Friendly Friends

May 18, 2012

Sorry

assalamualaikum


aku tak tau apa yang tak kena. mood berblogging makin tersangatla kurang. tak ada feel. kalau kat facebook pun aku dok cari gaduh, asal tengok orang taip salah grammar je, aku betulkan. jangan kecil hati. its a process of learning. sorry if you find it offensive. aku memang kejam sekarang. sekali lagi mintak maaf. aku bukan nak memalukan korang ke apa ke. aku cuma tak boleh tengok careless mistake. well, we do make mistake tapi sometimes, ahhh entahlah!

forgive me for being perfectionist.

i'm not perfect actually.

eeii serabutnya! apa jadi dengan aku ni???

May 17, 2012

Untuk Seketika

assalamualaikum



jerawat di dahi makin hilang tanda Kimia dah habis. soalan dia susah jangan tanya la. semua orang cakap susah. doakan aku lulus. tu dah cukup.

malam habis Kimia, jom kita manjakan diri!



fizik sedang menanti. yeah!!

Hadiah Percuma

nak hadiah lumayan secara percuma?
kik link ini:
SAYS is celebrating its 4th Anniversary and giving out awesome prizes everyday for 30 days! Get yours now!


May 14, 2012

Cashier dan Promoter Sekarang Garang-garang

assalamualaikum


hari tu aku masuk kedai buku. hajatnya nak tengok novel Hlovate. kawan-kawan cakap best. nak try la jugak tengok best kat mana. tapi bila apa yang aku cari tak jumpa, aku tanya la akak cashier yang tengah sedap makan jambu batu cicah serbuk asam kat kaunter tu.

"Akak, buku-buku yang ada kat atas ni je yang ada? maksud saya, kot-kot ada buku yang tak letak lagi kat sini."

dia tengok aku dengan kening yang bercantum.

"Kat sini tu kat mana?" Garang. dari suara pun aku tau dia rasa terganggu. 

"Kat sini la, atas rak ni."

Dia jawab lagi. "Yela, maksudnya apa?? Kat sini tu kat mana?"

suara dia kali ni jelas menggambarkan dia marah. aku rasa aku dah cakap sehabis jelas. otomatik mulut aku memuncung, tanda nak menangis. ciss. teruk kan aku ni. kena marah dengan cashier pun nak menangis.aku tengok dia, lepas tu aku terus keluar kedai sambil dalam hati berikrar takkan jejak kaki masuk kedai tu lagi.

tadi aku kena lagi. aku tak suka la garang-garang. dahla rimas depa dok mengekor macamla kita nak mencuri. ye aku paham, kalau berdiri terpacak ja nanti bos marah. tapi tengok dari jauh sudahla sebab kadang-kadang, kita nak belek-belek jugak sebelum membeli. aku rasa, kita bukannya tak perlukan khidmat promoter ni langsung, kita perlukan jugak. contohnya bila nak buat perbandingan atau perlukan recommendation. tapi kalau sepanjang masa mengekor rapat-rapat, rimas la rimas.

oh ya pasal tadi. aku masuk satu pasaraya ni. ada sale. cadang nak beli blouse untuk pakai dengan cardigan. bila aku mintak nak tengok saiz, macam bengang pulak dia. yaa saya tahu akak penat berkerja seharian. tapi kan kak, janganla garang... saya budak sekolah lagi. saya takut dengan perempuan garang. tengok, saya dah tak jadi beli, kan akak kurang komisen? sapa rugi? akak jugak..

saya menghargai anda dan saya menghormati anda semua yang sedang bekerja mencari rezeki yang halal. tapi satu je saya minta, tolong jangan tension sangat dengan customer. sebab ada masanya, anda costumer di tempat lain pulak. nanti kena marah, rasa nak menangis tak? aiyaa. dahla. esok saya exam. nak buat final revision sebelum tidur. doakan saya ye rakan-rakan!

assalamualaikum


May 13, 2012

Hit the Wall

assalamualaikum



emosi tidak stabil sungguh. semua benda kena fikir. semua benda kena consider. semua benda kena halusi. please. i'm gonna sit for my final exam this Tuesday. i'm afraid i can't perform in chemistry. serabut sungguh. serabut. ishk

Realiti Berkahwin Dengan Cikgu

assalamualaikum


rata-rata orang asyik tulis, untung betul dapat kawen dengan cikgu. tambah-tambah cikgu perempuan. ok, sebagai seorang cikgu, meh aku bagitau apa realitinya hidup seorang guru wanita. bukan niat nak jatuhkan sesiapa tapi hanya nak ubah pandangan klise sesetengah orang tu okay!


1. suara cikgu
bab ni aku 50-50. nak isteri suara lembut, carilah cikgu. takpun nak try isteri suara lantang dengan kadar desibel tertinggi? cari cikgu jugak. ok fine. nak try bila dah jadi isteri tu payah. apa kata test sekarang? pura-pura demam, dia akan pujuk selembut mungkin macam tengah pujuk budak darjah 1 yang tengah menangis sebab duit saku hilang. pastu the next day, cuba cakap yang korang ada awek baru. ce dengar dia menjerit. kuat ke tidak. kalau tidak, dia tu mungkin cikgu menjahit kat persatuan ibu-ibu. tapi kalau suara dia buatkan korang jauhkan telefon. tu memang realiti seorang cikgu.bersuara lantang dan kuat dan jelas.


oh ya. kalau pegi kenduri-kendara, isteri korang memang akan cepat femes sebab sambil potong bawang (yelah kan. cikgu kononnya free masa cuti sekolah), mulut dia takkan berhenti bercerita. dari kes politik sampaila kes kenapa bawang membuatkan ada air mengalir dari mata kita masa kita potong bawang. fine, tu cikgu sains. kalau dia asyik bercerita pasal harga bawang yang makin naik sebanyak 25%, tu maknanya dia cikgu matematik. kalau dia cakap, bawang ni dibiakkan melalui batang bawah tanah, sekali lagi tekaan yang diterima ialah dia cikgu sains atau KH. see, sekecik-kecik benda pun jadi isu bila bersembang dengan cikgu. padahal cakap pasal bawang je pn


2. cikgu memang detail
ni aku tak nafikan. macam yang dicakap-cakap, pakaian pun ada etika. nak tanda buku dan kertas exam budak pun ada skema. nak buat apa pn semuanya ada prosedur, ada skema, ada etika. ha, kawen la dengan cikgu. sekali korang selerakkan baju, siapla bila dia balik sekolah nanti! oh garangnya. cikgu disiplin mungkin? haha


sebenarnya ni entry terbengkalai. aku tak publish. dan tak ada feel dah nak sambung. nanti rajin, aku sambung la. bye!

I Love You, Mak!

assalamualaikum


saya sayang mak saya! selamat hari ibu, mak! macam kak Qirah cakap kat mak tadi, mak la wanita paling baik dan paling cute dalam dunia. kak Qirah sayang mak sangat-sangat!


mak aku, macam mak hampa, always knows the best for us! macam aku masuk IPG ni, seriously permintaan berbaur arahan dari mak. mulanya aku merungut, tapi sekarang aku bersyukur sangat sebab dapat tempat di IPG. terima kasih mak.

mak jugak sentiasa tahu bila kita happy atau bila mood kita berubah. mak sentiasa boleh detect walaupun tak diberitahu. aku, bila makin dewasa, aku makin selesa berkongsi macam-macam dengan mak. masa remaja dulu, malu-malu sikit. sekarang ni semuanya bagitau mak, mintak pendapat mak. dari sekecik-kecik benda sampaila sebesar-besar benda pun bagitau mak. tapi kalau sakit, jangan bagitau mak. nanti kena bising sebab aku bukan jenis makan ubat bila sakit. tapi, semuanya mak ada di sisi kita. sayang mak!

bila sekarang kat IPG dapat elaun, ada duit sendiri, mak tetap bagi duit saku walaupun sikit sebab mak cakap, kot-kot nak makan laksa. hihi. kalau balik rumah, bila aku dengan mak je kat rumah (abah kakja kerja, adik-adik ke sekolah), bila mak ke kedai beli ikan, masa mak balik, mesti aku dapat makanan! sama ada coklat, keropok, roti atau ais krim. hehe. seronok!

by the way, mak dah berusia 52 tahun pada tahun 2012 ni. awet muda kan? hopefully dapat warisi keawetmudaan mak. hehe


mak dah hidup dengan abah, 29 tahun. InsyaALLAH hujung tahun ni dapat cucu sulung pulak! kalau tak, anak kucing le jadi peneman abah dengan mak kat rumah.


this is my family! gambar ni masa raya tahun lepas, masa tu tak dapat kakak ipar lagi. see, aku memang suka pekena orang. tapi kat mak, tak sampai hati nak letak pelik-pelik. kat abah pun letak spec paling okay. hehe

mak, i love u so much! thanks for bringing me to this world. words can't describe how much i love u!

dan selamat hari ibu juga kepada ibu iaitu mentor saya di IPG, mak Amir, mak angkat di Baling, mak angkat (isteri abah Zahir, jurulatih PLKN yang merupakan abah angkat saya dan Amir), kak Shida yang bakal bergelar ibu hujung tahun ni dan kepada semua ibu di seluruh dunia! we love you!

May 11, 2012

Terapi Minda di Tasik Darulaman

assalamualaikum

aku bukan orang Kedah. tapi kalau nak dikira jumlah tahun selama aku di Kedah, tahun ni adalah tahun ke 9. bermakna dah 9 tahun jugak aku dah tak menyanyi lagu negeri aku. tapi walaupun dah lama kat Kedah, ni la kali pertama aku main bot kayuh kat Tasik Darulaman.


just love the scenery back there!
 

bersama Rapeah Ijati
 

Peah kayuh dengan penuh semangat
 

ni kira terapi nak release stress jugakla. bayaran dikira per head. dewasa sorang RM4. mulanya aku berkira-kira la jugak duit dalam tangan, biasa la hujung sem kan. tapi tak salah dan berbaloi rasanya sebab rasa happy dan tenang sangat dalam air! me love water!


Subhanallah... sangat cantik. tak dapat tengok sunset kat pantai, kat sini pun tak pa. dah cukup indah
 

apa ke hal aku posing macam ni pun tak tau. konon pencinta alam la
 

Rapeah again. tak terkira bilangan jerawat sekarang. takpa. mode exam
 

akhir kata, doakan aku exam ni! serius cuak deh. Fizik ok lagi, Kimia tu haa... aku risau sangat...

May 9, 2012

Pemenang GA brooch felt



assalamualaikum

sila hantar emel kepada saya, shaqirah_blue90@yahoo.com beserta nama, link blog anda, alamat lengkap serta nombor telefon. 

Its His 22nd Birthday!

assalamualaikum

entry ni saya tujukan kepada seseorang yang menemani saya selama 4 tahun, yang tidak pernah mengatakan tidak semasa saya perlukan dia untuk mendengar luahan hati saya yang sering tidak stabil, yang sering menasihati saya agar menjadi wanita yang tabah, yang tidak pernah berhenti bertanya saya adakah saya sudah menunaikan kewajipan saya seperti bersolat, yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan saya, yang sentiasa menceriakan hari-hari suram saya, yang berkongsi kejayaan dan kegembiraan saya, yang tidak lokek membelanja saya makan (apa kau ingat senang dapat awek kuat makan?) dan lelaki pertama berani berjumpa ibu bapa saya di rumah dan juga yang pertama meminta izin abah untuk membawa saya keluar dan akan 'memulangkan' saya sebelum zohor.

Amir, awak sudah genap 22 tahun hari ini. saya doakan segala-galanya yang baik untuk awak. untuk iman awak, untuk kerjaya awak, untuk kesihatan awak, untuk kesejahteraan awak, untuk kegembiraan awak dan untuk keseluruhan hidup awak, dunia dan akhirat.


this boy has grown up so well. tapi dulu saya tengok mata awak bulat macam bii guli, tapi kenapa sekarang mata awak kecik je? awak nampak ke? kesian saya tengok awak masa drive. haha


sorry for being extra hyperactive girl. susah nak jaga kan? haha


i really love this picture. haha. muka nampak ganas tapi berebut nak bawakan beg kiteww. haha. geli pulak rasanya tulis kitteww ni. semacam je rasa. eeiii


dengan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Amir Saedy dan semoga iman anda bertambah saban tahun! 

Love, 
Qirah

May 8, 2012

Glad Glad Glad

assalamualaikum

perit sungguh hari ni. kepala rasa macam tunggu masa nak pecah. lecturer fizik buat kelas ilangkaji dari pukul 8.30am sampai 1.00pm non stop. sakit kepala. berdenyut-denyut dibuatnya. sebab fizik belajar pasal astronomi, bila nak gambarkan bagaimana sesuatu fenomena berlaku, macam macam mana kejadian musim berlaku, satah-satah orbit segala macam tu, kawan-kawan present pulak tak ada rajah, memang berdenyut la kepala aku cuba bayangkan benda tu semua. dahla aku jenis suka paksa kepala berfikir kalau aku betul-betul berminat. syukur jugak aku minat fizik.

balik bilik solat Zohor, masa sujud, rasa macam segala beban jatuh ke tengh kepala. tu belum study kimia lagi. asal tunduk sikit, terus kepala berdenyut.

petang, dinner, silap pesan tomyam campur. actually aku pesan nasi tomyam je. dia yang bagi tomyam campur. gatal pulak pi mesej amir. free-free kena marah. bertambah sedih.

menjelang malam, badan panas. fine. dengan sakit kepala, gatal alergik, demam, esok ada kelas fizik 4 jam setengah lagi. glad glad glad

May 4, 2012

Luhurnya Cinta Sang Suami

assalamualaikum

tak mahu cakap banyak. cuma nak readers baca blog ni. nukilan agung dari seorang suami kepada seorang isteri dengan harapan agar si isteri cepat sembuh. aku kagum dengan pengorbanan dan cinta sang suami. semoga beroleh suami macam ni jugak. hehe


buat bro Abil, saya kagum pada anda. anda mengubah persepsi saya bahawa lelaki akan tend mencari lain jika ada kekurangan pada isterinya. seriously. saya tabik anda. semoga isteri anda, kak Gee cepat sembuh seperti sediakala. semoga cinta kalian membawa kalian ke syurga. aminn..

readers, ingatlah satu perkara. hari ni kita mungkin sihat, kita masih mampu bergelak ketawa, esok kita tak tahu apa sedang menanti kita. till then, live our life to the fullest, enjoy every single moments and don't be shy to tell our parents, our family, our friends, our spouse that we love them.

abah mak bampik kakja fikri anis adik amir as paah tora shiela i love u!

Teruk Sangat ke Life kt PLKN?

Assalamualaikum

adik aku dapat PLKN. dia memberontak punya memberontak sebab tak mau join. dia memang tak mau sungguh-sungguh. aku pun tak tau kenapa. dia cakap, dia sanggup masuk STPM/ pra U sebab dah tak ada alasan lain dah untuk elakkan diri. semua orang marah dia. semua orang cakap, 3 bulan tu kejap sangat. takkan dia nak perjudikan hidup dia sedangkan kami yakin ada something better and greater waiting for him ahead?aku bukan nak cakap pra U tu tak bagus, sebaliknya bagi aku dan family aku, pra U tu susah. cousin aku cerita, buku tebal-tebal. aku kenal adik aku macam mana. bukannya rajin belajar sangat pun. haha.

berleter punya berleter, akhirnya dia mauk jugak PLKN Guar Chenderai. nasib baik tak dapat Tasoh. kalau tak, sama dengan aku.

frankly speaking, aku rasa PLKN taught me lots of new things. dulu aku memang mengamuk, kenapa aku 5 tahun di asrama, habis SPM je kena spend masa lagi kt PLKN? tapi bila sampai sana, sebulan terakhir tu memang rasa takmau balik. bukan sebab ada Amir okay. haha. tak ada kaitan pun sebab kami tak pernah bercakap sepatah pun kat kem. kami hanya berkenalan pada hari terakhir. tapi bila kat sana, aku tak ada pun rasa terbeban sebab kena bangun awal atau tidur lewat. the truth is, ini bukan kem tentera. hang akan dibangunkan pukul 5.30 pagi, tu pun bukannya dengan simbahan air tapi dengan announcement je pun. lepastu, ada je yang tak pergi surau, sembahyang dalam dorm je pun. sempat ke nak rasa tension? rilek rilek sudah

malam pulak, kita bersurai lepas pukul 10.30 malam. awal tu! kalau kem tentera, Amir cakap, pukul 1 pagi tak tentu tidur lagi. pukul 3,4 pagi dah kena bangun. jangan anggap PLKN macam kem tentera. PLKN best la! jamu makan sedap-sedap, breakfast, kudapan, lunch, tea, dinner and supper. breakfast wajib makan telur ayam rebus sorang sebijik. tapi tu kira side dish je. main dish dia memang lumayan la. kadang-kadang bubur nasi, ayam dan kuah sambal yang superb, kadang-kadang nasi lemak yang memang superb jugak, semuanya superb la! lunch and dinner pun macam tu. dahtu, nak risau apa lagi?

bulan pertama, kita kena join kelas pembinaan karakter. ek eleh. bukan suruh tanggung kayu balak pun.masuk jela kelas tu. siap diajar juggle siap. tak adanya nak berat-berat kepala atau guna stamina. lepastu, petang-petang kita beriadah. kadang-kadang ada latihan kawad. lepastu, bulan kedua ada kelas sastera la lebih kurang. tapi tak lama pun. lepastu ada kelas kenegaraan. see? apa yang nak ditakutkan? every wednesday, kita akan keluar untuk khidmat komuniti. setakat gotong royong dan program anak angkat tu pun takut ke? aiyaa. isk ishk. elaun pun dapat, pengalaman pun dapat. untung-untung dapat awek sorang. haha


dia cakap, takut botak kat PLKN. awat, kalau botak, rambut tak tumbuh dah? baik dari hang dok buat fesyen kpop yang mual aku nengoknya tu. haha


aku yang perempuan ni pun tak mengeluh. aiyaa. anyway Fikri, selamat berGUMBIRA di PLKN. haha. mak cakap, sunyi hang tak ada kat rumah. haha

May 2, 2012

Otak Mula Bersepai

assalamualaikum

macam aku cakap, aku suka bulan Mei! seriously. dan Alhamdulillah, perkhabaran gembira aku terima hari ni. sepanjang hampir 4 tahun setengah aku kat IPG ni, pensyarah tak pernah reveal carry marks kami. kami tak pernah tahu markah kuiz, esaimen dan penilaian lain tu berapa. tapi sem ni, pensyarah PJ reveal markah kami. dan syukur syukur syukur Alhamdulillah, i score the highest marks in my class. 90%. orang lain mungkin cakap, ek eleh.. berianya! takat 90% pun dah bising ke? meh aku nak jawab. sem 5 adalah the toughest sem di IPG. kami kena anjur karnival permainan tradisional, kena anjur kejohanan olahraga tahunan, kami kena keluar praktikum fasa pertama selama sebulan di sekolah, kami kena ke sekolah untuk program penanda aras, kami kena masuk bengkel surat pekeliling ikhtisas, kami kena turun berlatih olahraga, kami kena jadi coach untuk acara olahraga, kami kena blablabla. dan blablabla ni makin rumit bila buat kertas kerja. dan blablabla ni makin penat bila sem ni budak sains kena ambil paper fizik dan kimia. semua tu perlu dilakukan kurang dalam masa 5 bulan lepas tolak cuti penggal cuti raya cina cuti keputeraan Sultan Kedah cuti hari pekerja study week blablabla!

kimia!

guess how much i scared of chemistry?

kimia sem ni asyik cakap pasal thermo. thermochemistry. thermo.. nuclear. dahla belajar dalam BM. ishk ishk ishk. makin serabut aku dengan istilah dia. 'nuclei bersepai.. bersepai...bersepai...' lama-lama otak aku yang bersepai! tadi keluar dari makmal kimia, aku rasa aku jalan terhuyung-hayang sebab perkataan nuclei bersepai terngiang-ngiang di telinga aku. bersepai. tidak! nanti aku mimpi ngeri.

doakan aku untuk final 2 minggu lagi. aku ada 5 paper sem ni. cuak. mungkin aku akan kurangkan aktiviti berblogging aku. paper kimia tu paper kedua. 16 mei aka Hari Guru. pewwww

Down Memory Lane; SMSAH

assalamualaikum

saat mata masih belum mahu pejam, aku bukak page Alumni SMSAH di facebook. terkilas rasa kehilangan dalam hati. walau aku taktau kehilangan apa, aku tau aku rindu.

setiap gambar yang aku tengok mengingatkan aku pada sesuatu, atau seseorang, atau satu peristiwa. satu demi satu muncul kembali. macam tayangan powerpoint dalam lecture. tak sempat aku nak salin, muncul slide baru. hebat betul kenangan tu. muncul macam slide.

aku bekas pelajar SMSAH 0307. batch yang ke-40 dalam sekolah. batch yang kami gelar Revolution Generation sebab tahun kami adalah tahun pertama PPSMI diperkenalkan. batch tikus putih kata orang. tapi dalam 5 tahun di SMSAH aka Jenan, aku rasa batch aku jugak yang terakhir menjunjung tradisi sekolah macam party haram dan ragging junior! haha


ni namanya Dataran Ilmu. tempat perhimpunan hari Rabu, tempat latihan kebakaran, tempat roll-call dan jugak tempat makan-makan kalau ada grand dinner sekolah. kat tempat parking tu pulak dibuat gerai-gerai pasar malam (masa zaman aku la) setiap jumaat.antara makanan yang dijual ialah nasi lemak dan nasi goreng ciknah, aiskrim cikgu majid berserta ABC dalam mangkuk polisterin, ada makcik yang jual keropok ikan dengan kueteow sup tabur isi ayam dengan kacang goreng hancur (yang menjadi kewajipan aku beli saban minggu). pastu ada pakcik yang jual air dalam tong besar, ada milo dan dan air gas warna biru. gerai yang sentiasa hot sebab dewan makan setakat sedia air suam. haha. oh ya. ciknah (pembantu tadbir sekolah) juga jual burger. ada anak ciknah datang tolong ciknah berniaga. nasi yang ciknah jual pulak berlaukkan sayur campur dengan ayam masak merah. ada juga telur goreng bersos. setakat nak lepas kempunan budak hostel tu memang lepasla!

kat dataran ni jugak kadang-kadang dibuat tayangan. ada geng AVA (betul ke istilah ni? lupa) yang tolong setup layar putih. aku paling ingat, kalau cerita seram, boys dah duduk belakang girls dan depa memang akan bersorak sakan la kalau girls jerit. lepastu, masa kami nak balik hostel (istilah kami: astries) yang terletak nun jauh di belakang, boys sembunyi belakang pokok atau kerusi batu sergah kami. tak kira senior ke junior ke kawa satu batch ke, semuanya sama. tambah-tambah kalau form 4, lagi la menjadi-jadi perangainya!


ni pulak laluan di blok tingkatan 3 dan 5 ke gimnasium sekolah. antara port paling hot untuk tenet/ tintong (istilah yang kami gunakan untuk ganti perkataan dating). kalau balik prep malam tu, ha, laluan ni memang adala yang tengah tintong. haha.aku? tak penah. penah ke? tak penah. rasanya la. haha. memang tak penah la!
 

ni pulak padang bola jaring. tapi tengok gol tu macam dah jadi padang bola baling je sekarang. masa form3, aku ingat lagi, form 4 masa tu, zaman kak Dyana, kak Aina dengan kak Safuraa dan lain-lain, depa organized party rumah sukan aku, rumah Wira (oren) di sini. fuhh. terasa macam candle light dinner sebab depa pasang lilin keliling padang. selain tu, kegunaan padang ni jugak adalah untuk tempat malam seni bela diri. hai Amar! hang penah silat sini kan? haha. masa malam tu, SMSAH ni macam pesta dengan segala pengamal seni bela diri. sejak peristiwa tu, aku rasa macam nak cari orang yang pandai silat. tapi bukan sebab Amar la. haha. joking!


ni laluan di hadapan blok form 1,2 dan 4. ada kiosk untuk geng Tunas berniaga. aku pun pernah berniaga. masa Bulan Bahasa. sini kira hot spot jugakla, tambah-tambah waktu petang dan malam. sebelah dia tu koop sekolah. aku paling suka Cloud9. kadang-kadang aku beli sampai 10 biji, simpan bawah laci meja. esoknya pegi check, dah hilang. aiyya.
 

 ni makmal Kimia dan hujung tu makmal Fizik. aku lagi suka Fizik sebab aku suka Mr. Lim Eng Hua. kimia pun best jugak sebab ada Cikgu Aine Hayati. cikgu Aine suka ketuk whiteboard untuk dapatkan attention kami. kalau ada yang tak faham dan bertanya, selalunya cikgu akan pause kejap, pastu jawapan dia, 'Kamu kena hafal la!' hehe. untuk Fizik pulak, Mr. Lim ni sangat tegas. aku pernah kena ketuk dengan pembaris kayu semata-mata sebab aku guna pembaris plastik warna pink untuk buat graf. apa dosa aku?? Mr. Lim cakap, 'Pembaris dahla warna pink, ada pelangi pulak tu. langsunggg tak sesuai untuk Fizik!' aku tak nampak pun kaitan warna pembaris dengan graf. haha. dan paling penting, sapa fail, kena rotan masa ambil paper exam. kelas aku 19 orang, 17 orang wajib kena rotan. termasuk aku. haha


kafe sekolah. aku jarangla ke kafe sebab aku pelanggan setia dewan makan. tapi masa aku form 5, kafe mula jual burger masa rehat. tak ada banyak sangat kenangan di kafe. 


ni laluan wajib untuk ke masjid sekolah. sekolah kami ada masjid yang akan dibuka setiap Jumaat bagi kaum lelaki berdekatan menunaikan solat Jumaat. masa lalu sini (girls secretly gelar tempat ni sebagai zoo SMSAH), pekakkan telinga dengr jeritan boy yang turun-turun lagi untuk maghrib. haha
 

nilah masjid yang aku cakap. masjid Muadzam. selekoh ni pulak mengingatkan aku pada waktu petang di mana aku berlari-lari dengan Nada, Mirah, As, Asiah, Shiela dan Izy. sambil berlari sambil bersembang. oh ya, kami wajib berjemaah maghrib dan sambung isyak kalau hari Khamis. rindu pulak rasanya pada alunan suara yang berzikir menjelang maghrib. hehe. kadang-kadang tu, pakat sanggup mengintai di balik tirai, nak tengok sapa yang conduct zikir hari tu. haha


ah, ini memang nostalgia! bilik Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan. aku kat sekolah tak ambil sains tulen, aku ambil sains kejuruteraan. masa nak mula kelas LK, pakat terjenguk-jenguk kat belakang blok, mengintai kereta naza Cikgu Sharifah Azlina ada ke tak. haha. kalau ada, mula la dengar bunyi 'ahhh'. kalau tak ada, pakat menjerit balik kelas. tapi cikgu ni best. dan comel. dan aku dengan kurang baiknya bersama Remyzah ponteng kelas, lari ke blok bio, sembunyi dan makan biskut. As tolong cover apa pun aku tak tau. teruknya aku. teruk teruk teruk. malu nak mengaku. haha

 

dewan sekolah ni menyimpan sejuta kenangan. haha. *sedang ketawa*. mengingatkan aku pada sesuatu kejadian dan manusia. takpa. abaikan. dewan ni jugak tempat aku berlatih jadi emcee. dan tempat kami adakan bengkel pada hujung minggu. alamak, nostalgia. aku harap dewan ni takkan diruntuhkan sebab nilai dia terlalu tinggi. sentimental. 

 hampa ada? kenangan macam aku ni hampa ada? ahaha. semua kita sayang sekolah kita kan? aku bangga aku budak Jenan.

May 1, 2012

Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Praktikum

assalamualaikum

sejak habis praktikum, aku memang nak tulis benda ni. tapi asyik tertangguh. sebab aku rasa, penting untuk aku tulis benda ni. sebabnya aku takmau ada lagi yang terkapai-kapai tak tau apa macam aku haritu. dan aku harap, penulisan kali ni memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan. khas untuk pelatih guru yang akan keluar berpraktikum, walaupun kita mungkin berbeza jurusan, benda ni benda asas. semua kena buat benda ni.

1. tentang buku rancangan mengajar

pertama sekali tentu kena balut. dan di luar tu seelok-eloknya ditampal lencana IPG atau lencana sekolah. lepastu kena ada maklumat diri; nama, nombor kad pengenalan, tempoh atau tarikh praktikum, praktikum fasa ke berapa dan nama sekolah. susunan ikut suka. tapi benda ni kena ada.

kedua, lengkapkan jadual kelas yang kita dapat. untuk fasa pertama, kita akan dapat 8-12 waktu. aku dapat 9 waktu haritu. tulis jadual tu dalam ruangan yang disediakan. dan jangan lupa lengkapkan profil diri kat ruangan biodata yang disediakan. ikut suka la nak tampal apa pun. aku ni suka menampal. segala macam bunga aku gunting dan tampal. paling penting, lengkapkan apa yang perlu dilengkapkan. kat belakang buku pulak ada ruangan bahan bacaan yang kita rujuk untuk mengajar. kena tulis judul buku dan penerbit. lepastu ada lagi ruangan kena tulis nama murid dalam kelas yang kita ajar. selalunya 2 kelas je tapi hari tu aku dapat 4 kelas. setiap kelas pulak dalam 42 orang. lenguh tangan ooii sebab pensyarah aku tak bagi tampal nama yang bertaip. dalam list nama ni, kita boleh tandakan sekiranya murid-murid ada hantar buku latihan dan sebagainya. tak semestinya tulis markah peperiksaan. ingat ya!

ketiga, untuk memulakan penulisan sebelum bermulanya pengajaran, depan sekali boleh letakkan misi dan visi sekolah. tapi ini yang paling penting; masukkan huraian sukatan pelajaran! memang tebal jadi kita kena buat poketla untuk isi. print saiz A5. ok. contohnya aku mengajar sains tahun 4 dan 5. maknanya aku ada 3 sukatan pelajaran; huraian sains sekolah rendah, sukatan tahun 4 dan juga sukatan tahun 5. lepastu, kena buat rancangan pelajaran sepanjang kita di situ. ini jugak dipanggil skema rancangan penggal. tapi untuk fasa pertama, kita kan duduk sebulan je, buatla untuk sebulan. ringkas je. kena ada isi pelajaran dan kaedah pengajaran yang akan kita gunakan. tapi stress jugakla nak buat ni. haha

selalunya minggu pertama ni kita tak mengajar. penting untuk kita tahu ya, kalau tak ada kelas hari tu, kena tulis refleksi harian. cerita la mengarut-mengarut apa pun. tapi kena tulis la. buatla rajin sikit orang bayar elaun praktikum RM10 sehari oii! lepastu kalau mengajar, kena la tulis rancangan pengajaran harian. jangan skip walau sehari pun sebab nanti tak terkejar! ingat mudah ke nak merancang pengajaran? aku pernah tertinggal sehari, seksa rasanya nak tulis balik.

rancangan pengajaran harian ni umpama lesen mengajar. tanpa rancangan ini, seseorang guru boleh dikenakan tindakan tatatertib. sungguh. tak tipu

dan akhir sekali, kena tulis jurnal mingguan. kena cari sebarang masalah. walau tak ada masalah, buat-buatla masalah sebab memang kena tulis!

2. tentang portfolio
pertamanya, perlu ada cover macam buku rancangan tadi jugak. sebaik-baiknya cover yang sama dan pembalut yang sama.

keduanya, masukkan segala data yang diperlukan. apa saja yang hampa buat kat sekolah tu, rekodkan. simpan juga lembaran kerja yang hampa bagi kat murid. nanti semua tu masukkan dalam portfolio. aku tak reti nak cakap banyak sebab apa yang kena ada dalam portfolio ni ada listnya. ok?

3. tentang manner
pertama, bertegur sapalah dengan cikgu senior. jangan malu atau ego nak mintak tolong. depa ni banyak pengalaman. banyak tips yang boleh kita dapat untuk memantapkan pengajaran. lagi satu, sebaik saja dapat kelas, pergila jumpa guru yang mengajar kelas tu. dapatkan gambaran kelas tu macam mana supaya kita dapat kenal murid dan dapat rancangan pnp ikut kemampuan dan gaya belajar murid.

masa pensyarah nak mai observe tu, ajarla murid agar greet pensyarah kita. sediakan air mineral untuk pensyarah atau guru yang observe kita. bukan rasuah, tapi wehh, memang sepatutnya ada la! lagipun depa ni pembimbing kita.kena la hormat dan hargai

praktikum fasa pertama memangla serabut sikit. sebab kali pertama katanya. masuk fasa kedua rasanya stabil sikit kot. goodluck cikgu-cikgu sekalian!

Kisah Aku, Kembar Aku dan May

assalamualaikum

hello May! aku suka betul bulan Mei ni. tapi tadi aku dapat perkhabaran buruk dari abah. abah cakap, pokok kelapa (nyok) yang ditanam pada tanggal hari kelahiran aku dah ditebang. sebelum ni memang ada ura-ura nak tebang pokok tu sebab buah dia selalu timpa kereta, sebab letaknya di laluan masuk rumah. tapi masa tu, tak ada siapa pun berani tebang sebab 'kembar' dia ada kat rumah. tapi sekarang tinggal kenangan.

sedih.

kesian dia. tak dapat nak sambut birthday genap 22 tahun sama dengan aku. eh dah 22???

ikut tradisi, uri kami akan ditanam bersama-sama pokok buah-buahan dan family aku pilih untuk tanam pokok kelapa. maknanya kami 6 beradik semuanya ada pokok sendiri. pastu mak dengan seronoknya menganalogikan kami dengan pokok tu. kononnya pokok tu mewakili sifat kami. macam aku dengan pokok aku. pokok aku ni tak berapa nak tinggi, tapi buahnya memang lebat. sabut pulak tebal sungguh. sekali nak kupas memang berpeluh. mak cakap, tu tandanya aku kuat semangat. lepastu, pelepah pokok aku ni, walau kering macam mana pun, dia takkan gugur. kena ada orang tarik baru gugur. tu pun tetap liat nak gugur. abah kata, tu tandanya kuat pendirian tapi degil. hari tu, masa nak kenduri abang aku kawen, abah terpaksa tarik pelepah pokok aku yang kering tapi tak gugur tu. ada 36 semuanya! abah kata lagi, umur 36 barula kurang kedegilan aku. haha. 


abah sampai terpaksa pinjam tangga bomba. haha. 



dan abah sengaja susun semua pelepah elok-elok sebab nak kira. oh ya. yang pegang batang penyapu tu bukan aku ya. tu kakak aku. aku hanya memerhati dari depan rumah, sayu.

apa pun, aku takla seronok juga tiapkali tibanya bulan Mei sebab aku tak pernah sempat sambut birthday aku secara aman. dari darjah 1 sampai tingkatan 5, birthday aku mesti masa peperiksaan penggal pertama. sekarang, birthday aku mesti masa final exam. dapat kredit percuma pun tak dapat gayut lama-lama. sebab kena buat-buat rajin ulangkaji.

tahun ni, dapat hadiah awal dari amir. alhamdulillah, terima kasih atas hadiah ini dan aku akan menfaatkan sebaik mungkin


tafsir al-Quran dari Angkatan Tentera Malaysia tuhh! nama pun ustaz tentera. 
 

ini paling aku suka. bila tengok nama aku dia tulis dalam tulisan khat.

may may may. may my dream come true!