Friendly Friends

July 31, 2012

Budak Jangan Nakal

assalamualaikum!

nampaknya aku dah free sikit untuk update sikit. semuanya serba sedikit. sedikit sedikit kan lama-lama jadi bukit...

jom layan dulu gambar-gambar yang ditangkap dalam masa sehari dua ni!



kedua-dua gambar di atas adalah gambar akujanji bertulis aku aku tulis dan murid-murid kena tulis. kira ground rule la. aku amalkan sistem kecemerlangan peribadi, marks will be given for pupils  who show interest in my class, behaving so well and excellent! be good pupils. my eyes on you.


aku tak sampai sebenarnya nak tulis tinggi-tinggi! HAHA. a real HAHA for me. jadi ta ada pilihan, kena tulis sebelum budak masuk so that aku boleh menginjat atas kerusi. 
 

ha, buat kerja tu! lukis orbit planet tu, bukan tengok kamera.
 

go girls!
 

i love seeing this photo. semangat ye kamu semua. habis barang makmal kamu guna untuk lukis orbit. takpa-takpa. jangan pecahkan sudah. its good for you to explore. 
 

bunsen burner pun banyak gunanya
 

as i love flowers, i made this thing specially for them when they answer my question. kira bagi ranking la. tapi in a cute way :)
 
 mata makin mengecl, dagu makin berlapis. bahana tidur petang. mungkin dah tiba masa untuk cikgu tolong diri sendiri. cukup-cukupla sekadar berangan tapi tak ada tindakan, bak kata Amir.

jangan nampak yang indah saja. aku memag alami masalah budak-budak hyper sampai ada masa, aku pancit nak tegur. aku tau, budak-bidak, lagi kena marah, lagi nak memberontak. mula-mla depa takut, lama-lama depa menyampah. aku tak tau nak buat macam mana. honestly, ni pertama kali aku mengajar kelas belakang walaupun sebelum ni aku dah pegang banyak kelas. mungkin ilmu keguruan belum mantap. tapi buat masa ni, aku tak tau lagi macam mana nak tawan hati depa ni. 

any idea?

oh yep, tadi dah belikan jubah untuk mak! cadangnya nak cari baju melayu untuk abah pulak, warna nak bagi sedondon dengan mak. insyaALLAH. semoga Allah murahkan rezeki aku sebab ada perancangan besar hujung taun ni dan nak guna banyak duit! perancangan apa? wait and see :))


July 29, 2012

Pemilik Hati yang Patah

assalamualaikum

Untuk yang sedang bersedih

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.


Wahai jiwa yang sedang layu…

Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…

Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..

Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

Hai pemilik hati yang patah..

“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah..

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.


Ini untukmu yang sedang bersedih

Dalam rangka menasihati diri sendiri…

Sumber:akuislam.com


July 26, 2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

assalamualaikum

 wanted prize: Miss Rose Make Up Pallete

tagged:
 Uya
Lina Mastura
Shiela

click on banner to join!

July 24, 2012

Kalau Tak Dipecahkan Ruyung

assalamualaikum

Kelas 4 Bijak
Situasi: Tamat peperiksaan bahasa Arab, ada lagi 45 minit masa aku.
 
Cikgu Shaqirah: Cikgu tak kisah apa kamu nak buat, tapi cikgu takmau dengar sebarang suara.

murid-murid diam. tapi dalam masa kurang seminit, bising balik

Cikgu Shaqirah: Semua ni puasa tak?
Murid-murid: Puasaaaaa!!!
Cikgu Shaqirah: Kalau puasa, kenapa cakap tak henti? Kamu semua tak letih ke? Kamu tau tak, kita ni, makin banyak kita bercakap, makin kita letih. pahala pun takut terkurang sebab kot-kotla cakap yang sia-sia. kalau pahala berkurang, apa yang bertambah?
Murid-murid: Dossaaaa!!!
Cikgu Shaqirah: Haa... pandai pun..

Kelas kembali diam. dalam hati aku tergelak  jugak. pandai bersyarah rupanya aku ni. haha

Cikgu Shaqirah: Suara cikgu kuat tak? Kalau kamu nak dengar yang lagi kuat, tunggu habis bulan puasa ni. cuba bising waktu tu, tau la kamu suara cikgu kuat mana.

Kelas menjadi lebih diam. hati aku gelak lagi kuat. tak ada yang berani test agaknya.

kawalan kelas adalah amat penting. aku pun masih belajar macam mana nak kawal kelas, tambah-tambah kelas belakang. sebab tu masa awal-awal masuk kelas kita kena tunjuk garang sikit. nanti tak ada la budak pijak kepala. tapi jangan la garang sangat. nanti ada pulak yang terkencing dalam seluar.

tapi aku sedih la jugak. kelas 4 Bijak ni aku kena ajar BM. aku nak uji je setakat mana kecekapan berbahasa depa. aku suruh setiap orang keluarkan kertas. aku buat kuiz ringkas la. aku sebut perkataan 3 kali, depa kena eja perkataan-perkataan tu. aku guna perkataan simple je pun macam perpustakaan, perselisihan dengan satelit. tak ada la bombastik sangat. tapi tak ada sorang pun mampu jawab betul kesepuluh-puluh soalan. paling baik pun 4 per sepuluh. majoriti salah semua. kemandirian jadi kemadian la, kematian la, kemaluan pun ada! rupanya, bila aku sembang dengan cikgu kelas depa, rata-rata daripada depa ni masih tak boleh membaca.. oyeke..takpalah. cikgu Shaqirah akan usahakan sesuatu, insyaAllah

petangnya, aku pei jumpa pensyarah pembimbing aku, Encik Yazi. encik Yazi cakap, kalau dapat murid macam tu, aku kena rendahkan lagi la objektif pengajaran kat depa. aktiviti pun kena sesuai la. apapun, aku harap dapat tolong budak-budak ni. kesian, masa aku tanya apa cita-cita depa sorang-sorang, ada yang cakap nak jadi pomen (mekanik), ada nak jadi drebar lori. ada jugak yang tak ada cita-cita! bukanla aku nak cakap pekerjaan-pekerjaan ni tak bagus, cuma aku rasa depa kurang pendedahan. takpalah murid-murid, kita cuba sama-sama ya! cikgu tolong kamu, kamu tolong diri sendiri.


so many things waiting ahead!

Semuanya Boleh!

assalamualaikum

fuhh! baru berenti hari ni. dengan timbunan kerja yang banyak, tu belum lagi jadi cikgu bertauliah. tapi penat jugak la sebab praktikum lepas, aku asyik kena tegur dengan pensyarah sebab rancangan pengajaran aku simple sangat. hehe. aleley, rancangan pengajaran untuk cikgu je, yang penting murid enjoy dan faham apa yang kita nak sampaikan. apa-apa pun, rancangan pengajaran la tiket bagi seseorang guru untuk mengajar. tanpa penulisan rancangan pengajaran, seseorang guru pelatih boleh digagalkan praktikum dan kalau dah jadi cikgu bertauliah pulak, kita boleh didakwa kalau tak tulis rancangan pengajaran. ok insaf dan cukuplah bebelan pasal rancangan-rancangan ni. kita kan hanya mampu merancang... dalam kelas tu nanti jadi macam-macam. contohnya, kita rancang nak tayang video pada fasa kedua pengajaran, tapi tiba-tiba LCD tak dapat berfungsi, rancangan tetap tinggal rancangan.

sebab tu dalam hidup kita sendiri pun kita kena ada plan B! kalau lagi hebat, plan C pun kena ada. selalunya, plan A tidak menjadi terutama sekali apabila melibatkan teknologi atau faktor-faktor lain macam tiba-tiba ja ada budak nangis-nangis takmau buat aktiviti yang kita suruh. naya. 

hari ni jaga kelas darjah 5 peperiksaan. bahasa Melayu penulisan. teringat masa sekolah rendah. kira bahasa Melayu ni aku punya feveret all the time la. tapi tadi, aku try jawab jugak soalan karangan depa dah alang-alang mengantuk, tapi tak ada idea langsung keluar! 


cikgu Shaqirah gigih bersaing dengan budak darjah 5.

aku risau sebenarnya. makmal Sains sekolah ni hampir-hampir tidak digunakan dan esok aku dengan partner praktikum aku kena cuci makmal sebelum nak masuk mengajar. penatla. tapi tak apalah kot. bakti sekejap. hehe.

pesanan untuk diri sendiri: kadang-kadang kita rasa kita tak ada bakat jadi cikgu, kita tak yakin berdepan dengan budak-budak sekarang yang kadang-kadang minda dia jauh ke depan berbanding cikgu. kita takut nak mengajar, takut kita sendiri yang tersilap, suara kita tak lantag, suara kita monotone, suara kita tak 'mesra murid'. semuanya kita rasa kita lemah. tapi sebenarnya, Allah dah letakkan kita di sini bermakna ada potensi dalam diri kita yang perlu kita cungkil. aku dulu bising-bising jugak takmau jadi cikgu, aku nak jadi lawyer sebab aku suka bercakap. tapi sekarang, aku rasa Dia dah letakkan aku di tempat yang terbaik. aku bukan sekadar perlu bercakap yang sememangnya menjadi kegemaran aku, malah aku jugak dapat berkongsi ilmu dengan insan-insan lain, dan mungkin ada murid yang menjadikan aku sebagai inspirasi. bukan ke ni lebih buat kita mneghargai hidup?

Bercakap macam cikgu, berjalan macam cikgu, bergelak macam cikgu, makan macam cikgu, berpakaian macam cikgu, menegur orang macam cikgu, senyum macam cikgu, semua macam cikgu!

macam mana?

berjalan seorang cikgu, langkahnya pendek-pendek, sederhana kelajuannya. pandang ke depan, sentiasa senyum dan jawab salam murid di perjalanan.

bercakap macam cikgu, penuh hikmah. penuh lemah-lembut dan penuh pengertian. penuh kasih sayang dalam pengucapan dan sentiasa cakap benda yang benar.

gelak macam cikgu? err. bukan gelak hantu macam aku. bila gelak tak ingat dunia. tak baik tau. makin banyak kita gelak, makin banyak ilmu keluar. gelak seorang guru mungkin gelak sambil tutup mulut. mata pun gelak sama. macam mata Maya Karin.

makan macam cikgu, suapannya kecil-kecil, bukan macam aku. mak cakap, aku 4 kali suap, habisla nasi dalam pinggan. gelojoh. cikgu makan dengan tertib. 

berpakaian macam cikgu? yela. budak tengok kita, masyarakat nilai kita. macam mana nak tunjk contoh kalau diri sendiri pakaian tak kemas? baju lama takpe, asal bersih dan kemas. dan sopan serta menutup aurat.

dan blablablabla. susah nak jadi cikgu. semuanya macam kena perfect je? abang aku tu, sikit-sikit kalau tanya aku dan aku tak reti jawab, jawapan dia mesti macam ni: Ala, cikgu pun tak tau ke? mencik. 

apapun, cikgu bukan insan sempurna. cikgu tetap manusia. tapi cikgu tetap insan yang menyempurnakan kehidupan insan sejati. chewah. babai. perut dah panggil roti canai!

July 22, 2012

Belajar dan Berbakti

assalamualaikum

menulis tentang hari pertama praktikum dari sudut pandangan aku memang rumit. sebabnya aku sendiri kurang faham apa sebenarnya yang berlaku. rasa macam masa berlalu sangat pantas dan aku hampir tak percaya yang hujung taun depan aku akan tamatkan pengajian ijazah aku. 5 tahun setengah hampir berlalu!

praktikum fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Seri Banai, menyedarkan aku akan hakikat yang kemungkinan aku akan dihantar ke sekolah nun di pedalaman!


nun.. saujana mata memandang.


wow! amazing! ada lagi bangunan macam ni kat sekolah ni.
 

lantai dia diperbuat daripada kayu. hai-hati jugakla aku jalan tadi. berkeriuk dibuatnya
 

another breath-taking view of the school


terasa dekat di hati. selamat datang, cikgu Shaqirah! di sinilah tempat cikgu akan tabur bakti selama 2 bulan.

sebenarnya bukan tak ada bangunan baru, ada. cuma aku rasa bangunan ni menarik. tiba-tiba aku rasa macam aku tengah mengajar kat Kapit. ambik feeling la sikit kan. lepas ni masuk pedalaman tak ada la nanti tercangak.

apapun, aku berdoa semoga urusan aku dipermudahkan, insyaALLAH. semoga praktikum kedua ni mendidik diri kerdil ni untuk terus berbakti seiring motto Jenan yang sentiasa dekat di hati;  Belajar dan Berbakti. semoga dengan proses menyebarkan dakwah dalam bulan mulia ni dapat mentarbiyahkan diri aku sendiri sebagai seorang pendidik dan semoga perjuangan ini diberkati Allah, insyaAllah.

terima kasih kerana mendengar ucapan saya, sekian, assalamualaikum

July 11, 2012

Biar Rendah Asal Berbudi Pekerti Tinggi

assalamualaikum

dari sekolah rendah sampai nak jadi cikgu ni, aku sentiasa berdiri di hujung. tandanya tak cukup inci. melainkan aku sempat menyelinap, baru aku dapat duduk tengah. tahu apa rasanya sentiasa berdiri di hujung? ya, terasa rendahnya diri ini. bagus juga kan. takla meninggi diri, sifat mazmumah tu. semoga dikekalkan dengan kerendahan diri in sentiasa. haha


ni masa darjah 6. muka innocent lagi. senyum pun malu-malu. masa ni berlagak macho, asal bergambar je tangan ke belakang. 


yang ni tak hujung la sebab susunan masuk sendiri. sempat la menyelit kat tengah. haha. darjah 6 jugak ni. menghabiskan sisa-sisa persekolahan rendah.

 duduk takkan nak hujung jugak kot? eh tiba-tiba meninggi diri pulak. haha. tak baik tau!


ah ah. there's something about this photo! masa graduation form 5. aku pinjam baju mak masa akad nikah. haha


and this photo also. kalau takde boys dah, sure aku paling hujung.

biar kita rendah, asal tinggi budi pekerti.
cewah
ayat pujuk diri sendiri

Cara nak Pastikan Kesayangan Kita Kekal Hidup Lama



assalamualaikum

kali ni aku nak share dengan hampa-hampa, macam mana nak awet sesuatu binatang. mana la tau kan, kucing mati kena langgar, sayang nak tanam. nak tengok dia lagi lama-lama. bak kata pensyarah aku, kalau kamu awet dengan betul, selagi botol dia tak jatuh pecah, selagi tu kamu boleh tengok hasil awetan dalam jangka masa yang panjang. nak awet manusia pun boleh jugak tapi gandakan bekas menyimpan dan juga larutan yang akan digunakan untuk mengawet. tapi jangan buat tau, penyeksaan tu namanya!

ok, kita perlukan formalin (yang jugak digunakan untuk mempengsankan haiwan tu sekiranya belum mati). kita perlukan air suling, kepingan kaca, botol kaca, lilin dan paling penting, haiwan yang nak diawet. aku gunakan sotong.

bagi nak potong kaca, adalah lebih baik sekiranya kita sediakan template dulu untuk ukur agar ukuran kaca nanti muat-muat dengan botol. sebaik-baiknya, gunakan kertas keras tapi bagi aku dan insan-insan yang yang very-absent-minded, kami gunakan kertas A4 saja untuk buat template.


kepingan kaca dengan template yang diukur 

pemotongan kaca sedang dibuat oleh si kidal. nampak macam terkehel sikitla. pegang penyurih kaca macam pegang pen. kemudian, patahkan saja dengan cermat.


muatan sempurna. yeah

bagi penyediaan larutan pulak, kita perlukan 40ml formalin yang dicampurkan dengan 960ml air suling. goncang larutan dalam kelalang

sementara tu, kita basuh dulu sotong kita dan keringkan dengan cara lap dengan tuala. aku cabut buang kantung dakwat dia dan bersihkan baik-baik sebab takut nanti dia pecah dalam balang larutan. lagi naya! 


lepas tu, kita ikat sotong di atas kepingan kaca menggunakan tali tongsi. tuang larutan formalin cair yang dah kita bancuh tadi.

akhir sekali, kita gunakan rod kaca untuk pecahkan buih-buih sekiranya ada dalam botol tu. bubuh larutan sampai penuh tau! tutup botol, dan seal lagi dengan lilin yang dicairkan.


tadaa! dah siap pun awetan sotong kita.

classmate aku ada jugak awetkan mengkarung, ada awetkan udang kara, ada awetkan ikan karp, ada awetkan kura-kura pun ada! hampa-hampa pun boleh try kat rumah cumanya aku rasa formalin la payah nak dapat sebab dia barang terkawal. nanti orang jual tu tanya, nak pengsan sapa? ha, tahukah anda bahawa formalin ni la turut digunakan untuk mempengsankan mangsa sebelum diculik dan sebagainya? terlebih hidu boleh pengsan tau! tapi untuk haiwan, kalau taruk formalin lebih sikit kat kapas, masukkan dalam killing bottle sekali dengan haiwan nak diawet, nyawa dia akan berakhir. manusia? entah.

SELAMAT MENGAWET KUCING!

July 10, 2012

Lukisan Alam.

assalamualaikum

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan


Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya


Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)
 

 Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah


Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu  



All photos were taken at my granny's village. Subhanallah

Kun Fayakun

assalamualaikum

Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.(36:82)

 ujian Allah datang dalam sekelip mata, dalam keadaan aku masih waras. mata masih celik, adrenalin mengalir deras. Kun Fayakun! Allah Maha Agung. semua sudah tersurat yang aku akan eksiden pada tanggal 8 Julai 2012.


ni keadaan kereta yang remuk. sebenarnya, ni kereta kawan aku yang tumpang untuk balik ke IPG aku. pagi Ahad, biasala, kenderaan banyak kat Kedah ni. dari Perlis sampai le ke Kedah, kami eksiden juga. lalalala

kawan aku ni takde la drive laju sangat pun. kalau laju, mesti aku dah tercampak sebab tak pakai seat belt. padan muka aku. undang-undang jalan raya bukan nak ikut, padahal untuk keselamatan diri sendiri. sebenarnya, kawan aku 'ter'rempuh belakang Gen2 hitam yang tak sedar diri masuk lorong laju dan nak buat U-turn kat tempat tak boleh nak U-turn. mana sempat nak mengelak. lagipun ada 2 bijik kereta lagi kat depan kami tapi depa sempat la mengelak. kalau mengelak sekalipun, kereta kat belakang tengah laju, kang tak pasal kena rempuh dari belakang. bak kata kawan aku, 'Baik aku rempuh kereta yang memang salah tu.'

kan aku cakap aku waras kan? aku nampak lagi setiap details yang berlaku. Subhanallah. sekelip mata, aku dan kawan aku jadi mangsa kemalangan. menggeletar aku masa keluar kereta. terus telefon abah. terkejut abah dibuatnya. yela, anak sorang ni baru setengah jam keluar rumah dan tadi dok bising-bising tak sempat sarapan. pastu aku call pensyarah merangkap mentor kami. badan masih menggeletar.

paling ngeri bila aku dengar kereta-kereta dari belakang buat brek mengejut tak hingat dunia. nasib baik depa sempat mengelak. kalau tak, aku memang dah arwahla. Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia. sakit tu tak payah cerita la. tapi tak ada la insiden berdarah pun. cuma kaki aku macam terkehel sikit. aku tengok kaki, luka, macam mana boleh luka pun aku tak tau. mungkin aku terlompat masa akibat impact perlanggaran dan kaki aku terlanggar dashboard? mungkin jugak.

pegawai polis penyiasat datang dan lepas ambik gambar dan blablabla, dia bawak kami pegi hospital. masa naik kereta baru ambulans datang. tobatla aku takmau naik ambulans! tapi kira catat sejarah jugakla aku naik kereta polis. hang ada? haha

semalaman malam tu aku tak boleh pejam mata. badan makin sakit. mujur jugak lemak di badan jadi absorber masa hentakan. hehe. Alhamdulillah. nampak dah hikmah badan makin berisi.

thanks kawan-kawan yang datang melawat dan juga mesej aku ucapkan takziah! sangat menghargai ingatan anda!

mak dan abah dok bising-bising suruh jangan tinggal ubat. bakal mak mertua pun punya caring bila dengar aku eksiden. dikirimnya makanan yang banyak melalui anaknya Mohamad Amir. ada sambal petai dengan udang, ayam masak apa tah, dengan sup daging. minyak angin pun ada. ustaz pulak tambah stok air zamzam. Paah pulak tolong teman bila aku tak boleh tidur. terima kasih semua! sakit saya berkurangan dengan kasih sayang kalian!

tapi sekali lagi kami diuji....

2am, hampir kurang 24 jam lepas aku eksiden, Paah, yang berkorban tempat tidur dia, untuk aku tidur dengan selesa, pulak dapat berita sedih. rumah dia terbakar. Syukur Alhamdulillah masa tu family dia kat kampung. cuma rumah dan barang-barang tu tak mampu diselamatkan. sabar ye Paah. ada hikmah semua ni... Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. semua ujia ni adalah atas kekuatan kita. kalau kita rasa ujian ni hebat, maka tu tandanya kita kuat dan mampu harungi semua ni! Allah sayang kita, sebab tu Dia uji kita. semoga Paah dan keluarga dapat harungi semua ni dengan tabah. ganjaran ketabahan ni akan menyusul. InsyaAllah.

petang tu, dalam keadaan masih terhincut-hincut, aku dengan classmates teman Paah balik. ni gambar keadaan rumah Paah. hangus. tapi Alhamdulillah, aku ada jumpa cebisan al-Quran yang masih berkeadaan baik dalam gumpalan benda-benda lain yang hangus.






my best friend, jangan bersedih. Allah sentiasa bersama Paah dan keluarga. insyaAllah, jangan putus berdoa dan semoga kita semua dalam lindungan-Nya.

#Dugaan menjadikan kita manusia yang lebih baik sekiranya kita redha dan belajar dari ujian yang Dia berikan. :)

July 3, 2012

Segmen : Saya Nak Header!

assalamualaikum

sebagai seorang warganegara yang sentiasa nakkan subsidi dan barangan percuma, ehemm ehemm,  ternyata kesukaan ini mendorong saya selaku warganegara berhemah untuk menyertai segmen ini anjuran seorang blogger kreatip iaitu Arif. warganegara lain nak tak? anda hanya perlu melengkapkan syarat di bawah bagi mendapatkan ganjaran!

Syarat - Syarat Segmen :
1. Warganegara Malaysia
2. Buat entry tentang segmen dengan tajuk " Segmen : Saya Nak Header ! "
3. Jika sudi follow blog ni * Tak paksa
4. Publish tentang segmen ni
5. Top referral akan dapat Design Full Template + Doodle Islamic dari Arif
6. Tinggal link entry di ruangan comment

cepat-cepat! segmen akan tamat pada 11pm, 6 Julai nanti!


Klik link di atas untuk ke blog penganjur

Ikan Percik Pedas

assalamualaikum

here goes the picture first!


spicy ikan bakar with nice aroma but i wont make this again. not my dad's favourite as he dislike spicy foods. for me and my mom, its appetizing! 

 

And It Goes On

assalamualaikum

for the very first time in my life, i went to Alor Setar tower for sight-seeing. actually i am a  'gayat-type' person but i successfully overcome the problem. eureka! yeah


peeked! his specialty as an army.
 

Alor Setar's view. where's Tesco Mergong anyway?
 

meet me, the walking grapes on purple dat day.

guys, you have to pay RM6 per person and you will be escorted by bodyguards until you reached the sight-seeing level. trust me guys, it worth every penny!


ah, i love this pic! it makes me look so tall!


Amir, thanks for the balloon! 

anyway, i'm done for retaking my Chemistry paper and it was much more difficult than before! maybe i should start looking for another job?

maybe not. InsyaAllah

July 1, 2012

Its All Over

assalamualaikum

some people keep asking me, how do i face my failure. to tell the truth, i hate this kind of kind of question. please, who love to fail? none of us. not even me. i hate the echo telling me that i am a failure. no. i am not.

sometimes, its not about how to deal with failures. its all about what do you do to wake up, do something and get over it.

i am seriously a pathetic person. i cried so many times every time i get hurt. after crying, its all over. and please, again, do not look at me with your sympathetic face. i am a strong girl, okay?