Friendly Friends

April 17, 2012

Review: Pelembab Muka Organic Aid



assalamualaikum! hehe

bunyi macam eksaited padahal tidakla sangat. loads of works awaiting. tapi nak isi masa lapang sebelum mata terlena ni dengan bagi review sikit pasal produk Organic Aid ni



aku sebenarnya tak pernah guna pelembab muka. tak pernah walau apa jua jenamanya. rutin harian penjagaan muka aku sangat mudah, mencuci, menampal ubat jerawat sekiranya jerawat muncul dan jugak kalau rajin, aku pakai bedak. bedak pun bedak ni je. tak pakai bedak compact sangat dah. tu pun kalau aku rajin la. kalau tak, tak berbedak la aku bila keluar


*bedak ni bertekstur halus. walaupun nampak biasa-biasa dan murah, tapi rasa muka kurang berminyak. aku? mestilah warna pink**ya ya. ni memang gambar losyen tapi bedak dia macam ni la lebih kurang*


lepastu, aku sebenarnya nak tukar pencuci muka. aku pegi la watson. jumpa Organic Aid ni tengah buat promosi starter pack yang mengandungi pencuci muka dan juga krim pelembab. harga dia RM30 kalau tak salah aku. aku pun ambil la. mula-mula pakai pencuci muka dia, tak puas jugakla rasanya sebab tak berapa berbuih. bila tak berbuih, aku mula la picit banyak. tapi rasa tak best. muka rasa kesat. lepas 3 hari guna, jerawat naik sebijik, besar sangat. sangat. dahla aku tengah praktikum. tak best rasanya berdepan dengan murid.

tapi guna pelembab dia best. tambah-tambah bila kita tidur dalam aircond. sangat best. tapi kalau tidur bawah kipas atau tak ada kipas, raa muka macam melekit. dia sebenarnya macam meresap dalam kulit tapi resapan tu tak cukup kot. tapi yang bestnya, bangun tidur je, muka rasa 'naik' macam baru lepas inject serbuk penaik! maknanya kalau nak pakai tu, malam jela kena bertahan. tapi rasanya okay je kalau tak apply banyak sangat kat muka.

oh ya. jerawat saiz XXL tu baru je hilang dalam masa seminggu ni. lama jugakla. apa pun, aku recommend pelembab ni untuk kulit yang kering. kalau berminyak tu macam kureng sikitla sebab macam akan menambah minyak pada waktu malam. overall, aku bg 3 bintang kat pelembab ni. 

# Hasil adalah berbeza mengikut jenis kulit

No comments: