Friendly Friends

May 1, 2012

Kisah Aku, Kembar Aku dan May

assalamualaikum

hello May! aku suka betul bulan Mei ni. tapi tadi aku dapat perkhabaran buruk dari abah. abah cakap, pokok kelapa (nyok) yang ditanam pada tanggal hari kelahiran aku dah ditebang. sebelum ni memang ada ura-ura nak tebang pokok tu sebab buah dia selalu timpa kereta, sebab letaknya di laluan masuk rumah. tapi masa tu, tak ada siapa pun berani tebang sebab 'kembar' dia ada kat rumah. tapi sekarang tinggal kenangan.

sedih.

kesian dia. tak dapat nak sambut birthday genap 22 tahun sama dengan aku. eh dah 22???

ikut tradisi, uri kami akan ditanam bersama-sama pokok buah-buahan dan family aku pilih untuk tanam pokok kelapa. maknanya kami 6 beradik semuanya ada pokok sendiri. pastu mak dengan seronoknya menganalogikan kami dengan pokok tu. kononnya pokok tu mewakili sifat kami. macam aku dengan pokok aku. pokok aku ni tak berapa nak tinggi, tapi buahnya memang lebat. sabut pulak tebal sungguh. sekali nak kupas memang berpeluh. mak cakap, tu tandanya aku kuat semangat. lepastu, pelepah pokok aku ni, walau kering macam mana pun, dia takkan gugur. kena ada orang tarik baru gugur. tu pun tetap liat nak gugur. abah kata, tu tandanya kuat pendirian tapi degil. hari tu, masa nak kenduri abang aku kawen, abah terpaksa tarik pelepah pokok aku yang kering tapi tak gugur tu. ada 36 semuanya! abah kata lagi, umur 36 barula kurang kedegilan aku. haha. 


abah sampai terpaksa pinjam tangga bomba. haha. 



dan abah sengaja susun semua pelepah elok-elok sebab nak kira. oh ya. yang pegang batang penyapu tu bukan aku ya. tu kakak aku. aku hanya memerhati dari depan rumah, sayu.

apa pun, aku takla seronok juga tiapkali tibanya bulan Mei sebab aku tak pernah sempat sambut birthday aku secara aman. dari darjah 1 sampai tingkatan 5, birthday aku mesti masa peperiksaan penggal pertama. sekarang, birthday aku mesti masa final exam. dapat kredit percuma pun tak dapat gayut lama-lama. sebab kena buat-buat rajin ulangkaji.

tahun ni, dapat hadiah awal dari amir. alhamdulillah, terima kasih atas hadiah ini dan aku akan menfaatkan sebaik mungkin


tafsir al-Quran dari Angkatan Tentera Malaysia tuhh! nama pun ustaz tentera. 
 

ini paling aku suka. bila tengok nama aku dia tulis dalam tulisan khat.

may may may. may my dream come true!

No comments: