Friendly Friends

March 2, 2012

Insprasi Bunga Tangan





assalamualaikum

sukanya aku dapat menulis pasal ni. haha. sebab aku rasa, bunga tangan adalah antara penyeri gadis masa bertunang atau berkahwin. aww! dah cakap lagi pasal kahwin! harap-harap mak tak jumpa blog aku. hehe

ni antara design yang aku suka dan jenis bunga yang aku suka. mungkin ada antara korang boleh dapat inspirasi?

1. Bunga tangan felt

ok sumpah comel! segalanya tentang felt adalah comel. dan bunganya nampak macam bunga hidup. yang pasti, dia akan sentiasa segar walau tak disiram dan boleh disimpan sampai anak cucu guna. tambah riben-riben sikit, mesti kawan-kawan jeles tengok bunga tangan kita.

nak belajar la buat bunga tangan dari felt!

2. Bunga tangan kristal

nampak sangat ekslusif. kalau bergambar, mesti bunga ni nampak sparkle. tapi aku kurang gemar dengan bunga kristal yang campur macam-macam warna. dua warna dah cukup bagi aku. tak nampak serabut yet so simple and elegant!

3. Bunga tangan lily

yang ni memang aku suka dari awal lagi. sebab dia nampak tak crowd dan boleh diikat macam tu je dengan riben. kadang-kadang, aku rasa 3 kuntum lily dah cukup, pastu ikat dengan riben warna pale yellow atau dusty pink, mesti cantik sangat-sangat! aku rasa (lagi aku rasa), lily sesuai untuk majlis pertunangan sebab kesimpelan dia. tunang toksah la nak grand sangat. tunggu kawen ok?

4. Bunga tangan daisy

if i go for daisies, i'll take pink daisies. aku tak suka daisies warna lain selain dari pink. kalau aku buat design daisies untuk hias apa-apa sekalipun, aku akan padankan kelopak dia dengan warna pink. aku p cameron pun borong pink daisies. pink daisies can make us feel so feminine! trust me.

5. Bunga tangan ros/ mawar

kalau lily aku suka putih, kalau daisy aku suka pink, bunga ros aku suka putih atau merah. sangat cantik. ambik sejambak besar, ikat dengan riben organza biar panjang berjuntai. mak... cantik sangat! insert sikit-sikit dengan baby breath, aku sanggup keringkan bunga tu untuk disimpan selama mungkin.

6. Bunga tangan berjuntai

ni satu hal. sangat cantik. boleh tutup tangan pengantin sekiranya memiliki urat-urat saraf yang jelas kelihatan. kalau tak ada urat sekalipun, tetap nampak cantik. sangat cantik. cantik. speechless.




No comments: