Friendly Friends

May 14, 2012

Cashier dan Promoter Sekarang Garang-garang

assalamualaikum


hari tu aku masuk kedai buku. hajatnya nak tengok novel Hlovate. kawan-kawan cakap best. nak try la jugak tengok best kat mana. tapi bila apa yang aku cari tak jumpa, aku tanya la akak cashier yang tengah sedap makan jambu batu cicah serbuk asam kat kaunter tu.

"Akak, buku-buku yang ada kat atas ni je yang ada? maksud saya, kot-kot ada buku yang tak letak lagi kat sini."

dia tengok aku dengan kening yang bercantum.

"Kat sini tu kat mana?" Garang. dari suara pun aku tau dia rasa terganggu. 

"Kat sini la, atas rak ni."

Dia jawab lagi. "Yela, maksudnya apa?? Kat sini tu kat mana?"

suara dia kali ni jelas menggambarkan dia marah. aku rasa aku dah cakap sehabis jelas. otomatik mulut aku memuncung, tanda nak menangis. ciss. teruk kan aku ni. kena marah dengan cashier pun nak menangis.aku tengok dia, lepas tu aku terus keluar kedai sambil dalam hati berikrar takkan jejak kaki masuk kedai tu lagi.

tadi aku kena lagi. aku tak suka la garang-garang. dahla rimas depa dok mengekor macamla kita nak mencuri. ye aku paham, kalau berdiri terpacak ja nanti bos marah. tapi tengok dari jauh sudahla sebab kadang-kadang, kita nak belek-belek jugak sebelum membeli. aku rasa, kita bukannya tak perlukan khidmat promoter ni langsung, kita perlukan jugak. contohnya bila nak buat perbandingan atau perlukan recommendation. tapi kalau sepanjang masa mengekor rapat-rapat, rimas la rimas.

oh ya pasal tadi. aku masuk satu pasaraya ni. ada sale. cadang nak beli blouse untuk pakai dengan cardigan. bila aku mintak nak tengok saiz, macam bengang pulak dia. yaa saya tahu akak penat berkerja seharian. tapi kan kak, janganla garang... saya budak sekolah lagi. saya takut dengan perempuan garang. tengok, saya dah tak jadi beli, kan akak kurang komisen? sapa rugi? akak jugak..

saya menghargai anda dan saya menghormati anda semua yang sedang bekerja mencari rezeki yang halal. tapi satu je saya minta, tolong jangan tension sangat dengan customer. sebab ada masanya, anda costumer di tempat lain pulak. nanti kena marah, rasa nak menangis tak? aiyaa. dahla. esok saya exam. nak buat final revision sebelum tidur. doakan saya ye rakan-rakan!

assalamualaikum


No comments: