Friendly Friends

July 22, 2012

Belajar dan Berbakti

assalamualaikum

menulis tentang hari pertama praktikum dari sudut pandangan aku memang rumit. sebabnya aku sendiri kurang faham apa sebenarnya yang berlaku. rasa macam masa berlalu sangat pantas dan aku hampir tak percaya yang hujung taun depan aku akan tamatkan pengajian ijazah aku. 5 tahun setengah hampir berlalu!

praktikum fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Seri Banai, menyedarkan aku akan hakikat yang kemungkinan aku akan dihantar ke sekolah nun di pedalaman!


nun.. saujana mata memandang.


wow! amazing! ada lagi bangunan macam ni kat sekolah ni.
 

lantai dia diperbuat daripada kayu. hai-hati jugakla aku jalan tadi. berkeriuk dibuatnya
 

another breath-taking view of the school


terasa dekat di hati. selamat datang, cikgu Shaqirah! di sinilah tempat cikgu akan tabur bakti selama 2 bulan.

sebenarnya bukan tak ada bangunan baru, ada. cuma aku rasa bangunan ni menarik. tiba-tiba aku rasa macam aku tengah mengajar kat Kapit. ambik feeling la sikit kan. lepas ni masuk pedalaman tak ada la nanti tercangak.

apapun, aku berdoa semoga urusan aku dipermudahkan, insyaALLAH. semoga praktikum kedua ni mendidik diri kerdil ni untuk terus berbakti seiring motto Jenan yang sentiasa dekat di hati;  Belajar dan Berbakti. semoga dengan proses menyebarkan dakwah dalam bulan mulia ni dapat mentarbiyahkan diri aku sendiri sebagai seorang pendidik dan semoga perjuangan ini diberkati Allah, insyaAllah.

terima kasih kerana mendengar ucapan saya, sekian, assalamualaikum

3 comments:

uyaitusaya said...

amboi..ingt lagi motto jenan..baguih no.. :)

Cik Rongoks said...

huhuhu..pejam celim pejam celik, dah nak habis belajar ^^

M-lina said...

good luck qirah.looking for more updates about practicum.as a guideline for a trainee teacher.