Friendly Friends

March 27, 2012

Bercakap Tentang Aurat

assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak tulis pasal ni. semalam pun ada bersembang dengan beberapa orang sahabat dari SMSAH. mula ceritanya begini. ada sorang sahabat ni meluahkan rasa kesal bila ada sebilangan kecil sahabat wanita yang dulunya sama-sama mengejar dan mendalami ilmu milik Allah, sekarang aurat dia dah terbuka dan ditunjukkan kepada public. aku pun kesal sebenarnya. dan aku rasa aku tak perlu tunggu saat aku jadi 'ustazah' untuk menegur. sebab kita sama-sama wanita, banyak kawasan aurat yang perlu kita jaga. yang perlu kita tutup dari pandangan ajnabi, bukan sekadar 'membalut' aurat semata-mata. 

apa yang dimaksudkan dengan 'membalut' aurat? contohnya pakai baju labuh tapi melekat kat badan. pakai tudung tapi rambut keluar, nampak bentuk telinga. pakai pakaian hingga ke buku lali tapi bukan seluar longgar, malah berlegging atau ber-skinny jeans. hakikatnya, kedua-kedua ni mudah. nak menutup aurat dengan sempurna pun mudah, nak sekadar ambil syarat pun mudah. cumanya mungkin nak menutup aurat dengan sempurna tu perlukan pengorbanan sikitla.. yela. baju longgar dan labuh kan mahal sebab guna kain banyak.. lagipun, buat apa nak sorokkan kaki bunting padi tu dengan seluar longgar kan? rugila. aset mahal tu. bukan semua orang ada kaki lawa. pastu, kalau pakai tudung labuh, susahla nak pakai baju lawa-lawa. nanti orang cakap tak reti berfesyen pulak. kan?

ikhlas, aku bukanla sorang ustazah. aku hanya seorang gadis biasa yang hanya memakai pakaian biasa. tak terlalu kolot, tak terlalu fashionable. aku tak pakai tudung labuh dan aku juga tak berstokin. tapi aku memang berniat untuk mengubah cara aku berpakaian. mungkin langkah pertama adalah dengan membaiki akhlak. akhlak kan cerminan peribadi diri. lepastu kita labuhkan pakaian, longgarkan pakaian, sebab kita nak buang pandangan yang mengatakan bahawa tak semuanya bertudung labuh tu perangai elok. kan? 

okaylah. aku sebenarnya tengah praktikum ni. nak pegi jumpa guru pembimbing kejap. somehow, aku bersyukur aku menjadi guru sebab bila jadi guru, ada satu macam kesedaran dalam diri bahawa kita harus tunjukkan contoh yang baik untuk anak murid kita. ngee. tepuk dada, tanya iman! bye!
 

2 comments:

uyaitusaya said...

nice :)
part jg akhlak dulu baru jg pakaian ada betul..
tp pendapat uya, bila kita dah jg pemakaian kita, automatik kita akan ckp y baik2 je..:) pelik sgt la kan kalau dy tutup aurat segala tapi tiba2 ckp menda kotor..ada betul x qirah?

p/s:untung la xde kena buat rph boley berdiskusi lama2 kt kedai abg bulat.:P

Qirah Isa said...

uyaaaa
manusia sekarang ni bnyk ragammmm
hahaha