Friendly Friends

April 5, 2012

Baru Dapat Baucer Buku, The Last Song

assalamualaikum

kami, cikgu cikgu ni baru je dapat baucer buku. Alhamdulillah. walau kena habiskan dalam masa sebulan, takde hal la. banyak barang nak kena beli, terutamanya alat tulis. semalam saja aku dah habiskan rm50 untuk alat tulis. cover siap-siap untuk praktikum seterusnya. macam sekarang, kebanyakan sekolah dah guna papan putih, so aku beli whiteboard marker 2,3 batang. pastu aku beli 2 kotak pensel kayu, bekalan untuk adik aku kat rumah yang suka makan pensel. 5biji pemadam untuk bekalan adik aku juga yang suka makan pemadam jugak. pastu aku beli gam saiz XL, aku beli kertas putih 1 rim, pen berwarni-warni, highlighter berwarna-warna dan tup-tup, total rm51.90. Alhamdulillah. ringan beban sebab kena bayar rm1.90 je.

terima kasih atas pemberian baucer buku ni. saya mewakili siswa siswi dari seluruh IPG ni sangat-sangat menghargai dan bergembira atas pemberian ni. tambah-tambah untuk kami yang tengah berpraktikum, banyak sangat benda nak guna untuk buat bahan bantu mengajar.

tapi apa-apa pun, aku nak spend sikit untuk beli 1 novel karya Nicholas Sparks ni. tajuk The Last Song. ebelum ni aku ada join contest untuk dapatkan buku ni tapi tak berjaya. frust sangat-sangat. sebab aku berminat sangat nak baca. sebelum ni kebanyakan novel yang aku baca ni karya perempuan, dan yang paling aku minat mestila Cecelia Ahern. keduanya Danielle Steel. tu jela yang aku minat. tapi bila aku baca sinopsis dia, rasa macam best jee? lagipun nak baca novel karya dari sudut pandangan lelaki pulak. tengok dia berjaya touch aku dengan writings dia tak.

aku kena cari jugak2! 

oh by the way, baru ku tahu setelah meng-google, Nicholas Sparks ni rupanya author A Walk to Remember. sapa ingat cerita ni? cerita yang sangat sedih. dan bila ingatkan benda ni, aku makin nak cari The Last Song!

Popular dan MPH bookstores, wait for me!

1 comment:

Anonymous said...

kedai buku mana u beli?