Friendly Friends

March 29, 2012

Praktikum

assalamualaikum

mengantuknya! semalam aku tidur dalam setengah jam ke sejam je. sebab pensyarah call petang tu cakap, esoknya dia nak observe. apa lagi, kalutla aku. sebab aku tak tulis refleksi harian dari hari ketiga minggu pertama lagi. sekarang dah minggu kedua. hehe

maka gigihla aku yang tak berapa nak rajin ni. kena ajar topik pembiakan tumbuhan. dapat kelas budak bijak tapi mulut macam bertih. menangis tak kira depan cikgu. sebab menangis pulak remah, nak hantar kertas aktiviti berkumpulan tapi orang lain yang hantar.

pertama kali suara aku mencecah desibel yang tinggi. suara aku memang la kuat tapi kalau kelas ok, buat apa aku yang pecahkan peti suara sendiri kan. untuk kawan-kawan yang belum di-observe, satu je aku nak pesan. toksah nervous sangat. sebab once kelas dah tak terkawal, kita rasa makan nak makan budak sampai lupa pensyarah kat belakang. haha. 

macam mana aku kawal kelas? ada satu masa tu, aku tau budak-budak dah hilang fokus. yela, sains tahap 2 memang ada yang 3 masa. kebetulan hari ni aku kena ajar 3 masa. bila aku rasa geram, aku diam. pastu depa tengok aku. masa tu aku mula cakap balik. aku suruh letak tangan kat mulut. aku suruh tengok depan. letak semua pensel kat tangan. masa tu semua tau, teacher Shaqirah dah marah. dalam setengah minit aku diam dan tak suruh depa jatuhkan tangan. lepas tu aku cakap, 'ni kelas budak pandai kan....? budak pandai kena dengar cakap cikgu...tadi janji dengan cikgu nak jadi budak baik kan...'

aku rasa depa tacing. sebab tu depa diam dalam 5 minit. pastu bising balik. *kena sabar*

sapa cakap jadi cikgu ni senang?

semua yang kita buat jadi tumpuan depa.

'cikgu mesti minat warna pink kan? sebab jam tangan cikgu warna pink.' *budak-budak, kalau hampa tengok blog ni, lagi la hampa terkejut.

antara dugaan menjadi guru sains ialah kita betul-betul kena mahir dengan konsep pengajaran dan bersedia dengan unexpected questions dari murid. depa selalu tanya macam-macam soalan pelik. tapi depa patut bersyukur la dapat cikgu macam aku yang banyak reka dan ada inspirasi cipta teori sendiri. haha

nak tengok apa yang paling menggelikan hati?


 ada jugak yang nak kena dengan aku. haha. nasib baik dia tak letak macam nama manusia.

No comments: