Friendly Friends

May 13, 2012

Realiti Berkahwin Dengan Cikgu

assalamualaikum


rata-rata orang asyik tulis, untung betul dapat kawen dengan cikgu. tambah-tambah cikgu perempuan. ok, sebagai seorang cikgu, meh aku bagitau apa realitinya hidup seorang guru wanita. bukan niat nak jatuhkan sesiapa tapi hanya nak ubah pandangan klise sesetengah orang tu okay!


1. suara cikgu
bab ni aku 50-50. nak isteri suara lembut, carilah cikgu. takpun nak try isteri suara lantang dengan kadar desibel tertinggi? cari cikgu jugak. ok fine. nak try bila dah jadi isteri tu payah. apa kata test sekarang? pura-pura demam, dia akan pujuk selembut mungkin macam tengah pujuk budak darjah 1 yang tengah menangis sebab duit saku hilang. pastu the next day, cuba cakap yang korang ada awek baru. ce dengar dia menjerit. kuat ke tidak. kalau tidak, dia tu mungkin cikgu menjahit kat persatuan ibu-ibu. tapi kalau suara dia buatkan korang jauhkan telefon. tu memang realiti seorang cikgu.bersuara lantang dan kuat dan jelas.


oh ya. kalau pegi kenduri-kendara, isteri korang memang akan cepat femes sebab sambil potong bawang (yelah kan. cikgu kononnya free masa cuti sekolah), mulut dia takkan berhenti bercerita. dari kes politik sampaila kes kenapa bawang membuatkan ada air mengalir dari mata kita masa kita potong bawang. fine, tu cikgu sains. kalau dia asyik bercerita pasal harga bawang yang makin naik sebanyak 25%, tu maknanya dia cikgu matematik. kalau dia cakap, bawang ni dibiakkan melalui batang bawah tanah, sekali lagi tekaan yang diterima ialah dia cikgu sains atau KH. see, sekecik-kecik benda pun jadi isu bila bersembang dengan cikgu. padahal cakap pasal bawang je pn


2. cikgu memang detail
ni aku tak nafikan. macam yang dicakap-cakap, pakaian pun ada etika. nak tanda buku dan kertas exam budak pun ada skema. nak buat apa pn semuanya ada prosedur, ada skema, ada etika. ha, kawen la dengan cikgu. sekali korang selerakkan baju, siapla bila dia balik sekolah nanti! oh garangnya. cikgu disiplin mungkin? haha


sebenarnya ni entry terbengkalai. aku tak publish. dan tak ada feel dah nak sambung. nanti rajin, aku sambung la. bye!

1 comment:

NURSHAHIRA SAIDATUL HASNA said...

jom join ni http://lieyna-story.blogspot.com/2012/05/1st-mini-giveaway-by-lieyna-rosli.html