Friendly Friends

March 3, 2012

Bukan Sekadar Awan Nano

assalamualaikum

masa aku kecil, mungkin darjah 5, aku dah mula rajin baca novel. masa tu aku dapat perkataan baru, awan kumulus nimbus. tapi pengetahuan aku hanya terhad pada perkataan, aku tak dapat gambarkan bentuk awan tu lagi.

bila aku makin besar, aku dapat tahu yang bentuk awan ni boleh mempengaruhi cuaca. bentuk awan jugak dapat memberi petanda kepada nelayan-nelayan yang turut ke laut menangkap ikan. yang paling aku ingat, awan bentuk sisik-sisik tu tandanya ikan banyak di laut. entahla. kalau salah, maknanya penulis tu dah bohong kanak-kanak macam aku.

minggu lepas, aku belajar pasal awan lagi dalam subjek Astronomi (subjek major aku semester ni). dan kali ni, aku nak share dengan korang pasal awan. jangan bataskan sekadar awan nano. meh aku nak kongsi pasal awan. semoga kita sama-sama dapat luaskan pengetahuan tentang alam kita.

1. Awan boleh dibahagikan kepada 3 jenis mengikut ketinggian. kan bila kita tengok langit, ada awan yang kita rasa macam bergumpal atas kepala, ada yang jauh sikit dan ada yang macam terlukis kat langit je kan? ha. 

2. Ada orang hobi tengok awan kan? ha, jadikan hobi tu sebagai kelebihan meramal cuaca. mengikut pengkaji dari jabatan Meteorologi, bentuk-bentuk awan mempengaruhi cuaca. diaorang ni dah buat pemerhatian bersama-sama para saintis dan sebagai contoh, awan kumulus nimbus yang aku sebut tadi adalah tanda bahawa lepas tu akan berlaku ribut.


awan kumulus nimbus: awan yang berbentuk menegak

dan kat sini jugak, kita boleh tengok gambar-gambar awan yang uni dan ada sesetengahnya sangat menakutkan. no photo editing okay. no photoshop no photoscape. apa, tak percaya ciptaan Allah? *sengih-sengih*


macam burung pun ada.


macam kepala anjing pun ada..


scary! tapi nampak sedap jugak. terbayang cheese bun. yummy!


macam lepas letupan. tapi hakikatnya, hanya awan yang terbentuk dari wap air.


this one is a real scare. meremang aku nengok.


awan pun reti ber-i lebiu


subhanallah. morning glory, viewing from top.


another scary-yet-beautiful cloud.

teruskan meng-google. gunakan peluang yang ada untuk tambah pengetahuan, kenali ciptaan Allah yang Maha Besar. subhanallah..

Pesanan dari,
Cikgu Sains.

No comments: