Friendly Friends

March 23, 2012

Rahsia Kurus Dari Seluruh Negara

Assalamualaikum

kat sini aku nak share rahsia rakyat sesebuah negara tu kurus. mungkin kita boleh tengok dan amalkan sama-sama. sapa takmau kurus ye dak? mak aku tu, tiapkali telefon cakap nak pergi makan, mesti pesan macam-macam; jangan makan banyak. nanti tak comel. bila aku jawab aku memang sedia comel dan tak perlu kurus, mak cakap, kalau kurus sikit lagi comel. maknanya mak ngaku aku memang comel. itu dah cukup bagi aku. haha

1. Brazil
 rakyat Brazik makan nasi yang dicampur dengan kekacang. tabiat ini dapat mengurangkan risiko berat badan sehinga 14%. mencampurkan kekacang dengannasi juga membuatkan makanan kita berserat tinggi dan rendah lemak, seterusnya dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.

orang Malaysia: makan nasi campur kacang jugak. tapi kacang buncis campur hati ayam masak kunyit. takpun kacang panjang goreng dengan minyak bergenang. contoh pelakunya adalah aku sendiri.

2. Thailand
makanan mereka pedas-pedas. tapi makanan pedas perlulah dikunyah lambat-lambat agar dapat memberi isyarat yang jelas ketika kita kenyang.

orang Malaysia makan pedas jugak. contohnya tomyam. tomyam yang pedas dan ada isi ayam dengan kulit ayam sekali. malangnya, kepedasan ni tak mampu memotong lemak yang ada pada kulit ayam. lepastu bila pedas, ambil air manis tak ingat dunia. contoh pelakunya adalah aku sendiri.

3. Inggeris
wanita di sana suka mengambil makanan dalam portion yang sedikit. sebab bagi mereka, seksi adalah ukuran badan yang profesional.

wanita Malaysia pun apa kurangnya. ambil sedikit-sedikit. contohnya ada pinggan sebijik di tangan, pegi kedai hidang secara buffet. ambik sate 5 cucuk, ambik ayam goreng seketul, ambik daging salai 3 keping, ambik karipap sebijik, ambik roti canai sekerat. last-last penuh sepinggan tapi masih amalkan konsep ambil makanan dalam portion yang sedikit. contoh pelakunya adalah aku sendiri.

4. India
orang India suka makan di rumah. makan di rumah daapt jimat duit dan kebersihan terkawal. kita jugak dapat pastikan kuantiti minyak gula garam dan perasa yang digunakan adalah sedikit.

orang Malaysia pun suka makan di rumah. sebab di rumah boleh makan setiap waktu. contohnya tengah malam. asal malam je ajak adik-adik pergi kedai. beli jajan. contoh pelakunya adalah kakak aku. bukan aku.

5. Jerman
mereka sentiasa bersarapan dan tidak melengahkan sarapan. dalam program diet, sarapan adalah makanan pembuka yang dapat merampingkan pinggang dan takkan makan secara berlebihan pada waktu tengah hari.

orang Malaysia memang bersarapan. tanya saja mana gerai nasi lemak paling sedap, mesti tau. mana kedai roti canai paling gebu, mesti tau. malah boleh hafal menu sarapan di kantin pejabat. lemak mi goreng tu tak payah cerita la. alamat kalau boleh ambik tisu serap minyak, 4 helai pun tak cukup!

so, tell me. in what way should Malaysians try in order to maintain a healthy lifestyle? i mean Malaysians. not me alone. at least i am cute. my mom told me so. you? haha


No comments: