Friendly Friends

May 2, 2012

Down Memory Lane; SMSAH

assalamualaikum

saat mata masih belum mahu pejam, aku bukak page Alumni SMSAH di facebook. terkilas rasa kehilangan dalam hati. walau aku taktau kehilangan apa, aku tau aku rindu.

setiap gambar yang aku tengok mengingatkan aku pada sesuatu, atau seseorang, atau satu peristiwa. satu demi satu muncul kembali. macam tayangan powerpoint dalam lecture. tak sempat aku nak salin, muncul slide baru. hebat betul kenangan tu. muncul macam slide.

aku bekas pelajar SMSAH 0307. batch yang ke-40 dalam sekolah. batch yang kami gelar Revolution Generation sebab tahun kami adalah tahun pertama PPSMI diperkenalkan. batch tikus putih kata orang. tapi dalam 5 tahun di SMSAH aka Jenan, aku rasa batch aku jugak yang terakhir menjunjung tradisi sekolah macam party haram dan ragging junior! haha


ni namanya Dataran Ilmu. tempat perhimpunan hari Rabu, tempat latihan kebakaran, tempat roll-call dan jugak tempat makan-makan kalau ada grand dinner sekolah. kat tempat parking tu pulak dibuat gerai-gerai pasar malam (masa zaman aku la) setiap jumaat.antara makanan yang dijual ialah nasi lemak dan nasi goreng ciknah, aiskrim cikgu majid berserta ABC dalam mangkuk polisterin, ada makcik yang jual keropok ikan dengan kueteow sup tabur isi ayam dengan kacang goreng hancur (yang menjadi kewajipan aku beli saban minggu). pastu ada pakcik yang jual air dalam tong besar, ada milo dan dan air gas warna biru. gerai yang sentiasa hot sebab dewan makan setakat sedia air suam. haha. oh ya. ciknah (pembantu tadbir sekolah) juga jual burger. ada anak ciknah datang tolong ciknah berniaga. nasi yang ciknah jual pulak berlaukkan sayur campur dengan ayam masak merah. ada juga telur goreng bersos. setakat nak lepas kempunan budak hostel tu memang lepasla!

kat dataran ni jugak kadang-kadang dibuat tayangan. ada geng AVA (betul ke istilah ni? lupa) yang tolong setup layar putih. aku paling ingat, kalau cerita seram, boys dah duduk belakang girls dan depa memang akan bersorak sakan la kalau girls jerit. lepastu, masa kami nak balik hostel (istilah kami: astries) yang terletak nun jauh di belakang, boys sembunyi belakang pokok atau kerusi batu sergah kami. tak kira senior ke junior ke kawa satu batch ke, semuanya sama. tambah-tambah kalau form 4, lagi la menjadi-jadi perangainya!


ni pulak laluan di blok tingkatan 3 dan 5 ke gimnasium sekolah. antara port paling hot untuk tenet/ tintong (istilah yang kami gunakan untuk ganti perkataan dating). kalau balik prep malam tu, ha, laluan ni memang adala yang tengah tintong. haha.aku? tak penah. penah ke? tak penah. rasanya la. haha. memang tak penah la!
 

ni pulak padang bola jaring. tapi tengok gol tu macam dah jadi padang bola baling je sekarang. masa form3, aku ingat lagi, form 4 masa tu, zaman kak Dyana, kak Aina dengan kak Safuraa dan lain-lain, depa organized party rumah sukan aku, rumah Wira (oren) di sini. fuhh. terasa macam candle light dinner sebab depa pasang lilin keliling padang. selain tu, kegunaan padang ni jugak adalah untuk tempat malam seni bela diri. hai Amar! hang penah silat sini kan? haha. masa malam tu, SMSAH ni macam pesta dengan segala pengamal seni bela diri. sejak peristiwa tu, aku rasa macam nak cari orang yang pandai silat. tapi bukan sebab Amar la. haha. joking!


ni laluan di hadapan blok form 1,2 dan 4. ada kiosk untuk geng Tunas berniaga. aku pun pernah berniaga. masa Bulan Bahasa. sini kira hot spot jugakla, tambah-tambah waktu petang dan malam. sebelah dia tu koop sekolah. aku paling suka Cloud9. kadang-kadang aku beli sampai 10 biji, simpan bawah laci meja. esoknya pegi check, dah hilang. aiyya.
 

 ni makmal Kimia dan hujung tu makmal Fizik. aku lagi suka Fizik sebab aku suka Mr. Lim Eng Hua. kimia pun best jugak sebab ada Cikgu Aine Hayati. cikgu Aine suka ketuk whiteboard untuk dapatkan attention kami. kalau ada yang tak faham dan bertanya, selalunya cikgu akan pause kejap, pastu jawapan dia, 'Kamu kena hafal la!' hehe. untuk Fizik pulak, Mr. Lim ni sangat tegas. aku pernah kena ketuk dengan pembaris kayu semata-mata sebab aku guna pembaris plastik warna pink untuk buat graf. apa dosa aku?? Mr. Lim cakap, 'Pembaris dahla warna pink, ada pelangi pulak tu. langsunggg tak sesuai untuk Fizik!' aku tak nampak pun kaitan warna pembaris dengan graf. haha. dan paling penting, sapa fail, kena rotan masa ambil paper exam. kelas aku 19 orang, 17 orang wajib kena rotan. termasuk aku. haha


kafe sekolah. aku jarangla ke kafe sebab aku pelanggan setia dewan makan. tapi masa aku form 5, kafe mula jual burger masa rehat. tak ada banyak sangat kenangan di kafe. 


ni laluan wajib untuk ke masjid sekolah. sekolah kami ada masjid yang akan dibuka setiap Jumaat bagi kaum lelaki berdekatan menunaikan solat Jumaat. masa lalu sini (girls secretly gelar tempat ni sebagai zoo SMSAH), pekakkan telinga dengr jeritan boy yang turun-turun lagi untuk maghrib. haha
 

nilah masjid yang aku cakap. masjid Muadzam. selekoh ni pulak mengingatkan aku pada waktu petang di mana aku berlari-lari dengan Nada, Mirah, As, Asiah, Shiela dan Izy. sambil berlari sambil bersembang. oh ya, kami wajib berjemaah maghrib dan sambung isyak kalau hari Khamis. rindu pulak rasanya pada alunan suara yang berzikir menjelang maghrib. hehe. kadang-kadang tu, pakat sanggup mengintai di balik tirai, nak tengok sapa yang conduct zikir hari tu. haha


ah, ini memang nostalgia! bilik Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan. aku kat sekolah tak ambil sains tulen, aku ambil sains kejuruteraan. masa nak mula kelas LK, pakat terjenguk-jenguk kat belakang blok, mengintai kereta naza Cikgu Sharifah Azlina ada ke tak. haha. kalau ada, mula la dengar bunyi 'ahhh'. kalau tak ada, pakat menjerit balik kelas. tapi cikgu ni best. dan comel. dan aku dengan kurang baiknya bersama Remyzah ponteng kelas, lari ke blok bio, sembunyi dan makan biskut. As tolong cover apa pun aku tak tau. teruknya aku. teruk teruk teruk. malu nak mengaku. haha

 

dewan sekolah ni menyimpan sejuta kenangan. haha. *sedang ketawa*. mengingatkan aku pada sesuatu kejadian dan manusia. takpa. abaikan. dewan ni jugak tempat aku berlatih jadi emcee. dan tempat kami adakan bengkel pada hujung minggu. alamak, nostalgia. aku harap dewan ni takkan diruntuhkan sebab nilai dia terlalu tinggi. sentimental. 

 hampa ada? kenangan macam aku ni hampa ada? ahaha. semua kita sayang sekolah kita kan? aku bangga aku budak Jenan.

3 comments:

crazyhorsea said...

dewan macam tu lagi ke?

muhsin.aminudin said...

bila baca, tiba2 sebak. damn. hahah

Ku Aiman Najmi said...

TAPI SEKARANG, JENAN SUDAH MENGALAMI BANYAK PERUBAHAN. SETELAH LAMA MENGAMALKAN TRADISI-TRADISI DI BUMI JENAN INI DIRI INI MULA PERASAN AKAN TRADISI YANG TELAH DIAMALKAN SETELAH SEKIAN LAMA DI SINI SEMAKIN MENGHILANG.AMALAN-AMALAN DAHULU SEMAKIN LUNTUR DALAM KEHIDUPAN WARGA JENAN.BULI SEMAKIN BERKURANGAN.JUNIOR SUKA TINGGAL DI BUMI JENAN TANPA RASA TAKUT. TETAPI YANG PELIKNYA, KES-KES SALAH LAKU SEMAKIN MENINGKAT DALAM KALANGAN PELAJAR.BANYAK PELAJAR YANG DIBUANG SEKOLAH BUKAN DISEBABKAN KES BULI, TETAPI DISEBABKAN OLEH KES-KES SEPERTI HISAP ROKOK( buri ), LOMPAT PAGAR( fly ), BERCINTA ( couple/tenet ), MENGAMBIL PESANAN MAKAN LUAR ( order c.k.t ), dan MENCURI ( burn ). MASALAH BULI SEPERTI PUKUL (taboh ), BASUH BAJU( washing ), dan KULI/HAMBA ( contract ) MASIH ADA CUMA TIDAK TERLALU KETARA. TINDAKAN MENGHUKUM JUNIOR DI DATARAN ILMU ( roll-call settle ) TIDAK LAGI DIADAKAN. ROLL-CALL PADA PAGI JUMAAT HANYA DIADAKAN UNTUK MEMBERI ARAHAN TENTANG AKTIVITI GOTONG-ROYONG.BEGITULAH KISAH TENTANG TRADISI-TRADISI DI JENAN YANG SEMAKIN MENGHILANG AKIBAT KEDATANGAN PK HEM YANG BARU DENGAN MATLAMATNYA IAITU SIFAR BULI.....