Friendly Friends

May 9, 2012

Its His 22nd Birthday!

assalamualaikum

entry ni saya tujukan kepada seseorang yang menemani saya selama 4 tahun, yang tidak pernah mengatakan tidak semasa saya perlukan dia untuk mendengar luahan hati saya yang sering tidak stabil, yang sering menasihati saya agar menjadi wanita yang tabah, yang tidak pernah berhenti bertanya saya adakah saya sudah menunaikan kewajipan saya seperti bersolat, yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan saya, yang sentiasa menceriakan hari-hari suram saya, yang berkongsi kejayaan dan kegembiraan saya, yang tidak lokek membelanja saya makan (apa kau ingat senang dapat awek kuat makan?) dan lelaki pertama berani berjumpa ibu bapa saya di rumah dan juga yang pertama meminta izin abah untuk membawa saya keluar dan akan 'memulangkan' saya sebelum zohor.

Amir, awak sudah genap 22 tahun hari ini. saya doakan segala-galanya yang baik untuk awak. untuk iman awak, untuk kerjaya awak, untuk kesihatan awak, untuk kesejahteraan awak, untuk kegembiraan awak dan untuk keseluruhan hidup awak, dunia dan akhirat.


this boy has grown up so well. tapi dulu saya tengok mata awak bulat macam bii guli, tapi kenapa sekarang mata awak kecik je? awak nampak ke? kesian saya tengok awak masa drive. haha


sorry for being extra hyperactive girl. susah nak jaga kan? haha


i really love this picture. haha. muka nampak ganas tapi berebut nak bawakan beg kiteww. haha. geli pulak rasanya tulis kitteww ni. semacam je rasa. eeiii


dengan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Amir Saedy dan semoga iman anda bertambah saban tahun! 

Love, 
Qirah