Friendly Friends

March 2, 2012

Jarak hanya Ruang

assalamualaikum

masa awak pergi, saya menangis. saya rindu sangat-sangat. semua benda yang saya buat mengingatkan saya pada awak..

sebulan pertama, saya tak dengar langsung suara awak, apatah lagi dapat mesej-mesej dari awak. saya sunyi sangat. saya tak boleh tengok cerita cinta, kalau tak, saya akan nangis..

mujur lagi saya simpan banyak gambar awak. saya tengok gambar-gambar awak, saya tengok balik video-video ucapan sayang awak pada saya. sungguh, saya rindu!

lepas tu, awak mula call saya balik. kali pertama dapat panggilan dari awak, saya nangis. sebab rasa macam dunia saya berputar balik!

5 bulan dah berlalu. awak, saya makin matang tau! tak macam budak-budak dah. awak mesti akan bangga tengok saya. aha lagi satu, saya dah terer buat apam polka dot! nanti saya buat untuk awak. tak sabar nak jumpa awak!


♥ Walaupun jauh, saya tetap SETIA dengan awak.
♥ Walaupun jauh, HATI saya tetap pada awak.
♥ Walaupun jauh, saya akan tetap TUNGGU awak.
♥ Walaupun jauh, saya tak pernah berhenti CINTA kan awak.
♥ Walaupun jauh, saya sentiasa RINDU kan awak.
♥ Walaupun jauh, awak sentiasa ADA di HATI saya

Dari kekasih untuk kekasih.

1 comment:

ahsfantasy24 said...

jarak akan mencipta rindu,
semoga bahagia selalu ^^