Friendly Friends

April 30, 2012

Emcee. Master of Ceremony

assalamualaikum

alamak busy jugak ye aku ni. haha. busy bergambar. hari Khamis lepas ada Kejohanan Olahraga di IPG aku dan batch aku jadi penganjurnya. dan aku masih lagi menyumbang suara, jadi emcee. tapi tau tak apa yang paling best jadi emcee kali ni? kami wujudkan ruangan dedikasi ucapan dan lagu masa tak ada acara berlangsung. at last, tercapai jugak impian aku nak jadi deejay!

here goes the photos. 


kawan-kawan 1 batch
 

and again
 

and again..
 

kali ni teruk jugakla jadi emcee sebab suara serak. sehari sebelum tu jadi emcee untuk bengkel apa tah. kan best kalau emcee ni pekerjaan sampingan aku. haha
 

untuk sesiapa yang perlukan teks pengacaraan, aku ada teks Hari Anugerah Cemerlang (teks beristiadat sebab Sultan Abdul Halim mencemar duli), aku ada teks persaraan, teks ceramah, teks hari sukan, teks perhimpunan dan beberapa teks lagi. namakan dan aku akan bagitau kalau aku ada. mana la tau kot-kot hampa nak guna kan! :)

Bunga Telur Handmade

assalamualaikum

i love arts and wedding as well! i really do. here goes my handmade flower, made from paper, which i wanna turn them into bunga telur later. 




i bought the Cinderella's carriage at wedding-thingy-shop. too cheap for the beautiful design. ahh. cant wait to set the wedding date. haha. just joking

April 25, 2012

Konpius

assalamualaikum

sekarang sibuk dengan kejohanan olahraga. konon sibuk sangat la. tapi memang sibuk sampaikan aku tak pernah lunch langsung dah. melainkan ada majlis atau ada orang belanja. sebab sendiri punya treat, tarak. badan letih mau tidur. makan-makan tolak tepi. pastu bila malam, mula la melahap semacam. tengok benda tu teringin, tengok benda ni teringin. macam baru berlalu seminit lepas,  aku baru je makan bihun sup yang aku beli semalam. sayang nak buang wei! sebelum ni aku makan sotong bakar, sate, zinger burger kfc, yong taufu, segala macam lagi makanan yang aku makan lewat. perut cepat kenyang sekarang. lagipun penatla! aku pun dah biul semacam je ni. basi tak basi tolak tepi. haha

kepada yang anjur GA atau contest, termasuklah Ana dan Amirah Samat, aku tak sempat lagi nak join. maaf sangat-sangat.  dan kali ni aku keringkan hati tak join debate. kat terengganu. penginapan ditanggung sepenuhnya. resort kat tepi pantai dan makan 3 kali sehari di resort adalah satu peluang yang tak sewajarnya dilepaskan. tapi bergelar pelajar sem5 Sains IPG, tu bukan pilihan yang tepat. sem5 adalah sem yang paling tough. untuk budak Sains pulak, sepanjang 4 tahun degree, inilah killest semester! Kimia dia tu sampai ada satu tahap aku rasa macam otak aku ringan sangat. tak mampu nak dengar lecture dah. segala thermo nuclear tu semuanya sem ni. toksah cerita. nak muntah. tapi kena ambil pengajaran sebab senior ramai fail sem ni sebab Kimia.

eeii  mengantuknya, 

esok ada kejohanan. aku jadi emcee. kemarin pun jadi emcee untuk bengkel pekeliling ikhtisas. suara aku dah mula serak. habisla. rosakla majlis.

bosan sebenarnya. malas nak bersiap pegi padang. macam awal je lagi tapi tak jugak.

hmm.

bye

April 17, 2012

Review: Pelembab Muka Organic Aid



assalamualaikum! hehe

bunyi macam eksaited padahal tidakla sangat. loads of works awaiting. tapi nak isi masa lapang sebelum mata terlena ni dengan bagi review sikit pasal produk Organic Aid ni



aku sebenarnya tak pernah guna pelembab muka. tak pernah walau apa jua jenamanya. rutin harian penjagaan muka aku sangat mudah, mencuci, menampal ubat jerawat sekiranya jerawat muncul dan jugak kalau rajin, aku pakai bedak. bedak pun bedak ni je. tak pakai bedak compact sangat dah. tu pun kalau aku rajin la. kalau tak, tak berbedak la aku bila keluar


*bedak ni bertekstur halus. walaupun nampak biasa-biasa dan murah, tapi rasa muka kurang berminyak. aku? mestilah warna pink**ya ya. ni memang gambar losyen tapi bedak dia macam ni la lebih kurang*


lepastu, aku sebenarnya nak tukar pencuci muka. aku pegi la watson. jumpa Organic Aid ni tengah buat promosi starter pack yang mengandungi pencuci muka dan juga krim pelembab. harga dia RM30 kalau tak salah aku. aku pun ambil la. mula-mula pakai pencuci muka dia, tak puas jugakla rasanya sebab tak berapa berbuih. bila tak berbuih, aku mula la picit banyak. tapi rasa tak best. muka rasa kesat. lepas 3 hari guna, jerawat naik sebijik, besar sangat. sangat. dahla aku tengah praktikum. tak best rasanya berdepan dengan murid.

tapi guna pelembab dia best. tambah-tambah bila kita tidur dalam aircond. sangat best. tapi kalau tidur bawah kipas atau tak ada kipas, raa muka macam melekit. dia sebenarnya macam meresap dalam kulit tapi resapan tu tak cukup kot. tapi yang bestnya, bangun tidur je, muka rasa 'naik' macam baru lepas inject serbuk penaik! maknanya kalau nak pakai tu, malam jela kena bertahan. tapi rasanya okay je kalau tak apply banyak sangat kat muka.

oh ya. jerawat saiz XXL tu baru je hilang dalam masa seminggu ni. lama jugakla. apa pun, aku recommend pelembab ni untuk kulit yang kering. kalau berminyak tu macam kureng sikitla sebab macam akan menambah minyak pada waktu malam. overall, aku bg 3 bintang kat pelembab ni. 

# Hasil adalah berbeza mengikut jenis kulit

April 15, 2012

BI lintang pukang, ada hati update status dalam BI. huh!

assalamualaikum

hari tu jadi isu pasal bahasa Inggeris kat facebook. bukan isu MBMMBI pun. isu PPSMI lagi la bukan. isu ni tecetus antara budak2 SMSAH ja. tak ada la besar sangat. cuma aku rasa benda ni menarik betul.

macam ni la senang cerita. perasan tak, ada orang yang suka speaking berbanding cakap dalam bahasa Melayu? aku pun kadang-kadang, terutama bila bab nak luah perasaan ni. sebab rasa dalam bi ni macam lebih tertutup sifatnya. maksud aku macam ni la, kalau dalam bm, kalau kita nak marah-marah, perkataan tu keluar macam-macam. ada pulak ambil kesempatan guna bahasa negeri masing-masing lepastu mula la kita berfikir, ganasnya bahasa dia... tapi dalam bi, kalau kita guna grammar yang betul, benda tu jadi sopan kalau kita translate. contohnya, bila nak tegur orang yang selalu menyakitkan hati:

bm: hang ni awat suka cari pasai sangat ha? tak puas hati apa dengan aku? *blablabla*
bi:  am i making any mistake? if it isn't, why do you love to quarrel with me?

sebenarnya bahasa apa pun tak kisah. asalkan toksah la beria sangat nak marah-marah. dalam bi pun ada je bahasa tak sopan macam dot dot dot. pokok pangkalnya terletak pada diri kita.

tapi kan, asal ada orang speaking je, orang tu dianggap menunjuk-nunjuk. rilek la. bi tu kan satu bahasa jugak. semua kita kat Malaysia ni belajar. tapi kalau tiba-tiba nak cakap French tu memang nak kena la. macam nak show off je? hehe. bagi aku, tak ada yang salahnya speaking. aku pun suka kalau orang speaking dengan aku. bila lagi nak komunikasi dalam bi kan? yang salah kita saling menegur. tak salah menambah ilmu. ni tidak, asal speaking je, kata nak tunjuk hebat.

oh ya, tau apa yang menjadi isu tu?

macam ni. ada orang junior sekolah aku yang tengah study kat oversea update status dia, dia cakap lebih kurang macam ni la; 'lawak betul. tulis status panjang-panjang dalam bi tapi grammar lintang pukang.' ramai yang protes status dia, termasuk aku. aku rasa macam, hey whatt? apa salahnya ada orang nak cuba speaking? janganla gelakkan orang. kalau rasa nak tegur, tegurla. betulkan spelling dia. betulkan pronunciation dia. betulkan grammar dan tenses dia. kalau rasa diri tu lebih, janganla meninggi diri. aku pun sentap jugakla. cepat-cepat check status aku, ada salah grammar ke tak. aku bukannya terer bi pun. sebab tu sentap. haha

jangan tau. jangan gelakkan orang.. lagi satu, kenapa bi jadi isu? kenapa kalau kita tulis dalam bm tapi ayat salah, tak gramatis, macam-macam salah tapi tak jadi isu sedangkan kita harus memartabatkan bahasa sendiri. ishk. apa la. tak baik tau.

jangan guna kelebihan yang kita ada untuk gelakkan orang. sekali lagi aku cakap, tak baik tau!

April 11, 2012

jokes

assalamualaikum

as i told you, i just got my BB1M. mom requested a book about people's experiences in Holy Land. Macca. and i'm gonna buy a book for abah also. maybe a book with a prayers inside. me? i wanna buy english novels. and books on art as well. maybe culinary arts or sewing. will see. cant wait to ambush the bookstores. waiting for Amir as we had promised to buy books together.

ahh. what an update!

Geramji

assalamualaikum

kadang-kadang, tak cukup perkataan yang kita kena gunakan untuk jelaskan sesuatu pada seseorang. tapi kita tetap akan geram dengan cara dia mentafsir dan membuat kesimpulan kan. gunakan sebarang perkataan yang terbaik dari bahasa apa pun, kalau orang takmau faham dan takmau mengalah, tak ada maknanya kita terus explain.

tapi tolonglah. jangan suka buat konsep dan kesimpulan sendiri

kadang-kadang kita niat nak tolong orang, tapi end up dengan kita sakit hati sendiri

oh tarik nafas...lepas...tarik...lepas....

dah. senyum! bukan kali pertama jadi macam ni :)

April 10, 2012

Must!

assalamualaikum
i hate it when people say, this is a must! must! must! must!
you must do it!
you must come!
you must buy!
you must join!

is it an obligation stated in the current law? obviously i'm not talking about syariat or religion, i'm just talking about power.

nightmare.

must! must!
 

April 9, 2012

Kalutan

assalamualaikum
khamis la habis la praktikum
lepastu sambung dengan latihan debate
lepastu sambung dengan kejohanan olahraga
jadi naib pengerusi j/k teknikal dan siaraya
lepastu kena handle program benchmarking
jadi ketua ajk makanan
lepastu kena handle lawatan ke uum
jadi ketua ajk cenderamata
lepastu kena submit esaimen fizik
lepastu kena study
lepas exam
sambut birthday pun dalam exam
last-last,
habisla sem ni
masuk sem 6
lepastu sem 7
lepastu sem 8
lepastu terus mengajar
jadi cikgu

hujung bulan ni kalau tak clash dengan debate ke Terengganu, ada plan untuk family vacation ke Langkawi
island hopping 
macam best
berjalan rata duit tak ada
memang hebat

sekarang tengah coloring
tak suka betul
mengenangkan anak murid, terpaksa bersabar
lagipun ni 2 kelas yang terakhir
lepastu goodbye praktikum fasa pertama
sabar ye cikgu

April 8, 2012

Bukan Rezeki Namanya



assalamualaikum

hari ni aku tersengguk-sengguk dalam bilik guru. semuanya salah Amir sebab mesej dengan dia sampai awal pagi. salah Amir. haha. malu rasanya tertidur sambil duduk. tak pernah-pernah aku tertidur kat bilik guru. tapi pelik jugak. sebelum ni kadang-kadang tak tidur semalaman, okay je pun. salahkan Amir lagi.

hari ni ada orang ajak aku makan nasi kandar. katanya aku pakar nasi kandar. haha. tapi aku betul-betul mintak maaf sebab tak dapat penuh permintaan tu sebab paham-paham jelah kan, musim praktikum. minggu akhir pulak tu. 

tapi nak dijadikan cerita, petang tadi aku dengan Rapeah keluar cari makan. cadangnya nak makan nasi lemak sebab aku kempunan sangat dah nak makan sambal sotong kering. seberang la jalan ke Nasi Lemak Royale. selama duduk Jitra, sekali pun aku tak pernah jejak kaki kat sini padahal bukannya jauh pun. cuma kena seberang jalan je. beria nak makan nasi lemak punya pasal, tak kisahla.

rupanya nasi lemak royale ni nasi je lemak, lauknya lauk kandar! terus aku teringat insan berdua yang ajak aku dating malam ni. alamak Uya dengan Kak Long, teringat betul kat hampa dua! kalaula aku tau, ishk, aku takkan pergi situ punya. rasa bersalah betul. nak mesej pun serba tak kena. aku nak cakap apa? aishhh. hampa yang teringin, aku yang dapat

so, my recommendation is, kalau nak makan nasi kandar, ada 5 tempat yang famous area Jitra. 1, Nasmir dekat pekan Jitra. lepastu, ada restoran Zam-zam, lepas sikit dari Petronas Jitra. pastu kat roundabout cendol pulut tu, nama restoran tu, aaaa... nama dia, Restu Zaas (bak kata Azuan). lepastu ada lagi Yasmin dekat area KFC Bandar Darulaman ni dan latest, aku discover Nasi Lemak Royale. tryla

kalau aku makan nasi kandar, aku suka ambil ayam masak laila. takpun tengok ayam yang masak merah tu. ala, tak pedas pun. manis je. sedap sangat! ayam ni, rasa yang terbaik adalah ayam laila Nasmir. aku bagi 7/10 bintang! lauk dia pun besar. kalau setakat ayam laila + nasi putih separuh, bajet dalam RM5 gitu la. mungkin kurang. kuah jangan lupa campur. tapi pesan kat dia, jangan banjir sangat. kalau ikut taste aku, macamtu la. sebab kalau banjir sangat, takut tak tertelan.

lepastu, cuba try sambal sotong depa. takpun gulai sotong. sedappp. lepastu ambik telur sotong masak lemak kering. ni Amir ajar aku makan. 3 lauk ni, kalau kat Nasmir, dalam RM9 rasanya. takat makan 1 semester sekali tu okayla. kalau sebulan sekali, kopak jugakla. 

makan nasi kandar, nak heaven, jangan expect akan dapat murah. paling koman setakat lauk sejenis pun dh RM5. tapi kalau rasa tak habis, aku nasihatkan ambil nasi separuh je sebab nasi kandar ni memang lauk dia saiz XL.

oh ya. ni untuk tatapan sesiapa yang berminat nak beli. aku nak clearkan stok. bawal plain RM9, bawal tone RM12. lepastu, ada sehelai je tinggal bawal roses. murah je. RM35. orang lain, paling murah pun RM39. 



ni bawal plain.ada ungu tua, koko tua, kuning jagung, gold, pink terang. yang kuning paling terang sebelah ungu tu dh ada orang beli. ha, yg antara pink dengan kuning terang tu, yang warna kuning2 koko tu bawal roses. dia bawal tone, gabungan koko dan kuning pastu kat keliling dia ada lapisan bunga ros. sangat cute!


ni close up bawal roses. lawa sangat. thanks to Baby Modelling Agency

ni pulak bawak 2 tone. yang oren dah dibeli. tinggal 3 warna ni je. hijau dua tu macam serupa tapi hakikatnya tidak. personally aku suka hijau sebelah kiri gambar sebab dia macam hijau universal sikit. yang sebelah kanan ni terang sikit. tapi dua2 aku suka sebab dia rare. hijau lain dah biasa sangat dah.

pilih2! kalau 2 helai ke atas aku bagi discount. sebab betul2 nak clearkan stock.

..........

assalamualaikum

pukul 12.53 pagi. sangat mengantuk. rancangan mengajar tak buat lagi. bahan bantu mengajar toksah cerita la. habislah aku. nak mengajar apa siang nanti?

7 April 2012. Amir habis training di Pusat Latihan Asas Tentera Darat. tahniah bro. saya bangga dengan bro! apa lagi, belanja la. sebab dah kerja. saya ni masih belajar. kalau saya lapar, tolonglah belanja. dah terbau-bau sate ni. arghh

apa aku nak mengajar esok? topik litar selari dan litar siri. pastu nak ajar murid kenal komponen litar. ha, tu la aku kena ajar. nasib baik sejam je. aku lukis-lukis ajelah kan. esok mesti kena berebut nak masuk makmal. sebagai cikgu praktikum, hey, berani kau takmau mengalah? masuk kelas jela. tapi masuk kelas mana ada barang-barang nak set up litar. maknanya kena whiteboard + marker and talk jela. traditional classroom gitu.

sebenarnya rasa homesick. 

saya rindu mak abah dan adik beradik saya.  saya rindu nak tidur kat katil princess saya. saya rindu nak terbongkang tengok tv lepastu terus tertidur di rumah saya. saya rindu lunch di rumah saya. saya rindu kedai makan di area rumah saya. saya rindu kucing-kucing saya. saya rindu nak bersiar-siar kat kawasan rumah saya. saya rindu Abi. saya rindu Kangar. saya rindu Perlis

tiba-tiba saya nak nangis

abah dan mak, terima kasih sebab topup duit saku. sayang abah mak! lepastu kan, mak dan kakja, terima kasih sebab bagi duit suruh beli makanan ka murid-murid saya. mak siap buat kuih loyang/goyang/ros untuk murid-murid saya seramai 87 orang. mak kata nak buat kenduri

saya homesick

saya rindu

jahat betul dia tak call saya malam ni.

*subhanallah. sebaik saja ayat di atas habis ditulis, sy terus dapat mesej dr abg askar!*

April 5, 2012

Spontaneous Thursday

assalamualaikum


oh. how i wish i were here.
berpicnic sambil dengar radio dan layan novel
pastu malam-malam, hampar tikar, baring tengok langit
seronoknya
ada unggun api..
bbq...
main gitar..
seronoknya..
oh
how i really wish i were here :(

maybe someday
insyaALLAH

Baru Dapat Baucer Buku, The Last Song

assalamualaikum

kami, cikgu cikgu ni baru je dapat baucer buku. Alhamdulillah. walau kena habiskan dalam masa sebulan, takde hal la. banyak barang nak kena beli, terutamanya alat tulis. semalam saja aku dah habiskan rm50 untuk alat tulis. cover siap-siap untuk praktikum seterusnya. macam sekarang, kebanyakan sekolah dah guna papan putih, so aku beli whiteboard marker 2,3 batang. pastu aku beli 2 kotak pensel kayu, bekalan untuk adik aku kat rumah yang suka makan pensel. 5biji pemadam untuk bekalan adik aku juga yang suka makan pemadam jugak. pastu aku beli gam saiz XL, aku beli kertas putih 1 rim, pen berwarni-warni, highlighter berwarna-warna dan tup-tup, total rm51.90. Alhamdulillah. ringan beban sebab kena bayar rm1.90 je.

terima kasih atas pemberian baucer buku ni. saya mewakili siswa siswi dari seluruh IPG ni sangat-sangat menghargai dan bergembira atas pemberian ni. tambah-tambah untuk kami yang tengah berpraktikum, banyak sangat benda nak guna untuk buat bahan bantu mengajar.

tapi apa-apa pun, aku nak spend sikit untuk beli 1 novel karya Nicholas Sparks ni. tajuk The Last Song. ebelum ni aku ada join contest untuk dapatkan buku ni tapi tak berjaya. frust sangat-sangat. sebab aku berminat sangat nak baca. sebelum ni kebanyakan novel yang aku baca ni karya perempuan, dan yang paling aku minat mestila Cecelia Ahern. keduanya Danielle Steel. tu jela yang aku minat. tapi bila aku baca sinopsis dia, rasa macam best jee? lagipun nak baca novel karya dari sudut pandangan lelaki pulak. tengok dia berjaya touch aku dengan writings dia tak.

aku kena cari jugak2! 

oh by the way, baru ku tahu setelah meng-google, Nicholas Sparks ni rupanya author A Walk to Remember. sapa ingat cerita ni? cerita yang sangat sedih. dan bila ingatkan benda ni, aku makin nak cari The Last Song!

Popular dan MPH bookstores, wait for me!

April 4, 2012

Mendidik itu Ibadah

assalamualaikum

aku tengah praktikum. mengajar Sains sekolah rendah. antara subjek bukan feveret budak sebab subject content. tapi syukur Alhamdulillah aku dapat murid-murid yang bijak dan aktif, so aku kena lebih kreatif la mengajar budak bijak. buatnya ditanya soalan macam-macam, tak ke naya aku dibuatnya.

jadi guru Sains sekolah rendah bukannya mudah. kita ni, nak ajar anak orang faham sesuatu konsep memang perlukan ketelitian sebab dalam sains, kita ada satu istilah, 'misconception'. contoh misconception adalah murid percaya apabila kita bergerak, bulan di langit ikut kita bergerak sedangkan kita yang bergerak. murid percaya bahawa pokok pisang membiak melalui keratan batang, bukannya anak pokok sedangkan kita kena fahamkan murid bahawa ada perbezaan antara pertumbuhan dan pembiakan. murid juga percaya bahawa bintang tu bentuknya bersegi dan ada 5 bucu macam selalu kita lukis sedangkan bintang berbentuk hampir sfera. macam mana kita nak terangkan kat budak? kat sini, aku tekankan kepentingan benda maujud, video dan simulasi.

siang tadi, aku kena mengajar topik pembiakan tumbuhan. ada 6 cara semuanya iaitu keratan batang, batang bawah tanah, daun, spora,biji benih dan anak pokok. aku beli la carrot, bawang kentang halia yang dah bertunas, aku pegi patahkan tebu apek kedai alat tulis (dengan izin), aku patahkan pokok bunga kertas tepi jalan, aku menilau tengah malam cari batang kayu berlumut, aku menilau cari pokok setawar (malangnya tak jumpa, sangat rare).. macam-macam! oh ya. aku cabut anak pokok pisang kat taman sains. hihi. sori. saya hanya mahu yang terbaik untuk anak murid saya. tudia gigihnya nak jadi cikgu sains. dan semua penat tu terbayar bila aku tunjuk kat murid, depa tak percaya aku bawak anak pokok pisang masuk kelas. haha. ini menjadikan depa bersemangat dan maki teruja nak belajar. secara tak langsung, cikgu pun seronok nak mengajar.

aku makin jatuh cinta dengan tugas ni walaupun sedikit penat. biasala baru belajar nak mengajar. tapi, aku betul-betul jatuh cinta.



apa yang lebih menyeronokkan seorang guru selain dari murid cakap dia faham pengajaran guru ni?

aku jatuh cinta. semoga aku berjaya mendidik insan-insan ini mengenal ALLAH, mendalami ilmunya serta mengamalkan ilmu-ilmu ini, insyaALLAH. readers, i need your doa also.

April 2, 2012

Ajamoppical's 1st Giveaway: The Last Song

assalamualaikum

 

 (klik banner untuk ke blog penaja)

yes. this is the gift that i want!
sebelum ni, kalau beli english novels pun, jarang sangat beli tulisan orang lain selain Cecelia Ahern. kali ni teringin la jugak nak baca novel orang lain. nak beli, sayang duit sebab novel inggeris ni paling murah pun rm32.00 ke atas. alang-alang orang offer nak bagi,try nasib la kan? :)


macam best je kan novel ni! agak-agak, boleh lawan p/s i love by Cecelia Ahern tak?

tag:
Nur Yana
Subaili
Pikah (CD)

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012

assalamualaikum


i want this! :)
klik banner untuk join

Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

assalamualaikum


klik banner untuk ke blog penganjur



my first GA :) mind to join it ? 
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .
2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny
3. Copy banner + FULL ENTRY( bermula dari SYARAT sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .
4. Sertakan  gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)
5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya
5. tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .
6. Link entry korang kat ruangan komen ( KALAU PRIVACY BLOG  , takleh buka , AUTOMATIK  batal )
HADIAH-HADIAH :

FIRST PRIZE 
❤ sehelai tudung / selendang 
❤ sebuah buku 
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::
SECOND PRIZE
 ❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch
THIRD PRIZE
❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch

NOTES 
: contest ini diadakan utk sejukkan mata tengok muslimah bertudung :')
: contest ini dibatalkan serta merta jika kurang daripada 20 peserta / Farina meninggal dunia sebelum contest ini ditutup :')
: hadiah simple saje la keyh  :') di"taja" sepenuhnya oleh Farina
: untuk hadiah pertama yg jahitan manik tu , agak leceh la ek :') sspe yg menang tu kne pos baju     korang utk dijahit *100% hasil tangan Farina* . kalau hantar tempah mahal ouh , ni kasi free je taw :')

BEST BY : 30/04/2012 
-atau maybe dipanjangkan-

Gambar:


tag: 
Imperfect Caliph Ana
Uya Itu Saya
Husna Lana

1st Giveaway by Six e'Craft

assalamualaikum

klik banner untuk ke blog penganjur

tagged:

Uya 
Husna Lana

ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY

assalamualaikum

 klik banner untuk join


ANTARA HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI!!!


english cotton (salah satu 4meter) by
Pesona Puteri Collections

satu handbag dan satu wallet by
Miemiey Collections Owner dan
My Luvly Kids&Baby Collections
 

snow cap (unisex) by
 Bunddle Addict

purse coin, keychain dan headband by
 Qaseh Zueieda (ZQ Craft)


keychain, fm, brooch by
Syafa Shamioon (Sya Craft)


free header design by

and special gift dari Arwendanish blogspot


sebuah jam tangan unisex casio silver color dan


FM dan tempat letak pen from Hatyai

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  1. Mesti ade blog sendiri (blog khas tuk contest/GA/biz xboleh) dan juga akaun facebook. 
  2. Korang kene jadi follower: -
         - Arwendanish blogspot (blog tuan tanah)
         - My Luvly Kids&Baby Collection blogspot
         - Ten Little Fingers (TLF) blogspot

     3. Like / add facebook

        - Pesona Puteri Collections
        - Miemiey Collections Owner
        - Bundle Addict
        - Syafa Shamioon
        - Qaseh Zueieda

   4. Buatkan satu entri bertajuk “ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY”, letakkan  banner di atas dalam entri dan link kan ke entry ni (copy paste jek n3 ni kt blog anda). Letakkan juga banner tersebut di sidebar blog anda dan link kan ke entry ni.
   5. Terpulang pada anda nak tag atau tidak.
   6. Pas dah buat n3 tersebut komen kt n3 sini besertakan link anda tadi.
   7. Antara 5-10 pemenang akan diumumkan secara random. Ikut sape yg bertuah dpt hadiah2 tu ye.
   8. Hadiah akan bertambah dari pihak sponsor jika mendapat sambutan yang mengalakan
   9. Giveaway ini berlangsung 6/3/12 - 5/4/12 jam 11.59pm
10. Pemenang akan diumumkan pada 6/4/12 sempena besday aku ahaks.
11. Anda diminta ikut syarat2 yg diberikan..kalo tidak..penyertaaan anda tidak layak.

Fan Page Celebration Giveaway! - Eqbal Zack

assalamualaikum


teringin nak ada perfume baru? 


*untuk pemenang wanita. yang lelaki dapat CK One, Chrome Azzaro dan Mont Blanc*

klik banner untuk ke sana!

Nak Gadget Free? Join Sekarang

assalamualaikum

lately banyak benar syarikat atau kumpulan yang wujud dan menawarkan hadiah-hadiah lumayan untuk direbut melalui cabutan bertuah yang ditawarkan. perghh intro. ayat skema habis. hang ado? ahaha

bukak je wall facebook aku, penuh dengan 'klik and share'. tak rugi pun join, walaupun yang join tu kadang-kadang beribu raban. tak keluarkan modal pun. konsep dia sama la dengan GA dan contest yang dianjurkan di blog. seronok!

kali ni, ada satu lagi 'benda' yang menarik perhatian aku. kita daftar, otomatik tersenarai dalam cabutan bertuah. daftar jelah kan. free. untung nasib baik kita tak tau. untung-untung dapat henpon canggih, boleh aku ganti henpon calar aku ni. sedih. memang berkira-kira nak tukar tapi ada benda lain yang lagi penting kot. dok harap henpon canggih, last-last makan megi tiap-tiap hari.

nak join jugak? klik sini