Friendly Friends

April 4, 2012

Mendidik itu Ibadah

assalamualaikum

aku tengah praktikum. mengajar Sains sekolah rendah. antara subjek bukan feveret budak sebab subject content. tapi syukur Alhamdulillah aku dapat murid-murid yang bijak dan aktif, so aku kena lebih kreatif la mengajar budak bijak. buatnya ditanya soalan macam-macam, tak ke naya aku dibuatnya.

jadi guru Sains sekolah rendah bukannya mudah. kita ni, nak ajar anak orang faham sesuatu konsep memang perlukan ketelitian sebab dalam sains, kita ada satu istilah, 'misconception'. contoh misconception adalah murid percaya apabila kita bergerak, bulan di langit ikut kita bergerak sedangkan kita yang bergerak. murid percaya bahawa pokok pisang membiak melalui keratan batang, bukannya anak pokok sedangkan kita kena fahamkan murid bahawa ada perbezaan antara pertumbuhan dan pembiakan. murid juga percaya bahawa bintang tu bentuknya bersegi dan ada 5 bucu macam selalu kita lukis sedangkan bintang berbentuk hampir sfera. macam mana kita nak terangkan kat budak? kat sini, aku tekankan kepentingan benda maujud, video dan simulasi.

siang tadi, aku kena mengajar topik pembiakan tumbuhan. ada 6 cara semuanya iaitu keratan batang, batang bawah tanah, daun, spora,biji benih dan anak pokok. aku beli la carrot, bawang kentang halia yang dah bertunas, aku pegi patahkan tebu apek kedai alat tulis (dengan izin), aku patahkan pokok bunga kertas tepi jalan, aku menilau tengah malam cari batang kayu berlumut, aku menilau cari pokok setawar (malangnya tak jumpa, sangat rare).. macam-macam! oh ya. aku cabut anak pokok pisang kat taman sains. hihi. sori. saya hanya mahu yang terbaik untuk anak murid saya. tudia gigihnya nak jadi cikgu sains. dan semua penat tu terbayar bila aku tunjuk kat murid, depa tak percaya aku bawak anak pokok pisang masuk kelas. haha. ini menjadikan depa bersemangat dan maki teruja nak belajar. secara tak langsung, cikgu pun seronok nak mengajar.

aku makin jatuh cinta dengan tugas ni walaupun sedikit penat. biasala baru belajar nak mengajar. tapi, aku betul-betul jatuh cinta.



apa yang lebih menyeronokkan seorang guru selain dari murid cakap dia faham pengajaran guru ni?

aku jatuh cinta. semoga aku berjaya mendidik insan-insan ini mengenal ALLAH, mendalami ilmunya serta mengamalkan ilmu-ilmu ini, insyaALLAH. readers, i need your doa also.

No comments: