Friendly Friends

May 13, 2012

I Love You, Mak!

assalamualaikum


saya sayang mak saya! selamat hari ibu, mak! macam kak Qirah cakap kat mak tadi, mak la wanita paling baik dan paling cute dalam dunia. kak Qirah sayang mak sangat-sangat!


mak aku, macam mak hampa, always knows the best for us! macam aku masuk IPG ni, seriously permintaan berbaur arahan dari mak. mulanya aku merungut, tapi sekarang aku bersyukur sangat sebab dapat tempat di IPG. terima kasih mak.

mak jugak sentiasa tahu bila kita happy atau bila mood kita berubah. mak sentiasa boleh detect walaupun tak diberitahu. aku, bila makin dewasa, aku makin selesa berkongsi macam-macam dengan mak. masa remaja dulu, malu-malu sikit. sekarang ni semuanya bagitau mak, mintak pendapat mak. dari sekecik-kecik benda sampaila sebesar-besar benda pun bagitau mak. tapi kalau sakit, jangan bagitau mak. nanti kena bising sebab aku bukan jenis makan ubat bila sakit. tapi, semuanya mak ada di sisi kita. sayang mak!

bila sekarang kat IPG dapat elaun, ada duit sendiri, mak tetap bagi duit saku walaupun sikit sebab mak cakap, kot-kot nak makan laksa. hihi. kalau balik rumah, bila aku dengan mak je kat rumah (abah kakja kerja, adik-adik ke sekolah), bila mak ke kedai beli ikan, masa mak balik, mesti aku dapat makanan! sama ada coklat, keropok, roti atau ais krim. hehe. seronok!

by the way, mak dah berusia 52 tahun pada tahun 2012 ni. awet muda kan? hopefully dapat warisi keawetmudaan mak. hehe


mak dah hidup dengan abah, 29 tahun. InsyaALLAH hujung tahun ni dapat cucu sulung pulak! kalau tak, anak kucing le jadi peneman abah dengan mak kat rumah.


this is my family! gambar ni masa raya tahun lepas, masa tu tak dapat kakak ipar lagi. see, aku memang suka pekena orang. tapi kat mak, tak sampai hati nak letak pelik-pelik. kat abah pun letak spec paling okay. hehe

mak, i love u so much! thanks for bringing me to this world. words can't describe how much i love u!

dan selamat hari ibu juga kepada ibu iaitu mentor saya di IPG, mak Amir, mak angkat di Baling, mak angkat (isteri abah Zahir, jurulatih PLKN yang merupakan abah angkat saya dan Amir), kak Shida yang bakal bergelar ibu hujung tahun ni dan kepada semua ibu di seluruh dunia! we love you!

No comments: