiranya ada dalam botol tu. bubuh larutan sampai penuh tau! tutup botol, dan seal lagi dengan lilin yang dicairkan.


tadaa! dah siap pun awetan sotong kita.

classmate aku ada jugak awetkan mengkarung, ada awetkan udang kara, ada awetkan ikan karp, ada awetkan kura-kura pun ada! hampa-hampa pun boleh try kat rumah cumanya aku rasa formalin la payah nak dapat sebab dia barang terkawal. nanti orang jual tu tanya, nak pengsan sapa? ha, tahukah anda bahawa formalin ni la turut digunakan untuk mempengsankan mangsa sebelum diculik dan sebagainya? terlebih hidu boleh pengsan tau! tapi untuk haiwan, kalau taruk formalin lebih sikit kat kapas, masukkan dalam killing bottle sekali dengan haiwan nak diawet, nyawa dia akan berakhir. manusia? entah.

SELAMAT MENGAWET KUCING!

1 comment:

Zul(Babah Nida) said...

Biasanya formalin dijual dimana ye? Saya nak awet kala jengking saya.......