Friendly Friends

April 15, 2012

BI lintang pukang, ada hati update status dalam BI. huh!

assalamualaikum

hari tu jadi isu pasal bahasa Inggeris kat facebook. bukan isu MBMMBI pun. isu PPSMI lagi la bukan. isu ni tecetus antara budak2 SMSAH ja. tak ada la besar sangat. cuma aku rasa benda ni menarik betul.

macam ni la senang cerita. perasan tak, ada orang yang suka speaking berbanding cakap dalam bahasa Melayu? aku pun kadang-kadang, terutama bila bab nak luah perasaan ni. sebab rasa dalam bi ni macam lebih tertutup sifatnya. maksud aku macam ni la, kalau dalam bm, kalau kita nak marah-marah, perkataan tu keluar macam-macam. ada pulak ambil kesempatan guna bahasa negeri masing-masing lepastu mula la kita berfikir, ganasnya bahasa dia... tapi dalam bi, kalau kita guna grammar yang betul, benda tu jadi sopan kalau kita translate. contohnya, bila nak tegur orang yang selalu menyakitkan hati:

bm: hang ni awat suka cari pasai sangat ha? tak puas hati apa dengan aku? *blablabla*
bi:  am i making any mistake? if it isn't, why do you love to quarrel with me?

sebenarnya bahasa apa pun tak kisah. asalkan toksah la beria sangat nak marah-marah. dalam bi pun ada je bahasa tak sopan macam dot dot dot. pokok pangkalnya terletak pada diri kita.

tapi kan, asal ada orang speaking je, orang tu dianggap menunjuk-nunjuk. rilek la. bi tu kan satu bahasa jugak. semua kita kat Malaysia ni belajar. tapi kalau tiba-tiba nak cakap French tu memang nak kena la. macam nak show off je? hehe. bagi aku, tak ada yang salahnya speaking. aku pun suka kalau orang speaking dengan aku. bila lagi nak komunikasi dalam bi kan? yang salah kita saling menegur. tak salah menambah ilmu. ni tidak, asal speaking je, kata nak tunjuk hebat.

oh ya, tau apa yang menjadi isu tu?

macam ni. ada orang junior sekolah aku yang tengah study kat oversea update status dia, dia cakap lebih kurang macam ni la; 'lawak betul. tulis status panjang-panjang dalam bi tapi grammar lintang pukang.' ramai yang protes status dia, termasuk aku. aku rasa macam, hey whatt? apa salahnya ada orang nak cuba speaking? janganla gelakkan orang. kalau rasa nak tegur, tegurla. betulkan spelling dia. betulkan pronunciation dia. betulkan grammar dan tenses dia. kalau rasa diri tu lebih, janganla meninggi diri. aku pun sentap jugakla. cepat-cepat check status aku, ada salah grammar ke tak. aku bukannya terer bi pun. sebab tu sentap. haha

jangan tau. jangan gelakkan orang.. lagi satu, kenapa bi jadi isu? kenapa kalau kita tulis dalam bm tapi ayat salah, tak gramatis, macam-macam salah tapi tak jadi isu sedangkan kita harus memartabatkan bahasa sendiri. ishk. apa la. tak baik tau.

jangan guna kelebihan yang kita ada untuk gelakkan orang. sekali lagi aku cakap, tak baik tau!

1 comment:

Tasha said...

kutuk dlm hati dah la,tp tak bek tau..ske hati org tu ler..huhu