Friendly Friends

April 8, 2012

Bukan Rezeki Namanya



assalamualaikum

hari ni aku tersengguk-sengguk dalam bilik guru. semuanya salah Amir sebab mesej dengan dia sampai awal pagi. salah Amir. haha. malu rasanya tertidur sambil duduk. tak pernah-pernah aku tertidur kat bilik guru. tapi pelik jugak. sebelum ni kadang-kadang tak tidur semalaman, okay je pun. salahkan Amir lagi.

hari ni ada orang ajak aku makan nasi kandar. katanya aku pakar nasi kandar. haha. tapi aku betul-betul mintak maaf sebab tak dapat penuh permintaan tu sebab paham-paham jelah kan, musim praktikum. minggu akhir pulak tu. 

tapi nak dijadikan cerita, petang tadi aku dengan Rapeah keluar cari makan. cadangnya nak makan nasi lemak sebab aku kempunan sangat dah nak makan sambal sotong kering. seberang la jalan ke Nasi Lemak Royale. selama duduk Jitra, sekali pun aku tak pernah jejak kaki kat sini padahal bukannya jauh pun. cuma kena seberang jalan je. beria nak makan nasi lemak punya pasal, tak kisahla.

rupanya nasi lemak royale ni nasi je lemak, lauknya lauk kandar! terus aku teringat insan berdua yang ajak aku dating malam ni. alamak Uya dengan Kak Long, teringat betul kat hampa dua! kalaula aku tau, ishk, aku takkan pergi situ punya. rasa bersalah betul. nak mesej pun serba tak kena. aku nak cakap apa? aishhh. hampa yang teringin, aku yang dapat

so, my recommendation is, kalau nak makan nasi kandar, ada 5 tempat yang famous area Jitra. 1, Nasmir dekat pekan Jitra. lepastu, ada restoran Zam-zam, lepas sikit dari Petronas Jitra. pastu kat roundabout cendol pulut tu, nama restoran tu, aaaa... nama dia, Restu Zaas (bak kata Azuan). lepastu ada lagi Yasmin dekat area KFC Bandar Darulaman ni dan latest, aku discover Nasi Lemak Royale. tryla

kalau aku makan nasi kandar, aku suka ambil ayam masak laila. takpun tengok ayam yang masak merah tu. ala, tak pedas pun. manis je. sedap sangat! ayam ni, rasa yang terbaik adalah ayam laila Nasmir. aku bagi 7/10 bintang! lauk dia pun besar. kalau setakat ayam laila + nasi putih separuh, bajet dalam RM5 gitu la. mungkin kurang. kuah jangan lupa campur. tapi pesan kat dia, jangan banjir sangat. kalau ikut taste aku, macamtu la. sebab kalau banjir sangat, takut tak tertelan.

lepastu, cuba try sambal sotong depa. takpun gulai sotong. sedappp. lepastu ambik telur sotong masak lemak kering. ni Amir ajar aku makan. 3 lauk ni, kalau kat Nasmir, dalam RM9 rasanya. takat makan 1 semester sekali tu okayla. kalau sebulan sekali, kopak jugakla. 

makan nasi kandar, nak heaven, jangan expect akan dapat murah. paling koman setakat lauk sejenis pun dh RM5. tapi kalau rasa tak habis, aku nasihatkan ambil nasi separuh je sebab nasi kandar ni memang lauk dia saiz XL.

oh ya. ni untuk tatapan sesiapa yang berminat nak beli. aku nak clearkan stok. bawal plain RM9, bawal tone RM12. lepastu, ada sehelai je tinggal bawal roses. murah je. RM35. orang lain, paling murah pun RM39. 



ni bawal plain.ada ungu tua, koko tua, kuning jagung, gold, pink terang. yang kuning paling terang sebelah ungu tu dh ada orang beli. ha, yg antara pink dengan kuning terang tu, yang warna kuning2 koko tu bawal roses. dia bawal tone, gabungan koko dan kuning pastu kat keliling dia ada lapisan bunga ros. sangat cute!


ni close up bawal roses. lawa sangat. thanks to Baby Modelling Agency

ni pulak bawak 2 tone. yang oren dah dibeli. tinggal 3 warna ni je. hijau dua tu macam serupa tapi hakikatnya tidak. personally aku suka hijau sebelah kiri gambar sebab dia macam hijau universal sikit. yang sebelah kanan ni terang sikit. tapi dua2 aku suka sebab dia rare. hijau lain dah biasa sangat dah.

pilih2! kalau 2 helai ke atas aku bagi discount. sebab betul2 nak clearkan stock.

1 comment:

hunnyhanani said...

qirah,x nk try jual tudung akel ke?klo in case qirah nk jual,mcm nk beli :)