Friendly Friends

March 3, 2012

Ending Dingin Lavenda



assalamualaikum

fine fine fine. oh, sampai habis Jannah tetap dengan Matthew? tak sukanya. meh aku nak ubah ending dia.

" Murni kawen dengan Matthew. kira Murni dengan Jannah ni bermadu la. pastu, satu hari ni Murni teringin nak makan lepat pisang. Matthew pun bawak la Murni pergi kedai cari lepat pisang. sampai je kat kedai lepat pisang, Murni terus meluru dan menggenggam  secekak lepat pisang untuk dibawak pulang kepada Jannah yang sedang mengidam. oh, nampaknya mereka madu yang baik!

sedang Murni menikmat lepat pisang yang telah dibayar, Matthew ke gerai bunga untuk membeli lavender. bunga kesukaan bini-bininya. bunga lavender sangat wangi. Matthew memilih sejambak yang paling segar. kini dia gembira. bini-bininya mesti seronok dapat bunga lavender bersama lepat pisang.

Matthew berjalan ke arah Murni. Murni sudah tertidur kekenyangan di dalam kereta. daun pisang yang membungkus lepat masih ada di tangannya. bijik pisang merata-rata. Matthew merungut di dalam hati. ' Ni la aku takmau kawen dengan Murni ni. tak ada nilai murni langsung.' Matthew menggelengkan kepala seraya mula memandu. sampai sahaja di rumah, dia mengejutkan Murni.

'Bangun Moni. dah sampai.' (Moni adalah panggilan manja Matthew kepada Murni)

'Ye Bang Mat. lepat pisang kak Jane mana?' Murni masih terpisat-pisat.

' Dalam beg plastik ni ha.. Jom masuk. Jane dah lapar lepat tu.'

masuk saja ke dalam rumah, mereka terlihat Jannah sedang melayan laptop. Matthew menjenguk dari belakang. dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. apa??

'Jannah! awak masih contact dengan Azhar??'

'Bang Matt, dia kan bekas tunang saya. mestila kena tanya khabar...'

'Jannah, kau...kau..tegar kau menggunakan laptop aku tanpa kebenaran?? lepas tu berchatting dengan Azhar??'

'Marah ke Bang Matt? dahla janji nak bawak mak ngan Bob pegi Melbourne pun tak bawak. merajuk ah gini!'

'Oh.. merajuk kau, kau tahu.. merajuk aku? Moni je tahu! dengar sini Jannah, aku ceraikan kau dengan talak 3!'

Jannah melonjak kegirangan. 'Horray! bolehla saya kawen dengan Azhar! dah lama saya tunggu. Qirah pun suka Azhar, tak suka hang. bwuekkkk!'

-TAMAT-


p/s: puas hati aku dapat satukan Jannah dengan Azhar! fuuh.

1 comment:

HamizahZaihan said...

HAHA. menarik ur ending. :)