Friendly Friends

June 17, 2012

Apam Polkadot dari Apampolkadot.com

assalamualaikum

godek punya godek, sebenarnya nak cari resepi untuk perelokkan aku punya apam polkadot sebab nak try ambil tempahan. tapi terjumpa apam polkadot yang sangat comel ni! terus order 50 biji untuk rasa (dan masuk contest sebenarnya. hihi)

mulanya ada masalah dengan pos laju. aku pun taktau la kenapa depa anti sangat dengan aku. asyik ada masalah je dengan pengeposan. aku bank in duit 28 Mei dan keesokkanya, aku dah dapat tracking number dari apampolkadot.com ni. tunggu punya tunggu, seminggu lebih jugakla tak sampai-sampaila. aku buat aduan la. yela, kempunan kot! mna-mana aku pergi, aku pesan kat mak mintak telefon aku cepat-cepat kalau parcel dah sampai.

aduan diterima dan dilayan dengan baik sekali. depa tanya nak teruskan order ke, nak refund dan mestilah aku nak teruskan order! sehari selepas tu, aku dapat apam yang diidamkan. aku pilih warna-warna, filling strawberi, blueberi dengan coklat. 


da sticker khas yang ditampal pada bekas isi apam


aiyee, gebunya!! mak abah puji comel. terasa-rasa sayang nak makan.
 

aku pun tak faham sejak bila aku suka benda comel.
 

dalam dok sayang nak makan, aku sorang je hadap dekat doploh biji sorang.tengok, isinya cekelet.


mak, adik, kawan adik dan kawan aku si Tora pun suka! 

makan-makan sambil minum petang kat pondok dpan rumah.


bagi jugak dekat kawan-kawan adik yang main perang-perang kat rumah. semua puji sedap!

hampa tak teringin? sedap, gebu, comel dan servis yang sangat memuaskan. tempah sekarang di apampolkadot.com

No comments: