Friendly Friends

May 2, 2012

Otak Mula Bersepai

assalamualaikum

macam aku cakap, aku suka bulan Mei! seriously. dan Alhamdulillah, perkhabaran gembira aku terima hari ni. sepanjang hampir 4 tahun setengah aku kat IPG ni, pensyarah tak pernah reveal carry marks kami. kami tak pernah tahu markah kuiz, esaimen dan penilaian lain tu berapa. tapi sem ni, pensyarah PJ reveal markah kami. dan syukur syukur syukur Alhamdulillah, i score the highest marks in my class. 90%. orang lain mungkin cakap, ek eleh.. berianya! takat 90% pun dah bising ke? meh aku nak jawab. sem 5 adalah the toughest sem di IPG. kami kena anjur karnival permainan tradisional, kena anjur kejohanan olahraga tahunan, kami kena keluar praktikum fasa pertama selama sebulan di sekolah, kami kena ke sekolah untuk program penanda aras, kami kena masuk bengkel surat pekeliling ikhtisas, kami kena turun berlatih olahraga, kami kena jadi coach untuk acara olahraga, kami kena blablabla. dan blablabla ni makin rumit bila buat kertas kerja. dan blablabla ni makin penat bila sem ni budak sains kena ambil paper fizik dan kimia. semua tu perlu dilakukan kurang dalam masa 5 bulan lepas tolak cuti penggal cuti raya cina cuti keputeraan Sultan Kedah cuti hari pekerja study week blablabla!

kimia!

guess how much i scared of chemistry?

kimia sem ni asyik cakap pasal thermo. thermochemistry. thermo.. nuclear. dahla belajar dalam BM. ishk ishk ishk. makin serabut aku dengan istilah dia. 'nuclei bersepai.. bersepai...bersepai...' lama-lama otak aku yang bersepai! tadi keluar dari makmal kimia, aku rasa aku jalan terhuyung-hayang sebab perkataan nuclei bersepai terngiang-ngiang di telinga aku. bersepai. tidak! nanti aku mimpi ngeri.

doakan aku untuk final 2 minggu lagi. aku ada 5 paper sem ni. cuak. mungkin aku akan kurangkan aktiviti berblogging aku. paper kimia tu paper kedua. 16 mei aka Hari Guru. pewwww

1 comment:

fnatasha.hafizi said...

owho.. tetiba seram nak melangkah ke sem seterusnya..fizik pun menyeramkan..-_-"