Friendly Friends

May 4, 2012

Teruk Sangat ke Life kt PLKN?

Assalamualaikum

adik aku dapat PLKN. dia memberontak punya memberontak sebab tak mau join. dia memang tak mau sungguh-sungguh. aku pun tak tau kenapa. dia cakap, dia sanggup masuk STPM/ pra U sebab dah tak ada alasan lain dah untuk elakkan diri. semua orang marah dia. semua orang cakap, 3 bulan tu kejap sangat. takkan dia nak perjudikan hidup dia sedangkan kami yakin ada something better and greater waiting for him ahead?aku bukan nak cakap pra U tu tak bagus, sebaliknya bagi aku dan family aku, pra U tu susah. cousin aku cerita, buku tebal-tebal. aku kenal adik aku macam mana. bukannya rajin belajar sangat pun. haha.

berleter punya berleter, akhirnya dia mauk jugak PLKN Guar Chenderai. nasib baik tak dapat Tasoh. kalau tak, sama dengan aku.

frankly speaking, aku rasa PLKN taught me lots of new things. dulu aku memang mengamuk, kenapa aku 5 tahun di asrama, habis SPM je kena spend masa lagi kt PLKN? tapi bila sampai sana, sebulan terakhir tu memang rasa takmau balik. bukan sebab ada Amir okay. haha. tak ada kaitan pun sebab kami tak pernah bercakap sepatah pun kat kem. kami hanya berkenalan pada hari terakhir. tapi bila kat sana, aku tak ada pun rasa terbeban sebab kena bangun awal atau tidur lewat. the truth is, ini bukan kem tentera. hang akan dibangunkan pukul 5.30 pagi, tu pun bukannya dengan simbahan air tapi dengan announcement je pun. lepastu, ada je yang tak pergi surau, sembahyang dalam dorm je pun. sempat ke nak rasa tension? rilek rilek sudah

malam pulak, kita bersurai lepas pukul 10.30 malam. awal tu! kalau kem tentera, Amir cakap, pukul 1 pagi tak tentu tidur lagi. pukul 3,4 pagi dah kena bangun. jangan anggap PLKN macam kem tentera. PLKN best la! jamu makan sedap-sedap, breakfast, kudapan, lunch, tea, dinner and supper. breakfast wajib makan telur ayam rebus sorang sebijik. tapi tu kira side dish je. main dish dia memang lumayan la. kadang-kadang bubur nasi, ayam dan kuah sambal yang superb, kadang-kadang nasi lemak yang memang superb jugak, semuanya superb la! lunch and dinner pun macam tu. dahtu, nak risau apa lagi?

bulan pertama, kita kena join kelas pembinaan karakter. ek eleh. bukan suruh tanggung kayu balak pun.masuk jela kelas tu. siap diajar juggle siap. tak adanya nak berat-berat kepala atau guna stamina. lepastu, petang-petang kita beriadah. kadang-kadang ada latihan kawad. lepastu, bulan kedua ada kelas sastera la lebih kurang. tapi tak lama pun. lepastu ada kelas kenegaraan. see? apa yang nak ditakutkan? every wednesday, kita akan keluar untuk khidmat komuniti. setakat gotong royong dan program anak angkat tu pun takut ke? aiyaa. isk ishk. elaun pun dapat, pengalaman pun dapat. untung-untung dapat awek sorang. haha


dia cakap, takut botak kat PLKN. awat, kalau botak, rambut tak tumbuh dah? baik dari hang dok buat fesyen kpop yang mual aku nengoknya tu. haha


aku yang perempuan ni pun tak mengeluh. aiyaa. anyway Fikri, selamat berGUMBIRA di PLKN. haha. mak cakap, sunyi hang tak ada kat rumah. haha

1 comment:

Aien Nia said...

Kalau saya pun ,saya xnak..
Nasib baik xdapat..Kalau dapat memberontak lari London kang..hehehe