Friendly Friends

May 1, 2012

Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Praktikum

assalamualaikum

sejak habis praktikum, aku memang nak tulis benda ni. tapi asyik tertangguh. sebab aku rasa, penting untuk aku tulis benda ni. sebabnya aku takmau ada lagi yang terkapai-kapai tak tau apa macam aku haritu. dan aku harap, penulisan kali ni memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan. khas untuk pelatih guru yang akan keluar berpraktikum, walaupun kita mungkin berbeza jurusan, benda ni benda asas. semua kena buat benda ni.

1. tentang buku rancangan mengajar

pertama sekali tentu kena balut. dan di luar tu seelok-eloknya ditampal lencana IPG atau lencana sekolah. lepastu kena ada maklumat diri; nama, nombor kad pengenalan, tempoh atau tarikh praktikum, praktikum fasa ke berapa dan nama sekolah. susunan ikut suka. tapi benda ni kena ada.

kedua, lengkapkan jadual kelas yang kita dapat. untuk fasa pertama, kita akan dapat 8-12 waktu. aku dapat 9 waktu haritu. tulis jadual tu dalam ruangan yang disediakan. dan jangan lupa lengkapkan profil diri kat ruangan biodata yang disediakan. ikut suka la nak tampal apa pun. aku ni suka menampal. segala macam bunga aku gunting dan tampal. paling penting, lengkapkan apa yang perlu dilengkapkan. kat belakang buku pulak ada ruangan bahan bacaan yang kita rujuk untuk mengajar. kena tulis judul buku dan penerbit. lepastu ada lagi ruangan kena tulis nama murid dalam kelas yang kita ajar. selalunya 2 kelas je tapi hari tu aku dapat 4 kelas. setiap kelas pulak dalam 42 orang. lenguh tangan ooii sebab pensyarah aku tak bagi tampal nama yang bertaip. dalam list nama ni, kita boleh tandakan sekiranya murid-murid ada hantar buku latihan dan sebagainya. tak semestinya tulis markah peperiksaan. ingat ya!

ketiga, untuk memulakan penulisan sebelum bermulanya pengajaran, depan sekali boleh letakkan misi dan visi sekolah. tapi ini yang paling penting; masukkan huraian sukatan pelajaran! memang tebal jadi kita kena buat poketla untuk isi. print saiz A5. ok. contohnya aku mengajar sains tahun 4 dan 5. maknanya aku ada 3 sukatan pelajaran; huraian sains sekolah rendah, sukatan tahun 4 dan juga sukatan tahun 5. lepastu, kena buat rancangan pelajaran sepanjang kita di situ. ini jugak dipanggil skema rancangan penggal. tapi untuk fasa pertama, kita kan duduk sebulan je, buatla untuk sebulan. ringkas je. kena ada isi pelajaran dan kaedah pengajaran yang akan kita gunakan. tapi stress jugakla nak buat ni. haha

selalunya minggu pertama ni kita tak mengajar. penting untuk kita tahu ya, kalau tak ada kelas hari tu, kena tulis refleksi harian. cerita la mengarut-mengarut apa pun. tapi kena tulis la. buatla rajin sikit orang bayar elaun praktikum RM10 sehari oii! lepastu kalau mengajar, kena la tulis rancangan pengajaran harian. jangan skip walau sehari pun sebab nanti tak terkejar! ingat mudah ke nak merancang pengajaran? aku pernah tertinggal sehari, seksa rasanya nak tulis balik.

rancangan pengajaran harian ni umpama lesen mengajar. tanpa rancangan ini, seseorang guru boleh dikenakan tindakan tatatertib. sungguh. tak tipu

dan akhir sekali, kena tulis jurnal mingguan. kena cari sebarang masalah. walau tak ada masalah, buat-buatla masalah sebab memang kena tulis!

2. tentang portfolio
pertamanya, perlu ada cover macam buku rancangan tadi jugak. sebaik-baiknya cover yang sama dan pembalut yang sama.

keduanya, masukkan segala data yang diperlukan. apa saja yang hampa buat kat sekolah tu, rekodkan. simpan juga lembaran kerja yang hampa bagi kat murid. nanti semua tu masukkan dalam portfolio. aku tak reti nak cakap banyak sebab apa yang kena ada dalam portfolio ni ada listnya. ok?

3. tentang manner
pertama, bertegur sapalah dengan cikgu senior. jangan malu atau ego nak mintak tolong. depa ni banyak pengalaman. banyak tips yang boleh kita dapat untuk memantapkan pengajaran. lagi satu, sebaik saja dapat kelas, pergila jumpa guru yang mengajar kelas tu. dapatkan gambaran kelas tu macam mana supaya kita dapat kenal murid dan dapat rancangan pnp ikut kemampuan dan gaya belajar murid.

masa pensyarah nak mai observe tu, ajarla murid agar greet pensyarah kita. sediakan air mineral untuk pensyarah atau guru yang observe kita. bukan rasuah, tapi wehh, memang sepatutnya ada la! lagipun depa ni pembimbing kita.kena la hormat dan hargai

praktikum fasa pertama memangla serabut sikit. sebab kali pertama katanya. masuk fasa kedua rasanya stabil sikit kot. goodluck cikgu-cikgu sekalian!

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum saudari..boleh tak nk minta list apa yang perlu ada dalam portfolio?