Friendly Friends

March 18, 2012

Peluang Menjadi Guru Lepasan SPM di IPG

Assalamualaikum semua!

cikgu Shaqirah baru balik dari sekolah. so far so good. makanan kat kantin sangat murah. haha. eh yela kan. hari ni tak dapat jadual mengajar lagi, aku tak mau fikir lagi aku kena ajar darjah berapa. tapi tadi Guru Besar bagi hint sikit-sikit, nak suruh ajar kelas terbaik darjah 4. cabaran cabaran... insyaALLAH aku akan cuba yang terbaik.

oh ya. kepada semua lepasan SPM, sekarang sudah dibuka iklan pengambilan pelajar PISMP di IPG. juniors aku dari SMSAH hari tu ramai tanya, betul ke tak ada pengambilan dah sebab Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) diserap masuk ke IPG. sekarang aku dah ada jawapan ye adik-adik. ce semak link ni untuk penjelasan lanjut.

dah ada ha dalam surat khabar. apa lagi? beli la nombor pin kat BSN. dan kalau adik-adik (termasuk adik aku Mohd Fikri) ada sebarang kemusykilan dan perlukan pendapat, boleh drop komen di sini. insyaALLAH akan boleh dibantu. tapi ingat, macam mak aku cakap, jadilah guru yang ikhlas dalam menjalankan tugas. bukannya sebab gaji cikgu yang makin naik ni. kalau tak ikhlas, hasil pun tak akan seberapa. oh ya. dengar cerita, mak aku dok mengintip blog aku sekarang. hai mak! see, i  am writing good things. no more mengarut tak tentu pasal. very academic okay. haha. so, please be proud of having a kid like me! love you mak! :)

ok semua. aku kena hantar assignment kat pensyarah kejap. dalam kalut praktikum, ada lagi esaimen kena setel. tak apa tak apa. latihan untuk menjadi guru yang berkualiti. mak must be proud. hai mak. again!


Science teacher. photo kredit to Fardy Photography.

3 comments:

Yumida said...

hope jd pendidik yg berdedikasi...cabaran dtg semakin byk...

follower ke 547

nia lysa said...

http://penmerah.com/megagiveaway-by-penmerah-com/


anda ditag :)..jom join

Anonymous said...

Betul ke khabar angin kata yg pelajar lepasan ipg ni x semestinya akan ditawarkan kerja selepas tamat belajar dek lambakan guru di Malaysia.